Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 4 Oktober 2013

9 PERKARA PINTU REZEKI TERBUKA




Tidak dinafikan semua kita amat memerlukan Allah menurunkan rezekinya kepada kita. Amat malang kerana rezeki yang dimahukan tidak di praktik kan bagaimana untuk memperolehnya. Hanya mengharap sahaja. Untung sabut timbul untung batu tenggelam. Semuanya asyik mengharapkan nasib sahaja. Adakah ini kaedah yang betul dalam mendapatkan rezeki? Sebagai peringatan kalau berkehendakkan kemewahan dengan rezeki yang diperoleh jangan sama sekali mengharapkan nasib atau tuah sahaja. Kena berusaha juga ke arah itu agar pintu rezeki sentiasa terbuka untuk kita. Sekali kita berkira dengan Allah dikhuatiri nanti Allah pula akan berkira dengan kita pula.

Dipetik dari Doa Munajat dalam Majalah al-Ustaz isu 11 melalui fb Majalah Al-Ustaz telah menggariskan 9 perkara yang boleh menyebabkan terbukanya pintu rezeki. Kena ketahui agar apa yang kita lakukan adalah betul dan tepat akan apa yang dikehendaki oleh Allah SWT. Kena serius dan jangan sama sekali dipermainkan. Allah Maha Mengetahui (Ya Alim) akan apa juga yang kita lakukan. Lakukanlah dengan sebaik mungkin agar apa juga rezeki yang kita mahukan dan berkehendakkan sentiasa diperoleh dalam apa juga keadaan sekali pun.

9 perkara tersebut yang boleh menyebabkan terbukanya pintu rezeki ini apabila kita melakukan perkara-perkara seperti berikut :

i.             Bertakwa kepada Allah

ii.           Bertawakal kepada Allah

iii.          Membaca bismillah pada setiap urusan

iv.          Bersyukur kepada Allah

v.            Memperbanyak istighfar dan bertaubat

vi.          Berusaha mencari rezeki menerusi cara yang sepatutnya

vii.        Bersikap mulia dalam mencari rezeki

viii.       Menjauhi pembaziran

ix.         Mengikut sunnah Nabi s.a.w

Perbaiki amalan dan perbuatan kita agar kita semakin hampir dengan Allah. Jangan permain kan sama sekali walaupun kita mengetahui Allah itu Ar Rahman (Maha Pemurah), Ar Rahim(Maha Penyang) dan Al Ghaffar (Maha Pengampun). Sama sekali jangan diambil kesempatan tapi lakukan yang terbaik kerana Allah itu As Somad (Akan dikabulkan hajat). Yakin dan percayalah kerana kita ini semuanya Muslim. Hanya Allah tempat kita menyerahkan segala-galanya dan hanya pada Allah jualah tempat kita bergantung akan segala-galanya. Berikan yang terbaik hanya untuk Allah agar Allah membalasnya jua kepada kita yang paling terbaik buat diri kita sendiri jua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan