Terdapat satu tindakan dalam melakukan jualan kita kerap tertinggal tugasan
ini. Tidak kiralah sama ada lupa ataupun malas pada hal kena dan mesti
dilakukan. Apa yang di maksudkan tidak melakukannya adalah kegagalan dalam
melakukan susulan. Tugasan yang sepatutnya kita lakukan sebagai satu susulan
langsung diabaikan begitu sahaja. Mungkin terjadi disebabkan terlalu banyak
yang perlu dilakukan sehingga tugasan susulan terbiar tanpa di sedari ataupun
tidak. Inilah yang patut kita elakkan agar tidak mudah terjadi dan berlaku
begitu sahaja.
Mungkin banyak sebabnya kegagalan dalam susulan boleh terjadi. Tidak
mustahil salah sendiri dan tidak mustahil juga salah cara dan kaedah kita
melakukan tugasan jualan. Semuanya adalah faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada
penyebab kenapa susulan tidak dapat dilakukan. Mungkin perkara-perkara seperti
berikut perlu di ambil perhatian iaitu
i.
Tiada keutamaan
Kerana
sibuk mengejar mendapatkan penutupan jualan dan peroleh jumlah imbuhan dan
pendapatan yang tinggi apa juga bentuk susulan terus kita lupakan sama sekali.
Prioriti kerja kena ada. Kena tahu mana satu yang penting perlu dilaksanakan
terlebih dahulu. Jangan main hentam sesuka hati. Tak kira penting atau tidak
main buat dan lakukan sahaja tugasan jualan. Kalau ini di amalkan sudah pasti
susulan yang perlu kita lakukan pasti menjadi satu tanggungjawab yang dilupakan
sama sekali. Berubah segera. Kena tahu mana satu yang penting, sederhana
penting, kurang penting dan yang tak penting. Pecahkan ia untuk dilakukan segera
mana satu yang perlu diselesaikan segera. Semuanya bergantung rapat bagaimana
kita boleh menyelesaikannya.
ii.
Tiada sistem
Tugasan
jualan kalau main hentam tanpa ada jadual yang sewajarnya pasti menjadi lintang
pukang dibuatnya. Sekejap lakukan analisis sasaran pelanggan sekejap lagi
menghubungi prospek mendapatkan temu janji dan mungkin sekejap lagi ada
pelanggan yang perlu ditemui. Semuanya dalam setiap hari menjadi kelam kabut
dibuatnya. Lakukan tugasan dengan gaya dan kaedah yang lebih teratur lagi.
Tindakan terbaik ada kan jadual waktu untuk kita lakukan tindakan jualan kita.
Jangan kelam kabut tapi susunkan menjadi teratur segala tugasan kita untuk
memudahkan lagi tindakan tugasan seharian kita dengan lebih baik lagi. Minda
tenang jiwa tenteram badan pun tak sakit kalau kita lakukan tugasan jualan kita
dengan lebih tersusun. Pasti selepas ini apa juga bentuk susulan akan kita
lakukan dengan lebih tersusun dan teratur sama sekali.
iii.
Kejar apa yang ada
Seperti
mengejar bayang-bayang kita sendiri. Pasti hasilnya tidak ke mana kerana
bayang-bayang yang ada bukan boleh ditangkap sama sekali. Main buat apa sahaja
yang terhidang di depan mata pun bukannya boleh dilakukan dengan begitu sahaja.
Kena ada perancangannya mengejar untuk melakukan apa yang sepatutnya. Lakukan
perancangan dan berikan tindakan mengikut apa yang telah di rancang kan.
Sebaik-baik tindakan perancangan harian perlu ada agar setiap susulan yang
dilakukan dapat dilakukan dengan begitu berkesan.
iv.
Kerisauan
Penolakan dan bantahan jualan sering kali merisaukan
seseorang dalam melakukan jualan. Ini belum lagi di ambil kira tentang tabiat
dan perangai buruk seseorang untuk menerima atau tidak tawaran yang
dikemukakan. Ada perasaan risau sememangnya normal pada manusia. Yang tak
normalnya adalah jika kita terlalu melayan risau tersebut sehingga menjadi
takut dan gerun pula jadinya. Elakkan ini berlaku. Kena hadapi dengan
keberanian yang ada. Lakukan susulan seperti mana yang telah di sedia
maklumkan. Dah buat tapi gagal tidak mengapa kerana usaha telah pun dilakukan.
Janganlah pula jadi gagal tapi sebarang usaha yang patut diusahakan langsung
tidak ada apa-apa pun dilakukan sama sekali. Siapa nanti yang menanggung
kerugian nanti? Tak lain tak bukan kitalah juga yang akan menanggungnya.
Berikan yang terbaik. Susulan adalah salah satu tugasan jualan yang penting
untuk dilakukan dan dilaksanakan. Jangan abaikan apatah lagi buat-buat lupa.
Jangan fikir kerenah bakal pembeli atau pelanggan yang telah membuatkan kita
merasa cukup meluat pula sehinggakan tak perlu lakukan susulan. Fikirkan apa
bakti kita selama ini adakah kita telah menghulurkan bantuan dan pertolongan
seperti mana yang kita mahukan selama ini. Biarlah kita tidak di hargai asalkan
kita masih ada lagi harga diri. Masukkan susulan yang perlu kita lakukan dalam
diari tugasan harian kita agar tidak ada sama sekali ada yang tercicir dan
membuatkan kita lupa sama sekali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan