Kita
yang hidup di dunia ini semua orang mahukan keharmonian, keamanan dan dalam
keadaan yang tenang. Tidak menyerabutkan kepala apatah lagi berada dalam
keadaan yang memeningkan kepala. Memerlukan keamanan dan keharmonian yang
diperlukan semuanya perlu bermula dari dalam hati kita sendiri. Kita yang kena
lakukan dahulu supaya orang lain pula akan mengikutinya pula. Tak perlu disuruh
tak perlu diawasi semuanya kena lakukan atas dasar dan sebab tiada kekacauan
dan keributan apabila kita melakukan jualan. Jangan bila ada sahaja yang
berlaku di hadapan kita habis semuanya menuding jari menyalahkan orang lain
tanpa ada sebarang alasan yang kuat dan kukuh boleh diberikan.
Apa
yang dimaksudkan dengan keharmonian atau keamanan dalam jualan ini adalah
i.
Jangan bergaduh kerana seorang prospek/pelanggan dengan
rakan sekerja yang lain
Perkara yang menyedihkan
apabila terdapat pertengkaran, ke tidak puas an hati dan pergelutan kerana
masing-masing merasakan seorang prospek/pelanggan ini adalah kepunyaan mutlak
dirinya walaupun menyedari prospek/pelanggan tersebut bukan kita yang berhak ke
atasnya. Jangan pula sampai berdendam dan memusuhi orang yang berjaya
mendapatkan prospek/pelanggan berkenaan hanya kerana kita gagal dalam melakukan
susulan dan menjaganya dengan baik. Jangan ada salah menyalahkan dan buruk sangka
berlaku antara satu sama yang lain tapi sepatutnya beralah demi menjaga imej
organisasi dan institusi yang kita wakili. Nama baik perlu dijaga. Hilang
seorang bukan bermakna hilang akan segala-galanya. Sentiasa ada sifat reda
dengan apa yang berlaku sebagai satu ujian dan dugaan dari Allah.
ii.
Berkawan bukan memburuk-buru kan pesaing yang ada di
pasaran
Jangan main hentam dan
mengatakan yang buruk-buruk tentang pesaing yang menawarkan produk yang sama
seperti kita. Bukan juga untuk memuji tapi jadikan sebagai satu perbandingan
yang baik di dalam satu pasaran yang terbuka agar prospek/pelanggan yang
ditemui lebih jelas dan faham akan produk kita jika dibandingkan dengan
pesaing. Tiap produk yang dikeluarkan sudah tentu ada baik dan buruknya.
Berikan kekuatan produk kita tanpa perlu memburukkan produk pesaing.
Prospek/pelanggan sudah pasti akan lebih menghormati kepada kita jika tata susila
dalam melakukan jualan dijaga dengan baik sama sekali.
iii.
Pelihara sebaik mungkin aib orang lain
Tidak perlu
memburuk-burukkan seseorang asalkan produk kita laku dan diterima oleh
seseorang. Menjaga aib orang lebih utama agar orang lain turut sama menjaga aib
kita jika ada. Jangan mudah mengatakan pelbagai sikap, sifat dan tingkah laku
yang negatif dan dibenci orang kelak nanti pelbagai tohmahan pula jatuh menimpa
ke atas kita. Peliharalah sebaik yang mungkin agar kita tahu menjaga setiap
rahsia orang baik tentang prospek/pelanggan yang ditemui, pesaing, rakan
sekerja mahupun majikan kita sendiri. Sentiasa fahami setiap manusia yang dijadikan
di dunia ini tiada seorang pun yang sempurna Allah jadikan.
iv.
Elakkan ber gossip dan melakukan fitnah
Tolong jaga mulut kita
dari suka dan gemar ber gossip seterusnya menyebarkan fitnah yang bukan-bukan.
Orang jualan suka menjual sahaja dan cukup tidak suka ber gossip apatah lagi
menyebarkan fitnah di seluruh alam. Bak kata Prof Dr Muhaya, kita hidup ini,
mulut kita hendak dijadikan mulut syurga atau mulut neraka? Semuanya kena
dijaga dengan baik dan elok sama sekali. Dosa orang yang menyebarkan fitnah
lebih besar dosanya dari dia berzina dengan ibunya sendiri. Cukup besar hukuman
yang Allah berikan. Maka berhati-hatilah dengan mulut kita
v.
Berfikir dahulu bukan riuh dahulu
Setiap berita atau cerita
yang kita terima pastikan disiasat dahulu kesahihannya terlebih dahulu. Jangan
main sebarkan sahaja terlebih dahulu hanya kerana takutkan cerita sensasi
tersebut menjadi basi dan bukan orang yang pertama yang menyampaikannya. Kena
pastikan ada betulnya dalam setiap berita atau cerita yang mahu atau ingin kita
sampaikan. Jangan hanya kerana kita terlalu ghairah dan berseronok habis kita
sebarkan ia terlalu cepat sehingga tanpa kita sedari terdapat implikasi yang
tidak baik akan berlaku tanpa kita sedari. Kalau betul tidak mengapa tapi kalau
berita tersebut adalah tidak betul dan palsu bagaimana? Sudah pasti di masa
hadapan apa juga berita atau cerita yang kita sampaikan orang ramai tidak akan
mempercayainya lagi akan kredibiliti dan personaliti diri kita sendiri. Bukan
itu dinamakan kita sendiri yang mencari penyakit? Tepuk dada tanyalah pemikiran
kita sendiri.
Kalau
ini yang dilakukan oleh kita sudah pasti karier kita dalam melakukan jualan
pasti amat menyeronokkan melakukan jualan. Jangan mudah melatah dan
menggembar-gemburkan sesuatu yang kecil menjadi sensasi. Peliharalah dengan
sebaik yang mungkin agar kita tergolong dalam golongan orang-orang yang
benar-benar menjaga kariernya melakukan jualan. Tugasan kita sememangnya
sentiasa berinteraksi dengan orang ramai dan memerlukan tingkah laku dan akhlak
yang baik dan sempurna sahaja. Jangan ingat melakukan yang baik hanya bersolat
dan tunaikan rukun Islam dan rukun Iman sahaja tapi lebih dari itu. Hubungan
kita dengan manusia juga harus dipelihara dan dijaga dengan sebaik yang mungkin
agar siapa juga prospek/pelanggan yang kita temui sudah pasti akan cukup mudah
dan mesra untuk kita berinteraksi dan berkomunikasi dengannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan