Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 27 Mac 2013

MASALAH YANG MENDATANG



Jiwa kacau. Inilah istilah sekarang bila terdapatnya masalah yang perlu dihadapi. Bagi yang dapat mengawalnya syukur alhamdulillah. Tapi bagi mereka yang gagal bagaimana? Mungkin bagi kita masalah yang dia hadapi sebenarnya terlalu kecil tapi bagi dirinya masalah tersebut terlalu besar dan sukar sungguh untuk dihadapi. Umpama kita melihat api, semasa kecil mudahlah untuk kita padamkannya tapi bagaimana kalau api tersebut merebak menjadi besar? Jadi begitulah dengan masalah, kalau yang kecil-kecil bolehlah diselesaikan tapi kalau masalah yang besar bagaimana?

Sememangnya kita diwujudkan di dunia ini adalah untuk diuji. Pelbagai bentuk ujian akan diberikan melihat sama ada kita sabar atau tidak untuk menghadapinya. Kerana itu pelbagai masalah akan timbul menguji satu persatu kepada kita yang melakukan jualan. Suka atau tidak perlu ditempuhi agar satu solusi boleh diperoleh. Atasi sebaik mungkin setiap masalah yang timbul dengan jalan penyelesaian yang terbaik agar perkara-perkara negatif dan di luar dari bidang kawalan diri kita tidak berlaku. Pastikan bila ada masalah perkara-perkara seperti berikut tidak terjadi iaitu

i.             Merasakan satu tekanan yang mendalam terhadap diri kita kerana di samping masalah perlu di fikir tugasan jualan juga perlu difikirkan. Kedua-duanya berjalan serentak dan bersama sehingga kalau masalah yang timbul tidak dapat diselesaikan fokus dan tumpuan kita pada jualan akan terganggu yang amat sangat.

ii.           Masalah yang melarat tidak dapat diselesaikan akan memberikan kelemahan pada tubuh badan. Lemah tubuh badan bermakna penyakit akan lebih lagi mudah untuk menyerang diri kita. Kerana itu jangan dibiarkan dan difikirkan masalah yang ada terlalu lama dan mendalam. Kemurungan juga akan mudah berlaku dan mulalah detiknya untuk kita tidak mahu berkawan dan bersahabat dengan orang lain pula.

iii.          Tidak merangka dan merancang jalan penyelesaian yang terbaik bagaimana untuk mencari jawapannya. Mungkin jawapan tersebut tiada pada kita kerana bersangkut pula dengan orang lain. Semuanya perlu dicari jalan penyelesaiannya sebaik yang termampu.

iv.          Perasaan akan lebih mudah menjadi buntu dan cemas kerana asyik mengenangkan masalah yang menimpa.

v.            Masalah peribadi dan masalah tugasan bercampur aduk sehingga tidak mampu hendak membezakan yang mana satu perlu diselesaikan.

vi.          Dikhuatiri pegangan kita kepada Allah akan menjadi semakin longgar dan longlai. Jangan sama sekali dibiarkan kerana tanpa Allah maka akan hilang tempat pergantungan kita sepatutnya.

Lihatlah bagaimana Rasulullah yang datang berhijrah ke Madinah menjadikan pemerintahan Islam di Kota tersebut. Bagaimana Rasulullah berjaya menyatupadukan dua golongan utama antara Muhajirin dan Ansar. Bermula dengan penghijrahan Rasulullah sehingga pada akhirnya berjaya menyebarkan Agama Islam sehingga 2/3 dunia. Begitulah hebatnya Rasulullah yang berjaya menjalankan tugasan utamanya sebagai seorang Nabi utusan Allah. Semuanya yang dilakukan oleh Rasulullah penuh dengan istiqamah dan melakukan sebaik yang mungkin menghadapi segala masalah-masalah yang timbul dan mendatang sebagai satu cabaran yang mesti dilalui dengan memohon bantuan dan pertolongan secara bersungguh-sungguh kepada Allah SWT. Begitulah kuatnya pergantungan Rasulullah yang sanggup melakukannya apa juga demi Agama Islam walaupun betapa terseksa dan sukarnya hidup baginda dalam menghadapi setiap cabaran, musibah dan cubaan yang menimpa ke atas dirinya.

Kerana itu dalam menghadapi dan menangani masalah yang timbul ini kita kena anggap bahawa apa juga masalah yang ada dan mendatang semuanya adalah sebagai satu cabaran untuk kita. Jadikan dan tukarkan bahawa setiap masalah sebagai cabaran kerana apabila kita menganggap masalah tersebut sebagai cabaran sekurang-kurang

i.             Kita akan lebih bersedia dan mampu untuk mencari penyelesaiannya dengan sebaik yang mungkin

ii.           Sekurang-kurangnya kita tahu Allah adalah tempat pergantungan kita yang terbaik membuat segala pengaduan dan rintihan meminta pertolongan daripada Nya. Setiap yang berlaku ini ada hikmah dan ujian dari Allah sendiri.

iii.          Tumpuan kepada tugasan dalam melakukan jualan menjadi lebih mudah untuk diberikan fokus dan tumpuan. Kita yang melakukan jualan masa kita berinteraksi dan berkomunikasi dengan pelanggan itu adalah lebih utama kerana semasa bertemu dengan mereka keceriaan dan kemesraan perlu ada ketika itu

iv.          Dah namanya pun cabaran, suka atau tidak, senang atau sukar, mahu atau tidak semuanya perlu ditempuh dengan pendekatan yang penuh bijaksana dan berhati-hati agar setiap cabaran yang ada sudah pasti ditempuh dengan sebaik yang termampu.

Kerana itu kita di saran jangan lari dari masalah. Selagi kita lagi dari masalah selagi itu masalah akan sentiasa ada dan menghambat diri kita setiap masa. Kerana itu kita kena jadikan setiap masalah sebagai satu cabaran yang perlu kita hadapi tanpa adanya perasaan keluh kesah, susah hati dan kecewa tak tentu hala. Hanya mereka yang bersemangat waja dan kental sahaja yang pasti mampu untuk menjadikan setiap masalah yang ada sebagai satu cabaran kerana setiap masalah yang timbul sudah tentunya Allah jadikan sebagai satu ujian kepada kita sama ada kita mampu atau tidak untuk menghadapinya dengan sebaik yang mungkin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan