Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 7 Mac 2013

TIM JUALAN : PEMIMPIN ADALAH PENENTUNYA



Tim jualan adalah merupakan satu tim yang perlu ada jalinan ukhuwahnya antara sesama ahli yang baik, rapat dan mesra antara kakitangan jualan dengan ketuanya. Tanpa adanya jalinan dan ikatan yang kuat dalam tim jualan tersebut sudah pasti tim tersebut tidak akan ke mana. Pasti prestasi menjadi hambar dan bercelaru. Masing-masing membawa haluan sendiri tanpa ada nakhodanya. Dengan adanya tim jualan bermakna bukannya kita semua menaiki sampan seorang satu tetapi sebenarnya kita sedang menaiki sebuah kapal besar yang satu yang ada nakhodanya untuk mengemudi kapal tersebut.

Menyentuh tentang nakhoda kapal yang dibicarakan ini, dalam tim jualan ketua memainkan peranan yang paling penting dan teristimewa sekali. Beliaulah orangnya yang akan membawa sama ada tim jualan tersebut menjadi baik prestasinya ataupun tidak. Beliaulah yang akan menentukan sama ada tim jualan yang diwujudkan ini boleh pergi jauh atau tidak. Semuanya bergantung kepada ketua tim tersebut. Perhubungan secara personal amat diperlukan dengan kakitangan di bawah kendalian dirinya. Inilah amanah dan tanggungjawab yang perlu dilakukan dan dilaksanakan dengan sebaik yang mungkin. 

Antara perkara-perkara yang perlu dilakukan adalah 

i.             Menjadi yang disegani bukan ditakuti
Jangan sama sekali dibiarkan orang menjadi takut kepada kita hanya kerana kita seorang pemimpin atau penyelia di tempat bekerja. Bersahabatlah dan berkawanlah dengan mereka kerana mereka semua turut membantu sasaran tugasan kita. Tanpa mereka kita tidak akan ke mana. Dengan kewujudan mereka sudah pasti bantuan dan pertolongan mereka amat diperlukan sama sekali. Wujudkan suasana kerja yang harmoni dan saling hormat menghormati agar mereka menjadi segan kepada kita dan bukannya mereka cukup risau, takut dan gerun atas kehadiran diri kita.

ii.           Dalaman menjadi baik luaran pun akan ikut sama sekali
Pembentukan rohani yang baik sudah semestinya memberikan pembentukan jasmani yang baik juga. Apa yang ada dalam dalaman kita sudah semestinya itu yang keluar untuk luaran diri kita. Nak menjadi seorang pemimpin yang baik kena pastikan dalaman kita diperbetulkan dahulu sebelum kita boleh perbetulkan orang yang di luar diri kita pula. Semuanya perlu dilakukan dari diri kita dahulu sebelum kita boleh memberi teguran atau nasihat kepada orang lain. Apa yang kita lakukan semuanya diperhatikan dan dijadikan contoh yang baik kepada diri mereka pula.

iii.          Role model dan mentor
Bina diri kita agar menjadi seorang yang boleh diikuti dan dicontohi oleh semua kakitangan di bawah kendalian kita. Jadikan diri kita sebagai seorang yang Role Model bagi mereka dalam melakukan jualan. Menjadi seorang mentor pula dalam memberikan segala nasihat, pandangan dan teguran yang membina bagi memastikan apa juga tindakan mereka berada pada landasan yang betul dan dikehendaki. Jangan ikutkan perasaan hati kelak nanti memakan diri sendiri.

Bekerjalah dengan sebaik yang mungkin dan semampu yang boleh. Masing-masing memainkan peranan agar tahu posisi masing-masing. Jangan dibiarkan seperti si sudu lebih daripada kuahnya. Semua kena ingat bahawa bekerja bukan kerana tugas tetapi kerana matlamat yang ditetapkan. Berusaha bersungguh-sungguh dan seterusnya bertawakal kepada Allah kerana usaha tanpa tawakal adalah sia-sia manakala tawakal tanpa usaha adalah angan-angan sahaja. Berbakti kepada semua bukan sahaja kepada prospek/pelanggan tetapi kepada kakitangan di bawah kendalian juga jangan sama sekali diabaikan begitu sahaja.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan