Sesuatu yang membimbangkan apabila seseorang yang melakukan jualan terdapat
sikap berlagak atau ego. Sepatutnya dalam melakukan jualan, kita di saran agar
sentiasa berhemah dan merendah diri. Bersopan dengan siapa pun juga tidak kira
kedudukan, jawatan atau keperibadian seseorang. Pasti menjadi satu masalah
besar jika sikap atau perangai buruk ini menular pada kita sama ada kita sedari
ataupun tidak. Macam mana nak menjual kalau sikap ego ini berada dalam diri
kita jika tidak diperbetulkan segera?
Kadang-kadang apa yang kita lakukan pasti orang lain mencela dan tidak suka
akan apa yang di pamer atau dilakukan. Sedar atau tidak bukan persoalannya pada
kita tapi pada orang lain ia nya sesuatu yang perlu kita jaga sewajarnya. Kita
yang menjual bermakna kita yang berkehendakkan dari mereka. Eloklah kita cari
jalan terbaik bagaimana untuk mengelakkan diri dari di kenali sebagai seorang
yang ego, sombong, berlagak dan tinggi diri. Ambillah tindakan terbaik
perbetulkan diri kita agar sentiasa menjadi seorang yang merendah diri,
tawaduk, berhemah dan bersopan agar apabila bertemu dan berjumpa dengan siapa pun
juga sudah pasti orang berkenaan akan merasa senang terbuka hati untuk bertemu
dan berinteraksi dengan kita.
Antara tanda-tanda seseorang itu mempunyai sikap ego, meninggi diri,
berlagak dan sombong ini yang perlu kita ketahui untuk kita tidak mudah
melakukannya di masa hadapan atau bila-bila masa sekalipun adalah
i.
Diri kita merasa amat
sukar dan payah untuk menerima apa juga pandangan, teguran dan nasihat orang lain. Semua yang kita
lakukan di anggap benar, sempurna dan tiada kesalahan langsung
ii.
Mudah
sangat melenting marah walaupun pada pandangan orang lain perkara ini sebenarnya satu perkara
kecil yang boleh diselesaikan.
iii.
Di mana pun kita berada kita mahu
orang menghormati diri kita dan dihormati. Seolah-olah kita adalah seorang yang penting jika
dibandingkan dengan orang lain
iv.
Andai kata ada kesilapan dan kesalahan dari
orang lain kita amat sukar sama sekali menerima kemaafan dari mereka. Begitu juga kalau kita
melakukan kesilapan dan kesalahan begitu sukar
juga untuk kita memohon maaf kepada orang lain. Sama ada memohon maaf atau memaafkan tiada langsung
dalam diari kehidupan.
v.
Apa pun yang berlaku dan terjadi langsung tiada
perasaan belas kasihan terhadap orang lain. Hati kering tiada
simpati hanya memikirkan kepentingan diri sahaja
vi.
Memandang
rendah dan menghina seseorang
mainan utama seolah-olah apa yang dilakukannya selama ini adalah yang terbaik.
vii.
Tidak
memikirkan hati dan perasaan orang lain. Menyakiti hati orang lain dirasakan menegur dengan cara yang betul
walaupun di hadapan orang ramai. Yang penting diri sendiri dirasakan betul dan
sempurna selalu.
viii. Sikap membuli terutama rakan setugas ataupun orang
bawahan dirasakan perlu bagi menunjukkan betapa pentingnya kita ini.
ix.
Terlalu memilih
kawan dan mencari yang setaraf dengan dirinya sahaja.
x.
Sentiasa mencari jalan menjauhkan
diri dari menghadiri majlis ilmu terutamanya yang berkaitan dengan
keagamaan. Kalau menghadiri pun suka sangat kondem penceramah yang memberi
syarahan tersebut seolah-olah apa yang mereka perkatakan itu tidak betul ini
tidak benar. Asyik tidak ada yang elok dan betul baginya.
Rasulullah
SAW bersabda "Tidak
masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat seberat biji sawi dari
kesombongan." Seorang laki-laki bertanya, "Seorang lelaki menyukai
baju dan kasut yang bagus (apakah ini termasuk kesombongan)?" Beliau
jawab: "Sesungguhnya Allah itu indah dan menyukai keindahan. Kesombongan
adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia." (Hadis Riwayat Muslim).
Kalau ada tanda-tanda yang dinyatakan ini, berubahlah segera. Jangan
dinanti nasi sudah menjadi bubur baru terhegeh-hegeh nak
menyesal mengakui
kesilapan yang dilakukan. Kalau berterusan nanti kita kekalkan sehingga akhir
hayat kita nanti agak-agak apa jawapan balas kita di hadapan Allah nanti. Mulut
ditutup hanya anggota-anggota kita yang lain yang memberikan laporan kepada
Allah. Adakah ini yang kita cari-carikan selama kita tinggal dan menginap di
bumi Allah ini. Ingatlah kita hidup di dunia ini ada pasang dan
surutnya. Sekejap kita
di atas sekejap lagi kita di bawah. Kalau selama-lamanya kita di atas tak
apalah tapi tatkala kita di bawah bagaimana? Ambillah langkah terbaik dan bijak
menangani masalah yang penuh keegoan dalam diri kita perbetulkan semula menjadi
seorang insan yang sentiasa mengingati Allah dengan merendah diri, berhemah dan
bersopan sentiasa kepada orang lain. Tak susah pun untuk berubah yang susahnya
jika kita sampai bila-bila masih lagi tak mahu untuk berubah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan