Bila dah
kepenatan
Berehat sahaja
di tepi beranda
Belum lagi nak
pengsan
Tapi nak
hilangkan penat yang ada
Bila dah
kepenatan
Apa dirancang
terbengkalai jua
Buat penat
lakukan perancangan
Keputusan akhir
terbiar saja
Bila dah
kepenatan
Nak bersembang
pun tak terdaya
Merintih hati
secara bersendirian
Betul atau
telah disia-siakan sahaja
Bila dah
kepenatan
Adakah ini
tanda kesungguhan
Mencari rezeki
yang ada keberkatan
Demi sesuap
nasi menjalani kehidupan
Bila dah
kepenatan
Bolehkah kita
terus berehat lagi
Nanti hilang
pula semua pelanggan
Terasa rugi
pula tidak terperi
Bila dah
kepenatan
Berehatlah
seketika
Diri dan minda
direhatkan
Agar boleh
bertindak semula
Bila dah
kepenatan
Janganlah
mengeluh pula
Rehatlah jangan
ada gangguan
Agar kembali
segar seperti sedia kala
Bila dah
kepenatan
Mohon pada
Allah berdoa
Sentiasa
mudahkan segala tugasan
Agar penutupan
jualan di peroleh jua
Bila dah
kepenatan
Masa untuk
difikirkan semula
Susun strategi
betulkan perancangan
Dapatkan
kejayaan pasti menjelma
Tiada ulasan:
Catat Ulasan