Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Selasa, 19 Mac 2013

Kenapa dan Bagaimana



Kadang-kadang dalam melakukan jualan kita terlupa bahawa ada kala dan ketikanya kita perlu kembali semula kepada yang asas semula. Kerana merasakan apa yang kita lakukan ini dah terlalu canggih rasanya maka perkara-perkara asas telah kita biarkan dan abaikan begitu sahaja tanpa perlu merujuk kembali dan bermuhasabah semula akan apa yang telah kita lakukan. Alangkah malangnya jika perkara yang sebegini berlaku dan terjadi.

Mungkin untuk menjadikan diri kita agar menjadi seperti seorang budak yang baru belajar untuk masuk kembali ke kelas tadika. Bukan begitu maksud yang diberikan. Cuma apa yang diperkatakan ini adalah lebih baik jika kita dapat mengetahui semula kenapa dan bagaimana kedudukan sebenarnya pada kita dalam melakukan jualan. Biarlah kita kenali semula asas dalam melakukan jualan asalkan di kemudian hari nanti di masa-masa hadapan kita tidak mudah sama sekali terlalai dalam apa yang sewajarnya kita lakukan demi mempertingkatkan lagi karier kita dalam bidang jualan ini.

Kenapa?
Balik kepada yang asal. Melakukan jualan dari segi mata kasarnya adalah semata-mata bagi mendapatkan pendapatan mutlak atau tambahan kepada siapa pun juga yang melakukannya. Tidak dinafikan dan sememangnya ada kebenarannya sama sekali. Cuma apa yang perlu kita lakukan adalah berkait rapat bergantung pada niat kita sebenarnya iaitu ingin membantu dan menghulurkan bantuan secara bersungguh-sungguh tanpa memikirkan keuntungan terlebih dahulu atau menunjuk-nunjuk kepada sesiapapun juga. Selesaikan permasalahan mereka menerusi produk yang kita tawarkan. Ini sepatutnya matlamat yang perlu kita amalkan agar sentiasa mahu dan bersungguh untuk membantu orang seramai yang termampu. Lagi banyak dan kuat kita membantu dan menghulurkan pertolongan kepada orang ramai lagi banyak Allah akan memberikan balasannya yang terbaik buat diri kita dunia dan akhirat.

Bagaimana?
Pemilihan leads yang serba ada bukan bermakna semua leads tersebut adalah bakal pelanggan kita. Tapis dan saringlah semula kenal pasti yang mana satu prospek/pelanggan kita yang sepatutnya kita sasarkan. Kenal pasti keadaan latar belakang mereka serba sedikit yang sedikit sebanyak kita boleh mencari sasaran prospek/pelanggan sebenar-benarnya. Lagi banyak kita lakukan bermakna lagi banyak yang boleh mematangkan diri kita bertindak dan bertugas melakukan jualan dengan sebaik yang mungkin. Mungkin pada permulaannya akan mengambil masa yang lama tapi disebabkan semakin lama semakin berpengalaman akhirnya perkara yang disangka mengambil masa yang berpanjangan akan berjaya dijimatkan mengikut kepada pengalaman seseorang dalam menapis dan menilai seseorang dari sumber leads yang ada dan didapati.

Oleh itu, jangan mudah berputus asa dan merasa patah hati dengan cepat dan segera. Mudah kalah pasti akan tewas sepanjang masa tapi kalau bersemangat kuat dan kental sudah pasti setiap apa juga halangan, dugaan dan musibah yang mendatang akan boleh ditempuhi dengan baik dan saksama  sama sekali. Teruskan usaha dan beri pertolongan dan bantuan yang sepatutnya dalam menyelesaikan permasalahan mereka menerusi produk yang bersesuaian ditawarkan. Sudah pasti apa juga yang kita lakukan ini sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT hendaknya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan