Sememangnya orang yang melakukan jualan suka dipuji dan
diberi ucapan penghargaan. Disebabkan terlalu sibuk mengharapkan pujian dan
penghargaan dari orang tidak kira majikan atau pelanggan yang berurusan dengan
kita, dengan mudah dan senang akan lebih merasakan apa yang kita lakukan selama
ini adalah betul dan benar sahaja. Kerja jualan lebih menumpukan dari pujian
dan sanjungan dari pelanggan. Ini yang dirasakan penting dan berguna buat diri
kita seolah-olah sebagai satu pendorong dan penaik semangat buat kita melakukan
jualan lagi dan lagi.
Sayidina Ali ada berpesan bahawa ‘Barang siapa
memuji ku, aku akan cari batu & baling dia dengan batu itu (sebab Sayidina
Ali cukup takut menjadi riak dan tinggi diri bila di puji)’. Begitulah
pandangan seorang Khalifah yang pernah memerintah dunia yang tidak memandang
langsung mengambil kisah tentang pujian orang ramai hanya disebabkan risau dan
takut menjadi riak dan takbur. Sama sekali Sayidina Ali akan mengelakkannya
sama sekali walaupun terpaksa membaling batu kepada orang yang memujinya
tersebut.
Terdapat satu pesanan dari seorang pendeta pula di mana mengatakan
bahawa ‘Orang yang bijaksana sentiasa berfikir bagaimana nak membantu
atau nak membangunkan orang lain. Orang yang sederhana fokus kepada dirinya dan
rutin hariannya. Orang yang jahil dan bodoh fokus kepada keburukan orang lain
dan men jaja keburukan orang’. Lakukanlah tindakan seperti orang yang
bijaksana dan mampu mengawal diri bagi mendapatkan kemestian dalam bertugas
untuk menghulurkan bantuan dan pertolongan kepada prospek/pelanggan yang
ditemui agar kita sama-sama dapat menyelesaikan segala masalah yang
ditanggungnya selama ini. Nak membantu dan menolong seseorang kena fokus dan
beri tumpuan sewajarnya untuk memastikan matlamat utama menolong dan membantu
orang dapat dilaksanakan dengan sebaik yang mungkin. Bila melakukan jualan
pastikan kita tidak mengumpat orang, bergosip dan menceritakan perkara yang
buruk-buruk tentang seseorang di hadapan prospek/pelanggan.
Ada juga orang yang berpesan sebagai satu ingatan ‘Sesiapa
yang menegur kita adalah guru kita dan sesiapa yg memuji kita adalah
"musuh" kita!’ Hari ini, mari kita perbaiki diri dan berusaha
mencari jalan untuk membantu dan menolong orang lain tidak kira apa juga
keadaan yang mendatang. Jadikan hari ini hari yg terbaik, mana tahu hari ini
hari terakhir untuk kita. Moga Allah sentiasa merahmati dan melindungi diri
kita semua di mana juga kita berada akan apa yang kita lakukan terutama tatkala
kita melakukan jualan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan