Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Selasa, 26 Mac 2013

AWASI BILA KELUAR MENJUAL




Sering kali melakukan jualan sudah pasti kita akan keluar dan tidak akan pernah duduk diam sahaja. Trend terkini kita yang menjual perlu mencari pelanggan dan bukannya mengharapkan mereka datang menemui diri kita. Baiklah kita merendah diri dari membiarkan ego kita melambung-lambung naiknya demi mendapatkan penutupan jualan sebanyak yang termampu. Kerana itu kita di saran untuk berhemah dan bersopan sentiasa hendaknya terutama sekali ketika bertemu dan berjumpa dengan prospek/pelanggan.

Apabila kita keluar dari premis pejabat kita, maka terdapat beberapa perkara yang perlu kita jaga dan patuhi berdisiplin dalam melakukannya. Jangan main perasan sahaja membabi buta kelak apa yang kita lakukan ini dibenci dan cukup meluat pula pada pandangan mata prospek/pelanggan. Hajat di hati ingin mengambil hati dan perasaan mereka pada hakikatnya tapi secara realiti menjadi lain pula sehingga tidak terkawal di luar dari jangkaan dan sasaran kita. Perkara-perkara yang perlu di jangka itu adalah

i.             Keselamatan diri ketika memandu di jalan raya

Ambil sikap berhati-hati semasa di jalan raya. Jangan main bawa kenderaan seperti kita berada di litar F1. Sikap memandu yang berhemah dan bersopan di jalan raya perlu di jaga dan bukan sahaja berhemah dan bersopan hanya di depan prospek/pelanggan sahaja. Banyakkan beralah selalu bak kata pepatah orang dahulu biar lambat asalkan selamat.

ii.           Kesihatan diri dan kenderaan perlu dijaga sama

Kesihatan diri perlu dijaga. Tanpa kesihatan diri yang baik bagaimana kita hendak bertugas melakukan jualan dengan sebaik yang mungkin. Amalkan pemakanan tambahan dan minta nasihat dari doktor-doktor perubatan yang dipercayai. Kalau dapat lakukan senaman selalu lagi baik seperti mana kempen pihak kerajaan sekarang Kempen 10,000 langkah setiap hari. Begitu juga dengan kenderaan kita. Cukup masanya untuk melakukan servis berkala eloklah dihantar kepada mekanik yang bertauliah. Periksa sama tayar dan breknya sentiasa. Ada temu janji tapi malangnya kenderaan kita tersadai tengah jalan bagaimana? Kenderaan perlu dibaiki, masa temu janji pelanggan perlu dipatuhi. Tidakkah itu menjadi satu masalah besar buat kita? Oleh itu ambil sikap berhati-hati berwaspada setiap masa buat untuk diri kita mahupun untuk kenderaan kita secara sama.

iii.          Mematuhi jangka masa waktu yang ditetapkan

Elakkan tiba pada ‘on-time’ apabila melakukan temu janji kepada prospek/pelanggan apatah lagi kalau lewat walaupun baru lima minit berlalu. Imej kena di jaga janji perlu dipenuhi. Jangan main semberono sesuka hati sahaja. Kena ada rasa ‘respect’ sedikit pada prospek/pelanggan yang ditemui. Sebaik-baiknya datanglah awal sekurang-kurangnya lima belas minit di tempat temu janji sebelum waktunya. Berhati-hati dengan apa yang telah di janjikan.

iv.          Bawa keperluan yang selengkap-lengkap dan secukup-cukupnya

Jangan bila bertemu dengan prospek/pelanggan rupa-rupanya ada sahaja benda yang tertinggal seperti pen, kad perniagaan, borang dan sebagainya yang sepatutnya perlu kita elakkan sama sekali. Buatlah satu ‘check list’ yang sepatutnya agar apa yang kita lakukan nampak kesempurnaannya di hadapan prospek/pelanggan yang kita temui. Takkan nak pinjam hak mereka punya walaupun sebilah pen. Nampak sangat kita tak ambil berat tugasan kita dan tidak menjaga imej yang sepatutnya. Tolonglah perkara di jaga sebaik-baiknya dan jangan dibiarkan sama sekali berlarutan sewenang-wenangnya.

v.            Hormati masa mereka

Setelah bertemu prospek/pelanggan mereka memaklumkan cuma ada masa 20 minit sahaja maka pergunakan masa tersebut memberikan penerangan dalam 15 minit sahaja dan selebihnya sesi soal jawab jika ada. Melainkan beliau meminta agar dapat diteruskan lagi barulah kita sampaikan mengikut kesesuaian masa mereka. Jangan terlajak masa sehingga kita abaikan harapan mereka. Kena hormat masa mereka maklumkan kita pergi ke tempat mereka. Bak kata pepatah masuk kandang kambing mengembek masuk kandang harimau mengaum. Kita masuk ke tempat orang kena pastikan betapa kita cukup berhemah dan bersopan bila berada di tempat orang ikut apa yang mereka mahukan.

vi.          Berdoa sentiasa kepada Allah

Firman Allah bermaksud ‘Dan kepada Tuhan mu sahaja hendaklah Engkau memohon (Apa Yang Engkau gemar dan ingini)’ (Surah Asy Syarh Ayat 8). Ini janji Allah maka pergunakanlah sebaik mungkin memohon kepada Allah meminta bantuan dan pertolongan dari Nya agar apa yang kita lakukan dalam bidang jualan sentiasa dipermudahkan dan sentiasa dibuka hati dan perasaan prospek/pelanggan agar mudah menerima apa juga yang kita tawarkan kepada mereka.

Lakukanlah dengan sebaik mungkin tanpa perlu merasa risau atau curiga. Ambil sikap berhati-hati dan berwaspada selalu agak tiada perkara-perkara di luar dugaan kita boleh berlaku dan terjadi. Tahu apa yang kita lakukan dan jangan sama sekali lakukan perkara-perkara yang pelik dan bukan mengikut tata susila dalam pekerjaan. Berusahalah dengan sebaik mungkin dan selepas itu bertawakal kepada Allah kerana kita telah berusaha dengan sebaik yang mungkin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan