Antara hendak atau tidak sahaja untuk melakukan jualan. Inilah persoalan
yang perlu dijawab bagi mereka yang mahu melakukan jualan. Memaklumkan kepada
orang yang kita ini menjual sesuatu produk, berminat dalam perniagaan dan
mahukan wang tambahan tapi malangnya segala usaha kita tidak ke mana.
Bersemangat untuk bercakap sahaja tapi keputusan akhir yang diperoleh tidak ke
mana pun. Berbeza dengan orang yang mahukan kepada kejayaan apa yang dicakapkan
pasti akan dibuktikan. Biarlah apa orang lain perkatakan namun di sudut hati
kecilnya pasti akan memastikan apa yang dilakukan tiada siapa boleh menafikan
apa yang dimahukan selama ini.
Begitulah kalau hendak
melakukan dalam jualan. Apabila
berkehendak sahaja pasti akan rajin melakukan tugasan jualan dari mula hingga
habis dan begitulah diulanginya setiap kali. Begitu bersemangat dan teruja dibuatnya.
Orang yang hendak melakukan tugasan jualan ini pasti akan melakukan
·
Memahami secara
mendalam segala pengetahuan tentang produk-produk yang ditawarkan
·
Berusaha mencari
senarai nama-nama sasaran pelanggan sebagai stok simpanan ‘leads’ nya
·
Mesti mendapatkan
temu janji untuk bertemu
·
Berusaha sebaik
mungkin mendapatkan penutupan jualan
·
Sanggup melakukan
berkali-kali walau pelbagai cabaran dan dugaan perlu ditempuhi
·
Rela dengan sepenuh
hati menukarkan harapan kepada sesuatu yang menghasilkan pulangan
·
Sanggup menerima
teguran dan kritikan secara positif demi kemajuan karier dalam jualan
Bagaimana dengan orang
tidak mahu melakukan jualan tapi di mulutnya sibuk mengatakan dia adalah ahli dalam bidang jualan.
Hanya gah pada perkataan tapi dari perbuatan langsung tidak dapat dibuktikan
sama sekali. Lebih rela menyerahkan pada takdir dari berusaha sebaik yang
mungkin menjaga karier yang telah diceburinya. Pastinya orang yang tidak mahu
melakukan jualan akan juga melakukan perkara-perkara seperti berikut
·
Mencari senarai
bakal pembeli pun tak mahu dan mengharapkan orang lain yang menghulurkan
bantuan setiap masa
·
Bertemu dengan bakal
pembeli hanya menjual secara terus dan bukannya memberikan cadangan terlebih
dahulu
·
Lebih banyak berehat
dari melakukan tugasan jualan
·
Terasa buang masa
apabila penutupan jualan gagal diperoleh
·
Terlalu yakin dengan
nasib badan yang berlaku setiap hari. Kalau bernasib baik hari ini maka
banyaklah untungnya tapi kalau tidak bernasib baik pasti peluang yang datang
walaupun di depan mata akan hilang begitu sahaja
·
Melakukan jualan
dengan segelintir orang sahaja yang pastinya cukup berminat dengan produk yang
ditawarkan
·
Sikap terlalu
memilih bakal pembeli
Semuanya terletak di tangan kita sendiri sama ada mahu ataupun tidak
melakukannya. Sudah sampai masanya untuk berubah sikap dan tingkah laku menuju
apa yang mahu diidamkan bagi mencari dan mencapai kejayaan. Fokus setiap apa
yang dilakukan agar tiada gangguan-gangguan luar dapat mengganggu ketika
melakukan jualan. Pilihlah sama ada hendak ataupun tidak kerana kejayaan dalam
melakukan jualan sudah pasti datangnya dari diri kita sendiri. Kita yang
mengadunkan kita jugalah yang menentukannya dengan sendiri. Lakukanlah dengan
sempurna dan tiada cacat celanya. Pastikan jangan mudah berputus asa dan kecewa
terlalu bersarang dalam diri kita. Sabda Rasulullah ‘Mulakan perbuatan baik itu dengan
Bismillah, agar kebaikan itu sempurna’ (Hadis Riwayat Abu Daud).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan