Jangan sibuk menjual sahaja. Ambil masa
ketahui apa yang pesaing lakukan. Nanti kalau tak terjual pesaing boleh atasi
kita boleh demam pula kita dibuatnya. Berhati-hati dan elakkan dari syok
sendiri. Pesaing bukan kira kita ok ataupun tidak. Mereka juga mahu kuasai
pasaran yang ada sama macam kita juga. Masing-masing akan mencuba sebaik yang
mungkin. Siapa yang cekap dan pandai sudah tentu pasaran akan menjadi milik
mutlak. Bukan omongan kosong atau dongengan sahaja.
Ketahui segera apa yang dilakukan oleh
pesaing agar tidak menyesal di kemudian hari. Ambil tindakan terbaik mengkaji
dan mengetahui tindakan mereka. Sekurang-kurangnya apabila berlaku bangkangan
atau bantahan kita boleh mengeluarkan jawapan sebaik yang mungkin memaklumkan
kepada bakal pembeli atau pelanggan. Bersedia dari awal dan jangan buat tak
tahu pula. Antara perkara-perkara yang perlu diketahui adalah :
i.
Kenal
pasti siapa pesaing sebenar kita
ii.
Bagaimana
pesaing-pesaing kita mencari dan mendapatkan pelanggan-pelanggan mereka?
iii.
Jenis
yang bagaimana pelanggan-pelanggan mereka?
iv.
Apa
penyebabnya produk mereka masih diterima oleh pelanggan?
v.
Bagaimana
struktur penawaran harga dan kelebihan
produk-produk pesaing?
vi.
Bentuk
pemasaran mereka dalam perkenalkan produk mereka di pasaran
vii.
Apa
manfaat dan kelebihan produk mereka.
viii.
Di
mana kelemahan mereka? Produk mereka atau perkhidmatannya?
ix.
Apa
penyebab utama produk mereka boleh diterima dengan baiknya oleh
pelanggan-pelanggan mereka
x.
Dari
pelanggan kita cuba dapatkan juga informasi kenapa mereka memilih produk kita
bukannya produk pesaing
xi.
Bagaimana
mereka menjaga pelanggan setia mereka
xii.
Di
mana kehebatan produk mereka dan di mana hebatnya produk kita
Berusaha untuk mencapai kejayaan cara yang
betul dan sepatutnya amat digalakkan agar produk kita sentiasa diterima dalam
pasaran. Sentiasa menganggap pesaing yang ada bukan sebagai sesuatu yang
mengganggu dan mengacau kepada kita. Kehadiran mereka sebenarnya banyak
membantu untuk kita supaya kita menjadi lebih rajin, mahu berusaha dan perbaiki
kelemahan kita. Semuanya ini menjadikan diri kita lebih tabah dan bersemangat
untuk melakukan lagi jualan seperti mana yang dikehendaki. Satu ujian dan cabaran
yang perlu ditempuh dengan tabah dan cekal. Sentiasa prihatin dan tahu apa yang
mereka lakukan agar persaingan kita dalam pasaran berjalan secara harmoni dan tiada
dendam berdendam antara satu sama yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan