Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 11 Oktober 2013

KENAPA PERLU BERSANGKA BURUK




Daripada Abu Hurairah ra Rasulullah SAW bersabda ‘ Suatu hari Isa Bin Mayam melihat seorang lelaki sedang mencuri. Isa bertanya ‘Adakah kamu melakukan pencurian?’ Lantas lelaki tersebut menjawab dengan segera ‘Tidak sama sekali! Demi Allah (bersumpah)!’ Isa kemudian menjawabnya ‘Aku beriman kepada Allah dan aku mungkin tersilap menuduhnya agaknya’ (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Kisah Nabi Isa yang telah diceritakan oleh sendiri oleh baginda Rasulullah SAW. Satu kisah bagaimana Nabi Isa terlihat seorang lelaki yang sedang mencuri namun apa yang dilakukan oleh pencuri demikian dinafikan sama sekali akan perbuatannya tersebut. Sememangnya Nabi Isa yakin atas apa yang dilihatnya namun terpaksa bersangka baik berdasarkan kepada perkara berikut

i.             Mungkin lelaki tersebut mengambil haknya semula

ii.           Mungkin apa yang diambilnya telah mendapat izin dari pemiliknya terlebih dahulu

iii.          Mungkin pemilik barangan tersebut yang menyuruh beliau mengambil barangannya tanpa pemilik tersebut berada di tempat tersebut

iv.          Mungkin dia tidak bermaksud mengambil, merampas dan sebagainya tanpa ada niat di sebalik perbuatan tersebut

Kesemuanya Nabi Isa lakukan dengan bersangka baik dan tidak sama sekali terus menerus menyalahkan keadaan atau perbuatan orang tersebut. Ada sebabnya tapi tidak sampai bersangka buruk terhadapnya.  Hanya Allah yang Maha Mengetahui apa sebenarnya yang berlaku kerana setiap satu kejadian tersebut ada hikmat dan sebabnya yang tersendiri.

Begitulah kita yang melakukan jualan. Apabila bertemu dengan seseorang pastikan jangan mudah menyangka yang bukan-bukan terlebih dahulu. Terima seadanya. Elakkan dari mudah melakukan rumusan dan tanggapan. Dikhuatiri nanti ganjaran dosa perlu yang kita peroleh. Serahkan pada Allah apa yang berlaku dan kita lihat. Lakukan seperti biasa melakukan jualan. Ada sebabnya dan ada hikmah nya yang mungkin di luar kemampuan kita untuk mengetahuinya. Lakukan sebaik mungkin ada bersangka buruk dapat dihindari. Terlalu banyak manfaat dan faedahnya jika kita sentiasa bersangka baik dengan siapa pun juga yang kita temui.

Dari Abu Hurairah ra., katanya Rasulullah SAW bersabda ‘Hindarilah prasangka (bersangka buruk), kerana prasangka itu berita yang paling bohong. Jangan saling mencari-cari keburukan orang. Jangan saling mengorek rahsia orang dan saling menyaingi. Jangan saling mendengki, jangan saling marah dan jangan saling tak acuh. Tetapi jadilah kamu semua bersaudara sebagai hama-hamba Allah.’ (Hadis Riwayat Muslim).