Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 3 Oktober 2013

FOKUS PADA SASARAN




Memastikan sasaran yang betul dan tepat memang diperlukan agar apa yang kita usahakan mempunyai peluang yang tinggi untuk mendapatkan penutupan jualan yang diperlukan. Tanpa sasaran yang tepat sudah pasti berapa banyak kita akan kehilangan tenaga, wang dan masa hanya semata-mata sasaran yang ada tidak betul dan tidak mengena dengan apa yang kita mahukan. Kerana itu pilihan yang betul perlu sama sekali kita lakukan. Biarlah mengambil masa sedikit asalkan keputusan akhir nanti memuaskan hati kita. Tiada siapa mahukan kekecewaan melainkan itu yang kita mahukan.

Fokus dengan apa yang dilakukan agar segala tapisan dan saringan yang dilakukan adalah tepat sama sekali. Dengan sasaran yang ada sudah pasti semuanya mempunyai peluang yang tinggi bagi mendapatkan temu janji, presentasi, perundingan dan seterusnya penutupan jualan. Kena ketahui apa bentuk sasaran yang betul yang dirasakan boleh menerima produk yang ditawarkan. Antara fokus yang perlu ada adalah

i.         Siapa bakal pengguna
Ketahui segera dengan cepat siapa bakal pengguna produk yang ditawarkan. Kenal pasti siapa pengguna sebenarnya. Jangan main hentam sesuka hati tapi tapisan dan saringan kena betul dan tepat. Setiap produk pasti mempunyai sasaran pengguna yang bagaimana diperlukan. Tidak kiralah sama ada mengikut darjat, lokasi, tahap umur, kesihatan dan sebagainya. Semuanya kena ditentukan dengan baik dan tepat. Peruntukkan sedikit masa lakukan kajian yang sewajarnya agar penapisan dan tapisan dapat dilakukan dengan baik sama sekali.

ii.        Soal kewangan
Kewangan sememangnya memainkan faktor utama dalam penawaran sesuatu produk yang disyorkan. Kena tahu taraf kehidupan dan jawatan yang dipegang di samping lokasi kehidupannya amat penting untuk diketahui. Biar kenal pasti dahulu dari main hentam sesuka hati kerana kalau tidak betul sasarannya sudah pasti yang merana itu nanti adalah kita. Ketahui produk yang ditawarkan dalam lingkungan pendapatan berapa banyak yang mampu untuk memiliki produk yang ditawarkan. Ambil tahu dan kena sensitif dengan keadaan sekeliling. Bukan kaki menyibuk tapi ambil berat keadaannya.

iii.       Bagaimana pasaran
Apa yang berlaku pada pasaran kena ambil berat dan prihatin dengan apa yang berlaku sekelilingnya. Menyasarkan produk yang ditawarkan amat memerlukan bagaimana produk boleh mendapat sambutan dengan apa yang kita kehendaki. Pasaran yang baik pasti produk kita akan mendapat sambutan. Jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Itu lah perumpamaan yang perlu sentiasa kita fikirkan. Peluang yang ada jangan disangka dan dijangka hanya ada pada satu-satu tempat sahaja. Ketahuilah bahawa kalau tiada kajian dan pengetahuan sudah pasti kita merasakan cukup sukar untuk mendapat sambutan dan menembusi pasaran yang ada.

iv.       Ketahui kesesuaian produk
Setiap produk yang dikeluarkan pasti mempunyai kelebihan, kehebatan, keuntungan dan nilai tambah yang tiada pada pesaing dalam pasaran. Ketahui dengan lebih mendalam termasuk sekali ciri-cirinya agar lebih mudah kita sasarkan pelanggan yang bagaimana boleh menerima tawaran yang dikemukakan. Selagi kesesuaian produk tidak di ketahui selagi itulah kita akan gagal menghulurkan bantuan dan pertolongan kepada siapa pun yang memerlukannya. Fikirkan jalan yang sepatutnya kita tempuhi dan bukan main redah sahaja.

Semakin kita melakukan tapisan dan saringan semakin luas lagi pengalaman kita mengetahui pelanggan yang bersesuaian dengan penggunaan produk yang ditawarkan. Jangan mudah merasakan bahawa produk yang ada boleh digunakan oleh semua orang. Mesti ada orang-orang yang tertentu yang dikhaskan dan dikhususkan untuk produk tersebut. Inilah tugasan kita sebelum menjual di mana usaha untuk mengenal pasti siapa yang sepatutnya perlu ada dan dilakukan dengan sebaik mungkin. Bak kata pepatah tak tumbuh tak melata tak sungguh orang tak kata. Berikanlah sebaik yang mungkin agar sambutan orang ramai kepada produk kita sentiasa mendapat sambutan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan