Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 6 Mac 2013

MEREKA TAHU KITA GUGUP



Salah satu cabaran dan dugaan dalam melakukan jualan adalah ketika melakukan presentasi kepada sekumpulan prospek/pelanggan yang berada di hadapan kita. Mengadakan taklimat kepada prospek/pelanggan adalah amat dituntut kerana semakin ramai kita berikan presentasi semakin memudahkan lagi tugasan kita memandangkan presentasi tersebut tidak perlu dilakukan seorang demi seorang tetapi cukuplah sekadar ramai orang yang menghadirinya tapi hanya sekali bercakap sahaja kita berikan. Sememangnya ia menjimatkan masa dan tenaga. Umpama menangkap ikan, menjala lebih baik dari memancing. Hasilnya sedikit masa sahaja yang dipergunakan pasti boleh menjimatkan masa kita melakukan perkara lain pula.

Masalah akan timbul apabila prospek/pelanggan menyedari bahawa kita sebenarnya gugup dan serba tak kena semasa kita melakukan presentasi. Amat memalukan dan mendukacitakan bagi mereka yang mendengar taklimat yang kita sampaikan. Seolah-olah kita seperti budak yang baru belajar bertatih seperti orang bodoh dibuatnya. Hanya kerana kita agak panik dan menggelabah mereka cukup menyedari akan kelemahan tersebut. Keadaan yang menyebabkan prospek/pelanggan menyedari yang kita berada dalam keadaan kegugupan adalah apabila kita
       
i.             Melihat telatah dengan cara kita berdiri
Kebiasaannya kita tidak akan berdiri tegak. Kalau boleh nak cari dinding untuk kita bersandar memberikan ucapan. Teras bagai kedua kaki kita yang lembik dan tidak kukuh dibuatnya lagi membuatkan kita merasa cukup bercelaru dan bertambah kekok dibuatnya. Pada ketika inilah kita akan lebih merasa tidak berapa selesa dan berpeluh-peluh dibuatnya seolah-olah seperti ada hantu yang mengganggu di hadapan kita. Bawalah bertenang dan bersabar. Tabah dalam melakukan apa juga tugasan yang dilakukan. Yang penting jangan menggelabah dan panik. Sepatutnya kita yang kawal suasana dan bukan sama sekali mereka. Teruskan sahaja berdiri betul dan teruskan sahaja bercakap kerana apa yang kita perkatakan tersebut hanya kita seorang sahaja yang mengetahui dan bukannya mereka kerana mereka hadir adalah untuk mengetahui apa yang kita tahu.

ii.           Pergerakan mata
Jangan sama sekali memandang bawah atau di luar tingkap sahaja. Elakkan dari melihat nota-nota presentasi. Sepatutnya ada pergerakan mata melihat pada sekeliling prospek/pelanggan dan bukannya melihat sekeliling dinding yang ada. Jangan dilayan perasaan rasa gerun dan takut yang ada pada diri kita ini kerana mereka yang hadir bukan untuk memarahi kehadiran diri kita tetapi hanya semata-mata ingin mengetahui akan apa yang ingin kita tawarkan. Janganlah mula mata asyik di pejam seolah-olah para pendengar sedang menyaksikan si buta pula yang berkata-kata. Sedarilah segera agar mata kita berlegar-legar melihat kesemua yang hadir seolah-olah kita sedang mengambil berat akan apa yang mereka mahukan.

iii.          Pergerakan tangan
Jangan seperti patung hidup tanpa tangan digerakkan sama ada tangan berada di belakang badan, berpeluk tubuh, berdiri tegak ataupun menggenggam kedua belah tangan kita. Lakukan pergerakan tangan sebebas yang kita mahukan kecuali kalau tangan sebelah kita memegang mikrofon. Kalau kita gugup atau menggelabah jangan pegang apa-apa dikhuatiri nanti prospek/pelanggan akan perasan pula tangan kita dalam keadaan menggeletar. Kawal lah sebaik yang mungkin agar apabila kita sedang melakukan presentasi kita tidak mudah sama sekali menjadi kaku begitu sahaja.

iv.          Intonasi
Alunan suara tidak semestinya lunak dan merdu ataupun perlahan yang amat sangat. Kena ada tinggi rendahnya agar orang yang mendengarnya tidak mudah lena dan merasa boring dengan apa yang kita sampaikan. Intonasi yang baik adalah seorang yang tahu bila ketikanya suara perlu dikuatkan dan bila masa yang sesuai untuk diperlahankan supaya ada unsur-unsur suspens, gembira, ceria, ketegasan, humor  ataupun pengharapan boleh dilakukan. Semuanya bergantung kepada isi kandungan presentasi tersebut dan pengalaman seseorang ketika memberikan presentasi kepada orang lain.

Berhati-hatilah dalam melakukan presentasi terutamanya pada sekumpulan prospek/pelanggan yang berada di hadapan kita. Kalau kita dah biasa dengan seorang sahaja prospek/pelanggan, jangan mudah merasa kekok apatah lagi merasa panik, berpeluh-peluh di dahi walaupun di tempat berhawa dingin. Atasilah dengan baik sama sekali agar prospek/pelanggan tidak mudah mentertawakan diri kita apatah lagi memandang rendah keupayaan diri kita. Berhati-hati dalam melakukan presentasi kerana itu adalah jalan yang terbaik dari main hentam tak tentu hala. Semakin banyak kita berikan presentasi kepada orang ramai selagi memberikan lagi keyakinan diri yang tinggi apabila berhadapan dengan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan