Kesempatan sempena
kehadiran bulan Zulhijah. Banyak kelebihannya. Antaranya adalah menjadi tetamu terhormat
Allah di Tanah Suci Mekah dan Madinah bagi tujuan mengerjakan haji. Bagi yang
tidak menjadi tetamu Allah turut sama melakukan boleh melakukan amal ibadah seperti
bersedekah dan berkorban yang tidak perlu dilepaskan begitu sahaja. Ambil
peluang dan kesempatan melakukan agenda setahun sekali ini sebagai menunjukkan
dan membuktikan kepada Allah SWT akan kesanggupan diri kita mengerjakan ibadah
korban ini. Ini semuanya adalah semata-mata bagi tujuan
i.
Tanda penghargaan terima kasih kita ke hadrat Allah SWT
selama mana kita telah berupaya memperoleh rezeki dan keberkatan yang dicari
selama ini
ii.
Bukti kesanggupan berkorban ke jalan Allah atas rezeki
yang telah dianugerahkan kepada kita
iii.
Kita bukan jenis hamba Allah yang terlalu berkira wang
ringgit apabila melakukan amal ibadah kepada Nya
iv.
Mengikat silaturahim hasil korban yang diberikan untuk
santapan kepada orang ramai tanpa mengira pangkat dan kedudukan
v.
Meraikan kehadiran Aidil Adha dengan melakukan ibadah
korban selepas menunaikan solat Hari raya Aidil Adha
Sememangnya terlalu
banyak kelebihan dalam melakukan ibadah korban pada kehadiran Aidil Adha ini. Di
samping kunjung mengunjungi rumah sanak saudara dan sahabat handai jangan dilupakan
sekali ibadah korban ini. Berpandukan hadis-hadis sahih dalam Sunnah Rasulullah
s.a.w, antara kelebihan menyertai ibadah korban sempena bulan Zulhijah ini adalah
1. BERAMAL PADA SEBAIK-BAIK HARI
Melakukan amalan korban amat dituntut dalam Islam. Korban boleh dilakukan di mana sahaja. Bukan ada lokasi tertentu atau khas yang telah ditetapkan asalkan melibatkan binatang penyembelihan seperti lembu, kerbau ataupun unta. Korban akan disembelih pada kebiasaan waktu selepas solat sunat Hari Raya Aidil Adha pertama sehinggalah sebelum masuknya solat Asar hari raya ke empat. Selepas bulan Ramadan, 10 hari pertama dalam bulan Zulhijah adalah sebaik-baik masa untuk umat Islam mengerjakan amal kebajikan. Pesan Rasulullah s.a.w: Maksudnya: “Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini iaitu 10 hari pertama dalam bulan Zulhijah”. Para sahabat baginda bertanya: “Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan hari-hari tersebut)?”. Ujar baginda: “Tidak juga jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah)” (Hadis riwayat al-Bukhari).
2. KORBAN DIJADIKAN SEDEKAH TERBAIK
Amalan melakukan korban di mana daging
korban dijadikan sebagai satu sedekah dan kebajikan kepada siapa pun juga.
Tidak kita pangkat, jawatan, kedudukan semuanya berpeluang untuk melakukan amal
jariah yang dituntut dalam Islam. Yang penting ibadah korban perlukan
keikhlasan dan bukannya untuk menunjuk-nunjuk. Sedangkan sedekah yang ikhlas
kerana Allah menjadi satu penghindaran dari api neraka. Pesan Rasulullah s.a.w sabdanya:
“Siapa yang sanggup mendinding dirinya
daripada api neraka walaupun dengan (bersedekah) sebelah buah kurma, maka
hendaklah dia lakukan”(hadis riwayat Muslim).
Sedekah ini pula merupakan sedekah terbaik dalam sumber yang ada kerana daging
lembu tempatan segar adalah sumber protein terbaik sebagai makanan yang
berkhasiat untuk anak-anak sedang membesar. Pesan Rasulullah s.a.w sabdanya “Wahai manusia! Sesungguhnya Allah itu Maha Baik, maka Dia
tidak menerima (amalan) melainkan yang baik-baik sahaja” (Hadis riwayat Muslim).
3.
KORBAN DIJADIKAN MAKANAN ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN
Selain anak-anak yatim, anak-anak yang
dibelenggu kemiskinan perlu juga untuk menikmati makanan daripada daging korban
yang disedekahkan. Kelebihan membantu anak-anak yatim dan miskin termaktub
dalam pesanan Rasulullah s.a.w. Maksud Sabda Rasulullah “Orang yang mengurus (kebajikan) janda dan orang miskin,
bagaikan orang yang berjuang di jalan Allah”, Kata Abu Hurairah: “Saya juga
menduga baginda bersabda ‘(Mereka yang mengurus kebajikan orang miskin)
bagaikan orang yang selalu solat malam tetapi tidak pernah merasa letih dan
bagaikan orang berpuasa yang tidak pernah berbuka” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
5.
KORBAN MENUNAIKAN KEPERLUAN UMAT ISLAM SETEMPAT
Memang benar ada banyak peluang berkorban
Aidil Adha di Palestin, Somalia, Filipina, Kemboja, Selatan Thailand dan
tempat-tempat lain. Walau bagaimanapun prihatin dengan yang berjiran dan hampir
dengan kita, masih ada anak-anak yatim atau miskin orang-orang Islam yang perlu
dibela nasib mereka secara berterusan. Tambahan pula, berkorban dalam negara
juga bererti menyokong ekonomi desa, pekan dan kota kehidupan umat Islam
tempatan. Pesan Rasulullah s.a.w sabdanya “Sesama umat Islam itu bersaudara. Oleh sebab itu,
janganlah menganiaya dan jangan mendiamkannya. Siapa sahaja yang memperhatikan
kepentingan saudaranya, Allah akan memperhatikan kepentingannya. Siapa sahaja
yang melapangkan satu kesusahan sesama umat Islam, nescaya Allah akan
melapangkan satu kesusahan daripada beberapa kesusahannya pada Hari Kiamat.
Sesiapa sahaja yang menutupi keburukan seorang umat Islam, maka Allah akan
menutupi keburukannya pada Hari Kiamat” (Hadis
riwayat al-Bukhari dan Muslim).
6. MANFAAT KORBAN BERTERUSAN
Tidak dinafikan dengan
melakukan korban pasti dapat dimanfaatkan oleh siapa pun juga. Rasa tidak menanggung
rugi tapi pasti berbaloi dengan amal ibadat yang dilakukan. Bekerja sama
melakukan ibadah korban akan mengeratkan lagi silaturahim sesama Islam.
Semuanya bermula dengan kebajikan yang dilakukan. Berkenaan pentingnya amalan kebajikan
dilakukan secara berterusan, Rasulullah s.a.w telah bersabda “Katakanlah, saya beriman kepada Allah, kemudian
istiqamahlah kamu (iaitu berterusanlah teguh)” (Hadis riwayat Muslim). Sabda Rasulullah s.a.w lagi “Sesungguhnya sebaik-baik amalan adalah amalan yang berterusan,
walaupun sedikit” (Hadis riwayat
al-Baihaqi).
|
7. MEMBUKA PINTU REZEKI
Makin banyak kita lakukan
hanya untuk Allah dengan niat tidak menunjuk-nunjuk pasti Allah memberi
ganjaran semula kepada kita. Allah bukakan pintu rezeki kepada kita dengan
seluas-luasnya. Berebut ke arah kebaikan amat dituntut asalkan jangan berebut
ke arah ketamakan dan mementingkan diri sendiri perlu dielakkan sama sekali.
Adapun membantu golongan yang lemah, Rasulullah menjamin amalan ini sebagai
salah satu daripada kunci-kunci rezeki yang diberkati Allah . Pesan Rasulullah
s.a.w sabdanya: “Sesungguhnya kamu dibantu (Allah) dan
mendapat rezeki disebabkan adanya bantuan kamu kepada orang-orang yang lemah
dalam kalangan kamu” (Hadis riwayat al-Tirmizi)
Jangan rasa menyesal dan
rasa rugi diri melakukan amal ibadah kepada Allah. Nak takut apa. Makin
dilakukan kebaikan di jalan Allah pasti Allah balas balik kepada kita
ganjarannya. Kalau tidak di dunia mungkin di akhirat nanti. Sekurang-kurangnya
di padang Mahsyar nanti ada tunggangan kita nanti sementara menanti hari
perbicaraan pula. Lakukan dengan sebaik mungkin. Jangan pula menyesal duit yang
keluar melakukan ibadah korban. Kena ingat rezeki yang kita peroleh bukannya
hak mutlak kita sebenarnya. Apa salahnya memberikan apa yang ada ke jalan Allah
pula menunjukkan tanda kesyukuran kita kepada Allah. Kerana Allah kita berada
di dunia ini dan hanya kerana Allahlah juga kita kembali kepada Nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan