Bertemu dengan bakal pembeli atau pelanggan kena dilakukan untuk menjual.
Kalau tak mahu untuk bertemu dan bersua macam mana nak menjual? Kerana itu kena
hilangkan perasaan sikap malu dan segan bagi menghadapi mereka yang berhadapan
dengan kita. Bukan mudah untuk berinteraksi tapi tidak mustahil untuk dilakukan.
Semuanya bergantung kepada kesanggupan dan keupayaan kita untuk bercakap sama
ada berani ataupun tidak untuk melakukannya.
Bagi menarik perhatian seseorang apabila interaksi berlaku, ayat-ayat
pembuka kata yang baik dan elok perlu dilakukan dengan sebijak-bijaknya. Hanya
dengan pembuka bicara komunikasi awal boleh untuk mempengaruhi interaksi kita
kepada mereka sampai ke penghujungnya. Semuanya bergantung kepada permulaan
bicara apa yang perlu dilakukan. Sentiasa ingat untuk melakukan pembuka kata
pemula bicara seperti berikut
i.
Berikan salam wajib dilakukan dan selamat
sejahtera pada yang bukan Muslim
ii.
Tonjolkan dan berikan kelainan dari
kebiasaan terutama apa yang pesaing tunjukkan. Biar nampak perbezaannya.
iii.
Tunjukkan keyakinan bukannya malu atau segan
untuk berinteraksi
iv.
Latih diri sentiasa menyebut sesuatu yang
ringkas , jelas dan padat.
v.
Elakkan dari meleret-leret memaklumkan yang
tidak ada kaitannya dengan kita
vi.
Tentang pengenalan diri kita sebaik-baiknya
biarlah ringkas dan mudah diingati
vii.
Elakkan berdiri tercegat terlalu lama men diam
diri seribu bahasa tanpa didengari
viii. Akhiri dengan persoalan
agar mereka pula bertutur dan berinteraksi dengan kita pula
ix.
Mainkan peranan agar tidak tenggelam pada
pertengahan perbicaraan nanti
x.
Elakkan kedua-dua belah pihak menunggu
siapa dulu yang perlu berbicara.
Jangan panik atau gemuruh. Bila panik semuanya jadi serba tak kena tambahan
pula di awal pertemuan. Elakkan sama sekali. Banyakkan berzikir mengingati
Allah dan mohon bantuan dari Nya. Bertenang dan bersabar lebih baik dari
melakukannya dengan terburu-buru. Mereka di hadapan kita juga adalah manusia
yang pastinya ada kelemahan yang perlu kita kenal pasti untuk digunakan demi
kelebihan buat kita ketika menjual. Perbaiki segera mana yang lemah
sekurang-kurangnya kita hadir di hadapan mereka membawa satu keyakinan untuk
selesaikan masalah mereka yang ditanggung selama ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan