Melakukan jualan elakkan sama sekali melakukan ‘stereo type’ sama seperti
mereka yang lain. Perlu ada kreativiti dan kebijaksanaan melakukan idea-idea
dan teknik-teknik jualan yang agak berbeza dari orang lain tapi masih mampu
menarik minat orang. Idea dan teknik yang ada jangan dibuang begitu sahaja
tetapi perlu dibaiki lagi dan dipertingkatkan agar minat orang dan tumpuan
mereka begitu mudah dipikat dengan apa yang kita lakukan. Dunia jualan yang
penuh dengan persaingan perlu dijadikan sebagai satu alasan yang kuat agar
kreativiti dan kemampuan kita melakukannya amat diperlukan sama sekali.
Elakkan dari mengikut atau sama sahaja bentuk jualan yang mereka lakukan.
Biar orang kenal kita dengan mudah hanya disebabkan kelainan dan perbezaan yang
kita tonjolkan kepada mereka. Nampak dari jauh sahaja orang dah kenal kita.
Bila orang dah kenal dan tahu akan kehadiran kita sudah tentu untuk melakukan
jualan makin bertambah senang dan mudah lagi. Hanya kerana apa yang telah kita
lakukan kepada mereka menjadikan satu identiti pada diri kita memudahkan orang
lain begitu mengenali dan mengecam akan kehadiran kita di pasaran.
Hanya itu kreativiti amat diperlukan tindakan yang terbaik dari kita. Ini
hanyalah disebabkan kerana
i.
Lain
dari yang lain
Berikan
kelainan dan perbezaan yang lain dari yang lain. Tiada salahnya tapi janganlah
melakukan yang pelik-pelik sehingga mereka nampak kita terlalu janggal pula
dibuatnya. Tiada yang salah asalkan boleh menarik mereka untuk berurusan dengan
kita.
ii.
Nampak
kesungguhannya
Sesuatu
perkara kalau dilakukan dengan kesungguhan dan kegigihan pasti bakal pembeli
atau pelanggan turut sama terharu dengan apa yang kita lakukan. Seolah-olah
kita tidak langsung memberi peluang pada yang lain untuk masuk campur tawaran
kita kepada bakal pembeli atau pelanggan tersebut. Kita bersungguh menawarkan
sudah pasti mereka juga bersungguh untuk menerimanya. Yang penting permulaan tindakan
mesti datangnya dari kita sendiri.
iii.
Mudah
tarik perhatian
Nampak
kelainan nampak perbezaan sudah pasti seperti medan magnet akan mudah menarik
perhatian mereka. Jangan mudah pula mendabik dada yang kita ini adalah magnet
diri yang mudah menarik sesiapapun juga. Yang penting perbuatan dan tindakan
kita cukup disenangi oleh mereka untuk menerimanya. Pasti penutupan jualan
bukan lagi menjadi suatu kesukaran buat kita selepas ini.
iv.
Berfikir
di luar kotak bukan angan-angan
Fikir
sebaik-baiknya dan lakukan dari kebiasaan bagi mendapatkan idea dan ilham yang
diperlukan. Kreativiti perlu kepada bagaimana untuk kita lakukan dengan sebaik
yang mungkin. Jangan mudah ingat apa yang kita lakukan sentiasa betul. Dapatkan
pandangan dan ilham dari orang lain. Perbetulkan mana yang salah dan silap agar
kesempurnaan mudah diperoleh.
v.
Mudah
mengenali kita
Gaya dan cara
kalau berbeza dari orang lain sudah tentu memudahkan orang lain begitu cam dan
mudah kenal kepada kita. Dari jauh lagi dah menegur dan tersenyum manis kepada
kita. Bila orang dah mula percaya akan kehadiran kita sudah tentunya tawaran
jualan lagi mudah dilakukan. Dapatkan kepercayaan dan keyakinan orang sebelum
melakukan jualan agar lebih mudah kita melakukan jualan.
Sentiasa berfikir mencari kelainan pada diri kita jika dibandingkan dengan
yang lain. Di pasaran terdapat ramai sangat orangnya yang melakukan perkara
yang sama. Elakkan diri kita turut sama bertindak dan terjebak seperti mereka.
Tidak ke mana maknanya kalau kita sibuk meniru dan mencedok idea orang. Beri
kelainan tonjolkan kehebatan kita sebelum menjual lagi. Beri perhatian
sewajarnya kerana mereka membeli dan menerima tawaran bukannya 100% terletak
pada produk tetapi pada diri kita juga ada menjadi penyebabnya sama. Cipta dan
berikan yang terbaik. Perlu bijak melakukannya hanya semata-mata memudahkan
lagi menarik minat mereka sentiasa bersama dengan tawaran kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan