Melakukan jualan sememangnya memerlukan muhasabah dalam diri kita setiap
masa. Apa tidaknya dalam melakukan jualan amat diperlukan kesempurnaan. Bila
terdapat kesempurnaannya bakal pembeli atau pelanggan sudah pasti cukup
tertarik, mudah yakin dan memahami akan apa yang kita lakukan. Elakkan diri
kita sering melakukan kesilapan dan kesalahan walaupun kecil ketika kita mahu
melakukan jualan.
Jauhi diri dari menjadi seorang yang mudah merasa bangga diri dan bongkak. Kala
kita mudah merasa bongkak diri sudah tentu kita akan suka memuji diri kita
sendiri dan merasakan apa yang kita lakukan tiada langsung kelemahannya.Ini
belum masuk lagi bab mengkritik dan menghentam kelemahan orang lain pula. Orang
mukmin yang beriman sudah pasti menjadi sebaliknya pula. Sentiasa melihat
kelemahan diri sendiri dan mencuba bersungguh-sungguh menambah baik dari semasa
ke semasa. Itu yang sepatutnya dilakukan. Selepas Rasulullah wafat memang sah
tiada seorang manusia pun yang hidupnya boleh begitu sempurna dalam dunia ini.
Muhasabahlah. Kenapa pasti apa kekurangan diri kita dalam melakukan jualan.
Perbaiki segera dan tinggalkan segala kelemahan dan kesalahan yang telah
dilakukan dengan cara
i.
Akui segala kesilapan, kesalahan dan kelemahan
yang ada
ii.
Ambil peluang segera kesan mana-mana
kelemahan yang wujud dan ada
iii.
Perbaiki diri sendiri terlebih dahulu dengan
cara dan kaedah yang betul
iv.
Jangan hiraukan dan ambil peduli apa orang
lain lakukan dan perkatakan
v.
Jangan bersangka buruk dan fikirkan yang
negatif
vi.
Tingkatkan kualiti diri agar sentiasa
bersemangat melakukan tugasan
vii.
Sentiasa bersikap positif dan tabah dalam menghadapinya
viii. Segala kelemahan,
kesalahan dan kesilapan jangan diulangi lagi untuk dilakukan
ix.
Fokus dan beri tumpuan dengan apa yang kita
lakukan
Firman Allah bermaksud "Dan tidaklah Kami mengutus para rasul itu melainkan untuk memberi khabar
gembira dan memberi peringatan. Barang siapa yang beriman dan mengadakan
perbaikan, maka tak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka
bersedih hati." Surah Al-An'am
(6):48.
Perbaiki segera dan jangan diulangi lagi. Semua
orang ada kelemahannya sendiri tapi jangan dibiarkan pula sehingga menjadikan satu
tabiat kekal dan tidak baik. Tidak salah untuk berubah yang salahnya jika perubahan
langsung tidak mahu dilakukan. Mohon pada Allah agar per mudahkan tugasan jualan
kita dan beri kita kekuatan untuk melakukannya. Tak kiralah jika terdapat masalah,
rintangan, cabaran dan dugaan yang perlu ditempuh. Berikan yang terbaik biar mereka
tahu yang kita melakukan dengan sepenuh hati secara bersungguh dan gigih. Buktikan
yang kita juga setanding dengan mereka yang telah berjaya melakukannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan