Niat di hati ingin bergurau senda bagi menghidupkan suasana dan mengambil
hati bakal pembeli atau pelanggan yang berada di hadapan kita. Tapi malangnya
lain pula jadinya. Tiba-tiba sahaja riak muka bakal pembeli atau pelanggan
tersebut berubah kemerah-merahan seperti marah dan ketidakpuasan hati menjelma
pula. Niat yang baik perlukan tindakan yang baik dan bukan sebaliknya. Apa yang
kita lakukan perlu berhati-hati dan jangan sama sekali main hentam tak tentu
hala merasakan apa yang kita lakukan adalah betul dan benar sahaja.
Dari Bahz bin Hakim dari dia berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda
‘Celakalah orang yang
berbicara, padahal ia berbohong untuk sekadar membuat orang-orang menjadi
tertawa. Celakalah dia kemudian celakalah dia’ (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi).
Berfikir dahulu. Bukannya buat dahulu baru nak fikir selepas itu. Adakah
apa yang kita lakukan boleh diterima atau tidak oleh seseorang yang baru sahaja
kita temui dan kenali? Nak bergurau pun kena tengok orang tersebut pastikan
boleh ataupun tidak terlebih dahulu. Jangan main pukul rata semua orang suka
dan mahu untuk menerimanya. Di petik dari fb Ustaz Dr.Mohd Izhar Ariff diberikan panduan tentang adab-adab bergurau senda bagi tujuan membuat jenaka
i.
Niat Yang Benar
ii.
Tidak Berlebih-lebihan
iii.
Elakkan bergurau dengan orang yang tidak suka
bergurau
iv.
Tidak Bergurau dalam perkara yang
serius seperti talak dan sebagainya
v.
Tidak menakut-nakutkan
vi.
Berkata Benar
vii.
Jangan per lekeh kan Individu tertentu
viii.
Tidak banyak ketawa
ix.
Bergurau dengan orang yang sesuai
x.
Jauh gurau menggunakan tangan &
kata2 yang buruk
Jaga hati dan perasaan orang lain sama. Jangan syok sendiri atau mudah
mengatakan apa yang kita lakukan selama ini adalah betul dan benar sahaja. Nak
lakukan jualan kena fikirkan sama ada apa yang kita lakukan boleh diterima
ataupun tidak. Elakkan dari menyakitkan hati orang walaupun kita cuma mahu
bergurau senda atau berjenaka sedikit dengannya. Sebaik-baik tindakan kenali
mereka terlebih dahulu dan ketahui dengan cepat apa yang mereka suka ataupun
tidak. Jangan main belasah jumpa siapa pun juga akan sama penerimaannya
daripada kita. Lain orang lain perangainya lain orang sudah tentu lain pula
penerimaannya. Berhati-hati dalam melakukan tindakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan