Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 13 Mac 2013

SINDROM TAK KUASA



Salah satu sikap yang biasa didengari adalah sikap tidak mengambil berat atau tidak kisah dengan apa yang berlaku. Bukan untuk mengajar menjadi seorang yang menyibuk, menjaga tepi kain orang atau mengambil tahu akan segala-galanya yang berlaku tetapi sikap keprihatinan kepada apa yang berlaku dan terjadi di atas keadaan sekeliling perlu juga diambil berat dan berlaku terutamanya akan apa yang terjadi ke atas apa juga yang berkaitan dengan prestasi kita. Hanya kita seorang yang mengetahui akan apa yang berlaku sebenarnya tanpa perlu orang lain terlebih dahulu mengetahui. Inilah sikap yang perlu ada pada kita agar sensitiviti sentiasa ada dalam diri kita sendiri.

Apa yang dimaksudkan tidak mengambil berat dan buat-buat tidak tahu adalah

i.             Kita sentiasa merasakan bahawa prospek/pelanggan yang sedia ada telah mencukupi dan berlebih pula rasanya. Rasa cukup tapi bila lihat pada keputusan akhir prestasi dalam mencapai sasaran yang diberikan langsung tidak ke mana. Kita masih gagal dalam melaksanakannya hanya disebabkan rupanya bekalan leads yang ada sebenarnya masih tidak mencukupi buat kita.

ii.           Ada masanya kita menerima komisen yang berlebih-lebihan pula diperoleh yang mana ini boleh menyebabkan apabila kita telah merasa dengan banyaknya maka timbullah perasaan dalam sanubari kita agar berehat dua tiga bulan pula tidak perlu untuk mencarinya hanya disebabkan pendapatan yang diperoleh masih banyak lagi.

iii.          Setiap apa yang dilakukan untuk jualan kita langsung tidak membenarkan orang lain memberi teguran dan cadangan yang baik demi karier jualan kita. Masih merasakan apa yang kita lakukan adalah betul dan benar walaupun hasil tidak ke mana.

iv.          Selagi mampu memperoleh penutupan jualan itu sudah dikira amat baik sama sekali. Walaupun kadang kala kita menyedari mungkin terdapat salah dan silapnya tapi dengan sewenang-wenangnya kita mengabaikannya begitu sahaja. Seolah-olah apa yang kita lakukan itu adalah satu kesempurnaan. Tidak perlu diperbetulkan dan tidak perlu melupuskan begitu sahaja akan segala kesilapan dan kesalahan yang dilakukan hanya disebabkan hasilnya telah berjaya diperoleh mengikut apa yang diidamkan.

v.            Tidak guna adanya konsistensi dalam melakukan jualan asalkan boleh dan mampu peroleh penutupan jualan itu sudah dikira amat-amat memadai. Biarlah jadi nombor tiga atau nombor empat asalkan komisen dan ganjaran boleh diperoleh. Semangat berjuang untuk mencapai kedudukan tertinggi dan peroleh banyak sumber pendapatan langsung tiada diambil berat langsung.

vi.          Perancangan yang dilakukan hanya perancangan dalam kertas sahaja. Langsung tiada mahu untuk diikuti kerana merasakan perancangan gerak hati secara spontan itu adalah lebih utama dan didahulukan. Perancangan yang dilakukan hanya untuk penyedap pemberian kepada ketua kita. Apa yang kita lakukan adalah rahsia besar buat kita dan tidak perlu diambil tahu dan berat oleh orang lain.

vii.        Rakan sekerja yang berjuang sama dengan kita mungkin terjejas teruk ataupun mengalami masalah kesihatan yang berat langsung tiada kita mahu untuk memberikan dan menghulur sebarang bantuan dan pertolongan. Merasakan ini masa dia, masa kita nanti dia hendak kah menolong diri kita pula perlu difikirkan semula. Sebagai seorang Muslim yang sejati semangat kerjasama dan tolong menolong perlu untuk dipupuk dan disemai dengan baik sama sekali. Belajar jangan menjadi seorang yang tamak haloba tetapi belajar dan terus pelajari bagaimana kita boleh membantu dan menolong orang lain pula terutamanya ketika mereka di dalam kesukaran ataupun kepayahan yang menimpa kepada mereka.

Inilah satu sikap yang perlu dikikis dan dihindari oleh kita semua. Jangan mudah merasakan apa yang kita lakukan adalah sentiasa betul dan benar sahaja. Sindrom tak ambil berat dan tahu bukanlah menunjukkan sesuatu yang negatif dan mementingkan diri sendiri sahaja. Sudah pasti kalau beginilah sikap kita sampai bila-bila pun orang akan cuba menjauhkan diri mereka dari kita. Perlu kah kita hidup seperti katak di bawah tempurung? Hanya mengambil tahu dan hanya mementingkan diri sendiri sahaja. Semua jawapan tersebut ada dalam diri kita ini yang boleh memberikan jawapannya. Jika ada berubahlah segera agar apa yang kita lalui dan tempuhi dalam menjalani karier jualan ini tidak dipinggirkan sama sekali oleh orang lain.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan