Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 20 Oktober 2013

SENTIASA KELAPARAN BUKAN KEBULURAN




Manusia bila dah kelaparan sudah pasti akan ditinggalkan apa yang sedang dilakukan. Tugasan utama sudah pasti mencari makanan agar perut yang berbunyi tidak akan mengganggu lagi. Kerana lapar kita akan sanggup meredah mencari makanan yang boleh kita nikmati. Lagi diketahui makanan tersebut enak dan lazat walaupun agak jauh namun terpaksa juga ditempuh. Semuanya bermula dengan kelaparan. Berbeza dengan kebuluran. Bila dah kebulur pasti nak makan banyak sekali gus begitu sahaja tapi malangnya terpaksa dihalang pula. Tidak akan dapat merasai makanan yang lazat hanya memakan apa yang perlu dahulu. Bila dah kebuluran sudah pasti berjalan pun dah tak mampu dan terpaksa dipimpin pula oleh orang lain pula.

Begitulah kita dalam melakukan jualan. Sentiasa ada kemahuan lapar dalam mencari bakal pembeli atau pelanggan bagi mendapatkan penutupan jualan seberapa banyak yang termampu. Jangan diabaikan jangan dilupakan. Bila kita lapar pasti kita akan mencari yang terbaik untuk kita nikmati. Fokus untuk melakukannya agar bakal pembeli atau pelanggan yang kita temui adalah orang yang berkualiti yang mahukan produk kita ditawarkan kepadanya. Bila kita lapar sudah pasti kita bersungguh dan gigih untuk mencarinya. Jangan harapkan bantuan dan pertolongan orang lain kerana kalau itu dilakukan sudah pasti tidak ke mana hasilnya. Kepuasan melakukan jualan adalah apabila kita melakukannya secara sendiri. Bermula dari senarai bakal-bakal pembeli atau pelanggan kepada usaha untuk mendapatkan temu janji. Berikan presentasi dan penerangan yang terbaik agar penutupan jualan boleh dilakukan.

Elakkan menjadi kebuluran kerana ini akan melemahkan tindakan kita melakukan jualan. Berikan tenaga pada kita sentiasa agar kita benar-benar lapar dan bukan kebulur. Bila kita lapar sudah pasti kita tahu mana nak dicari tapi kalau kita kebulur sudah pasti kita asyik mengharapkan bantuan orang sahaja. Berfikir secara rasional agar setiap peluang dan oportuniti yang berada di sekeliling kita boleh kita hidu dan dapat apa yang kita mahukan. Jangan mengeluh dan berikan pelbagai alasan. Tapi berikan semangat agar sentiasa rajin dan mahu untuk melakukannya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan