Menjaga jalinan perhubungan dan keakraban bersama pelanggan dan networking
kita amat diperlukan. Jangan ingat kita dan mereka telah mengenali antara satu
sama lain boleh kita abaikan begitu sahaja. Sentiasa suka untuk menganggap dan
melakukan tanggapan bila telah mengenali sudah cukup buat kita hanya menunggu
panggilan telefon dari mereka untuk berhubung dengan kita. Memadai kah dengan
apa yang telah kita lakukan selama ini? Bolehkah keakraban berlaku hanya dengan
sekelip mata? Inilah persoalan yang perlu kita kemukakan agar kita sentiasa
tahu dan fahami agar jangan sama sekali terlepas dengan pelanggan mahupun
networking kita yang sedia ada.
Rugi yang amat sangat jika seseorang yang telah menjadi pelanggan kita boleh
terlepas begitu sahaja. Nak membinanya bukannya satu tugasan mudah tapi kalau
nak meruntuhnya bukan main sekejap sahaja boleh dilakukan. Alangkah baiknya
sesibuk mana sekalipun kita perlu memberi perhatian sewajarnya. Jangan mudah
beri peluang pelanggan yang sedia ada dengan kita bertukar angin ke tempat lain
pula. Manakala networking yang tersedia ada langsung tidak mahu lagi memberi
sebarang bantuan menghulurkan lagi nama-nama bakal pembeli atau pelanggan untuk
dihubungi. Lakukan sedikit pelaburan secara konsisten dan berkala agar jalinan
kemesraan dan ingat-mengingati tetap kukuh seperti sedia kala. Pelaburan yang
dimaksudkan ini adalah
i.
Adakan masa untuk
mereka
Luangkan
sedikit masa untuk mereka. Ziarahlah mereka sesibuk macam mana pun andai kata
kita mungkin berada berdekatan dengan tempat mereka. Sekadar bertanya khabar
walaupun melalui talian telefon juga tidak mengapa. Tindakan terbaik bertemu
dengan mereka adalah secara berhadapan. Tunjukkan kepada mereka kita masih
wujud lagi dan melakukan perkara yang sama seperti mana perkenalan awal dahulu.
Lagi kerap kita bertemu mereka lagi mesra jalinan perhubungan boleh dilakukan.
Jangan tamak dan mudah merasa sibuk dengan masa yang ada. Kita sendiri yang
tentukan masa sibuk kita dan bukannya masa yang tentukan kita sibuk ataupun
tidak.
ii.
Berikan idea atau
pandangan
Bila kita
diperlukan memohon pandangan peribadi kita sentiasa berikan atas pengetahuan
kita komen dan kemukakan ulasan yang terbaik. Tunjukkan kejujuran kita yang
kita sememangnya mahu dan hendak untuk membantu mereka. Pada perkara yang kita
sendiri tidak ketahui nyatakan sahaja kita tidak mengetahuinya dan jangan sama
sekali berlagak pandai merasakan kita ini Profesor Serba Tahu. Elakkan perkara
sebegini berlaku dan terjadi. Nak berikan berilah secara telus dan bersungguh
dan jangan sama sekali berikan perkara-perkara yang kita tidak ketahui pula.
iii.
Berbelanja sedikit
untuk mereka
Jangan terlalu
kedekut atau terlalu berkira yang amat sangat. Ada kesempatan ajak mereka
keluar minum atau menjamu selera demi menjaga ukhuwah yang terjalin. Ketahui
tarikh lahir ucapkan selamat hari lahir walaupun melalui SMS. Bagi menyambut
hari perayaan jangan sama sekali dilupakan ucapkan selamat menyambutnya. Kalau
terdengar masuk wad ziarahi mereka sambil membawa cenderamata buat mereka.
Penting untuk kita lakukan agar mereka sentiasa mengetahui yang kita selalu
dekat di hati mereka. Tak perlu malu tapi lakukan dengan jujur dan ikhlas.
Semuanya memerlukan pelaburan. Tidak kira sama ada dalam bentuk wang ringgit,
masa ataupun tenaga. Pergunakan sebaik mungkin tengah kita sihat ini. Bila dah
sakit langsung tak boleh buat apa. Lakukan secara konsisten walaupun mungkin
tiga atau empat bulan sekali. Yang penting jangan lupa terus seolah-olah mereka
terima tawaran yang dikemukakan langsung buat endah tak endah sahaja selepas
itu. Alangkah ruginya alangkah sedihnya andai perkara sebegini berlaku dan
terjadi. Sentiasa ambil sikap berwaspada demi menjaga hati dan perasaan orang
lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan