Pengalaman
di sebuah kedai buku pada hari Ahad baru-baru ini amat menyedihkan saya. Bertujuan
pada awalnya untuk membeli buku-buku yang berada di situ terpaksa dibatalkan
begitu sahaja. Sememangnya amat menyedihkan dan amat mengecewakan dengan apa
yang telah saya sendiri lalui. Kedai buku tersebut yang kebetulan ada seorang
sahaja pembantu yang ada sedang sibuk menyusun buku-buku baru di rak-rak yang
difikirkan cukup strategi dibuatnya sehingga pelanggan-pelanggan yang keluar
masuk tidak sempat beliau layan dan bertanyakan apakah gerangan buku yang perlu
dicari. Bagi saya itu tidak mengapa kerana saya sendiri lebih gemar mencarinya
sendiri dan membelek-belek buku yang berada di situ.
Masalah
yang timbul yang memberikan impak ketidakselesaan pada saya kenapa saya harus
membatalkan sahaja niat saya untuk tidak terus membelinya adalah kerana
disebabkan oleh juruwangnya (mungkin juga tuan punya kedai) yang boleh makan
nasi di kaunter pembayaran! Memang waktu tersebut adalah waktu untuk makan
tengah hari tapi rasanya tidak boleh dijadikan sebab untuk membolehkan makan di
tempat pembayaran pembelian dilakukan. Dengan bau lauk pauk yang begitu kuat menghinggapi
hidung saya terasa amat meloyakan tekak saya yang sepatutnya juruwang tersebut
jangan sama sekali makan di tempat pembayaran tersebut. Di situ bukan tempat
makan kerana di situlah para pembeli berkumpul untuk melakukan pembayaran wang.
Di
sinilah kesilapannya, moga jika kita melakukan jualan pastikan jangan makan
tempat kita melakukan jualan. Makanlah di tempat yang disediakan atau di kedai
makan. Bukan semua orang suka melihat kita makan di tempat kita menjalankan
perniagaan walaupun tapak perniagaan tersebut kita punya dan hak mutlak kita.
Sepatutnya kita kena hormat pada prospek/pelanggan kita yang datang menyerah
diri mahu berurus niaga dengan kita. Fikirkan sebaik-baiknya jangan pentingkan
diri sendiri ketika melakukan jualan. Sepatutnya bantu dan tolong orang yang
ingin membeli agar penutupan jualan dengan mudah kita boleh peroleh. Semoga ia
nya menjadi iktibar buat kita semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan