Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 19 Oktober 2013

MENDAPATKAN KATA ‘YA’






Proses mendapatkan penutupan jualan bukanlah suatu proses yang boleh diambil mudah dan senang untuk dilakukan. Tawaran yang ada sememangnya bermatlamatkan agar tawaran diterima dengan sepenuh hati oleh bakal pembeli atau pelanggan. Pasti setiap penutupan jualan yang tidak berjaya diperoleh akan mengakibatkan kita merasa agak kecewa dan putus asa sedikit. Tidak boleh dinafikan pasti akan memberikan kesan. Inilah tindakan yang memerlukan kita melakukan dengan cukup berhati-hati dan berwaspada apabila telah sampai ke peringkat penutupan jualan.

Perlu ada keyakinan dan ketenangan dalam melakukannya. Jangan terlalu gelojoh, gopoh apatah lagi menggelabah tak tentu hala. Pastikan dalam mendapatkan penutupan jualan ada beberapa langkah dan kaedah yang perlu kita lakukan iaitu

i.         Per mudahkan
Jangan disukarkan sama sekali tapi per mudahkan apa yang sepatutnya. Sekali mereka melihat segala yang kita tawarkan begitu sukar dan susah sudah tentu mereka mula enggan untuk berurusan. Fikirkan jalan yang sebaik-baiknya beri bantuan hulurkan pertolongan memudahkan setiap urusan mereka.

ii.        Bina kredibiliti
Keyakinan dengan perbualan yang tenang pasti memberikan impak yang cukup baik untuk membina kredibiliti dan jati diri di hadapan mereka. Tunjukkan kehadiran kita sebenarnya untuk membantu dan menolong mereka bukannya untuk mengena dan mengambil kesempatan apa-apa pun atas mereka. Lakukan tindakan terbaik sebagai seorang konsultan jualan. Tawarkan dengan tawaran yang terbaik dengan menunjukkan segala yang berfakta secara logik akal dan mudah difahami. Jangan berbelit dan memudahkan lagi mereka tidak fahami apa yang kita sampaikan. Biar ringkas tapi jelas dan mudah difahami.

iii.       Dapatkan testimoni
Segala testimoni berikan kepada mereka. Sebaik-baiknya pengalaman terbaik dari kenalan-kenalan mereka sendiri. Mudah baginya untuk melakukan rujukan. Tanpa testimoni se menangnya sukar boleh dipengaruhi dan memikat hati mereka. Pengalaman pelanggan kita pergunakan dengan sebaik-baiknya memberikan pengalaman baru kepada bakal pembeli atau pelanggan kita.

iv.       Urus segala jangkaan
Ketahui secara jelas apa yang kita jangkakan mereka mahukan dan carikan selama ini dari kita. Sentiasa bersiap sedia dengan jawapannya agar tidak mudah terjadi segala bangkangan dan bantahan. Lebih baik bersedia dari tidak melakukan apa- pun ke atas mereka. Kita yang menjual bermakna kita mengharapkan agar tawaran kita diterima oleh mereka. Beri jangkaan apa yang bakal berlaku nanti. Tanpa jangkaan sudah pasti apa juga yang berlaku kita tidak akan ketahui apa tindakan terbaik perlu kita berikan dan tawarkan kepada mereka.

Berikan yang terbaik kepada mereka. Segala nilai tambah dan manfaat kepada mereka biar difahami dengan mendalam. Jangan biarkan mereka keseorangan tapi pastikan kita seolah-olah bersama-sama dengan mereka. Alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan. Lakukan yang terbaik dengan keyakinan diri yang tinggi. Kita yakin pasti mereka juga akan yakin dengan kita. Segala masalah mereka kita selesaikan dengan baik menerusi produk yang kita tawarkan. Beri satu solusi dan bukannya satu bebanan buat mereka.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan