Berdoalah kepada Allah. Mencapai kejayaan dalam bidang
jualan jangan sama sekali kita lupa untuk berdoa sama kepada Allah. Tolong
jangan diabaikan. Jangan ditangguhkan lagi kerana hanya dengan Allah sahaja
tempat kita bergantung sepenuhnya tanpa perlu merasa ragu dan waswas. Sebagai
seorang hamba yang taat kepada perintah Nya sudah pasti apa juga yang dilakukan
semuanya kena berserah kepada Allah. Kerana itu dalam kita berdoa sebagai satu
bukti dari kita kepada Allah betapa kita menyerahkan segala urusan kita kepada
Nya. Inilah satu ikhtiar paling terbaik kita sebagai hambanya menyerah diri
dengan sepenuh jiwa dan raga yakin dan percaya akan kekuasaan dan kehebatan
Allah yang sentiasa membantu siapa juga yang memerlukan bantuan dan pertolongan
dari Nya.
Bagi memastikan doa yang kita pohon dan mohon dapat
diterima dan dimakbulkan oleh Allah SWT dalam rancangan hujung minggu siri
Cinta Ilmu oleh Prof Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada 30hb Mac 2013 TV
AL-HIJRAH mengatakan bahawa terdapat 4 cara dan langkah untuk mendapatkan doa yang
mudah untuk dimakbulkan iaitu
i.
Pastikan apa yang kita minta hanya pada Allah sahaja dan bukannya kita memohon kepada orang lain
selain daripada Allah. Kadang-kadang tanpa kita sedari nak hilangkan kebuntuan
kita habis kita minta tolong pula pada orang lain minta itu dan minta ini. Semuanya
perlu kita sedari segera agar apa juga yang kita minta dan bantuan hanya pada
Allah sahaja tempat kita bernaung dan meminta segala-galanya.
ii.
Perlu ada keikhlasan dalam kita berdoa. Bukan untuk menayang-nayang atau menunjuk-nunjuk pada
orang lain. Riak namanya itu. Merendah diri kerana kita adalah hamba Nya.
Betul-betul ikhlas dan mengharapkan bantuan dan pertolongan dari Allah
semata-mata. Jangan pula kita pandai bercerita pada orang suruh dan minta doa
kepada Allah pada hal diri sendiri pun tidak pernah berdoa kepada Allah meminta
pertolongan dan bantuan.
iii.
Sebaik-baik berdoa lakukan dengan mendayu-dayu merintih mengharapkan sepenuhnya bantuan dan pertolongan dari Allah. Belajarlah memohon
kepada Allah dalam keadaan merendah diri sememangnya mengharapkan bantuan dan
pertolongan dari Allah dengan suara yang mendayu tanpa dikuatkan sehingga semua
orang boleh mendengarnya akan apa yang kita mahukan. Memang buat permulaan agak
sukar untuk melakukannya tetapi lama-kelamaan apabila sudah menjadi tabiat
dalam diri kita sudah pasti akan mudah untuk dilakukannya.
iv.
Angkat kedua-dua tangan kita apabila berdoa. Orang yang sombong, bongkak dan
tinggi diri sahaja yang endah tak endah sahaja untuk mengangkat tangan berlagak
tak tentu hala malas untuk angkat tangannya walaupun hanya mengaminkan sahaja.
Angkatlah tangan merayu terus merayu kepada Allah menghadap kiblat betapa
bersungguhnya kita mengharapkan segala bantuan dan pertolongan dari Allah SWT.
Firman Allah bermaksud ‘Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepada mu mengenai Aku maka (beritahu
kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku
perkenan kan permohonan orang Yang berdoa apabila ia berdoa kepada Ku. maka
hendaklah mereka menyahut seruan ku (dengan mematuhi perintah Ku), dan hendaklah
mereka beriman kepada Ku supaya mereka menjadi baik serta betul’ (Surah Al-Baqarah Ayat 186).
Firman Allah lagi bermaksud ‘Atau siapakah Yang memperkenankan doa orang Yang menderita apabila ia berdoa
kepada Nya, dan Yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti
(umat-umat Yang telah lalu) mendiami dan Menguasai bumi? Adakah sebarang Tuhan
Yang lain bersama-sama Allah? amat sedikit di antara kamu Yang mengingati
(Nikmat Allah itu)’
(Surah Al-Naml Ayat 62).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan