Orang Melayu dalam melakukan jualan sememangnya merupakan satu bangsa
seperti mana juga pada bangsa yang lain akan cuba sedaya yang mungkin untuk berjuang
dan memberi saingan dengan bangsa yang lain. Tidak dinafikan bahawa kesungguhan
dan kegigihan orang-orang Melayu melakukannya tidak dapat disangkal atau
dipandang lekeh sama sekali oleh bangsa-bangsa yang lain. Sekali telah
menceburinya sampai bila-bila akan dilaksanakan walaupun pelbagai cabaran,
dugaan dan ancaman yang melanda tetap dihadapi. Bak kata pepatah biar putih
tulang jangan putih mata. Begitulah kalau orang Melayu dalam melakukan jualan.
Walaupun tetap bersemangat waja seperti kata Laksamana Hang Tuah ‘Takkan
Melayu hilang di dunia’ namun ada kalanya kita orang Melayu sedikit sebanyak
akan terikut-ikut dengan budaya, adab dan cara kita sendiri. Orang Melayu penuh
dengan adab dan budayanya dan jangan sama sekali kita menafikannya. Adalah
disarankan agar mana yang baik kita jadikan teladan yang tidak baik pula kita
jadikan sempadan. Antara yang selalu dan kerap dilakukan oleh orang Melayu kita
tatkala melakukan jualan adalah
i.
Cakap berlapik
Bila
berkomunikasi cukup dijaga apa yang diperkatakan. Ditelan mati emak di luah
mati bapa. Cukup dijaga perasaan orang lain dari perasaan diri sendiri. Biar
panjang berjela menuturkan perkataan asalkan tiada siapa yang boleh ditimbulkan
kemarahan atau sakit hatinya. Kesemuanya cukup dijaga dengan baik sama sekali.
Kalau orang Jepun cukup di kenali dengan tunduk hormatnya tapi kita di Malaysia
terkenal dengan susunan ayat yang cukup berhemah dan berbudi bahasa.
ii.
Mudah tak sampai
hati
Nak menjual
tapi mudah juga merasa serba salah merasakan tidak sampai hati untuk melakukan
penawaran menjual. Mudah merasa kasihan pada orang lain supaya tidak mudah
ditipu dan teraniaya. Biarlah untung kita tidak ke mana asalkan orang lain
boleh memanfaatkannya sepenuh hatinya. Nak minta wang pun walaupun produk yang
ditawarkan diterima pun cukup susah dan payah untuk diminta wang jualannya walaupun
dalam hati cukup tidak sabar untuk menerimanya.
iii.
Perasaan segan
Walaupun
telah lama menjual perasaan malu dan segan masih menebal lagi. Apatah lagi
kalau ditakdirkan bertemu atau bersua dengan orang-orang kenamaan, berkedudukan
atau orang yang cukup dikenali. Semuanya menjadikan lidah menjadi tiba-tiba
menjadi kelu kesah dan timbul perasaan malu yang cukup menebal dibuatnya.
Walaupun oportuniti di depan mata terpaksa dilepaskan begitu sahaja hanya
kerana sikap malu yang tiada kesudahannya.
iv.
Serba salah
Terutama
dalam perundingan dan tawar menawar berlaku, dalam melakukan jualan tiba-tiba
menjadi serba salah berapa banyak sebenarnya yang harus kita ambil sebagai satu
tahap keuntungan yang boleh kita peroleh. Seolah-olah dalam perasaan kita seperti
mahu mengenakan mereka walaupun pada hakikatnya harga kita amat berpatutan.
Menjadi serba salah pula menjual pada orang yang sepatutnya walaupun orang
tersebut adalah sasaran yang dicari selama ini.
v.
Biarlah dulu
Terlalu beralah
sehingga sanggup mengalah. Biarlah dulu orang lain mendapatinya dahulu, rezeki
tetap berada di mana-mana. Jangan tamak nanti rugi. Biarkan dahulu peluang yang
ada tidak ke mana. Takkan lari gunung yang di kejar. Asalkan mereka bahagia, tidak
menyakiti hati orang lain dan orang tak sakit hati dengan kita cukuplah.
Menjuallah dengan apa yang ada dan termampu.
Kaya dengan adab dan adat yang perlu dilakukan. Cukup berhemah dan bersopan
santun sering memikirkan kelebihan pada orang lain terlebih dahulu. Adakah ini
yang kita amalkan selama ini? Biar mati anak jangan mati adat adakah ini yang
kita perlu lakukan dalam jualan? Berfikirlah dengan sebaik yang mungkin kerana
inilah punca pendapatan kita tidak kiralah sama ada sepenuh masa ataupun tidak.
Pelihara jati diri yang sepatutnya yang mempunyai ketabahan, kecekalan,
kesabaran dan ketenangan dalam kita menceburi bidang jualan. Sesuatu yang
menarik untuk difikirkan antara bangsa atau punca pendapatan yang mana satu
perlu diutamakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan