Nak dapatkan
pelanggan yang baru salah satu caranya adalah dengan mendapatkan referral yang
dikehendaki dan dimahukan dari pelanggan yang sedia ada. Hanya dengan referral
yang ada urusan bagi mendapatkan penutupan jualan dari prospek/pelanggan yang
lain boleh dikatakan peluang untuk mendapatkannya agak mudah dan senang. Ini
dapat dibandingkan jika melakukan tawaran produk pada prospek/pelanggan yang
didapati dari senarai leads yang dicari. Kerana itu kita di saran agar dapat
mencari penutupan jualan melalui referral yang boleh didapati dari pelanggan
kita yang sedia ada.
Masalah
yang timbul kini adalah bagaimana secara efektif boleh kita pergunakan referral
yang telah kita peroleh. Mesti ada cara yang terbaik bagaimana untuk kita
lakukan dengan bagi menghasilkan penutupan jualan. Pergunakan dengan sebaik
yang mungkin agar peluang mudah yang didapati ini tidak hilang begitu sahaja.
Adalah satu kerugian yang besar jika setiap referral yang diperoleh, kita gagal
untuk melaksanakannya bagi mendapatkan penutupan jualan seperti mana yang
dikehendaki. Kerana itu pergunakan dengan sebaik yang mungkin dengan cara
i.
Lakukan permulaan dengan testimonial
Apa juga pengalaman yang
baik dan benar setelah apa juga diperkatakan kepada kita oleh pelanggan
ambillah ia sebagai satu catatan peribadi kita bagi menyenangkan tugasan jualan
untuk dimaklumkan kepada referral yang diberikan. Ceritakan pengalaman yang
telah dilalui oleh pelanggan kita kepada referral yang diperoleh agar lebih
mudah terpengaruh dan mempercayai yang produk kita telah diterima oleh
kenalannya. Lagi kita berikan testimonial yang ada yang berupa pengalaman yang
positif, berguna dan elok tidak salah untuk kita memaklumkan kepada mereka
asalkan kita sama sekali tidak menipu atau mereka cerita yang bukan-bukan hanya
semata-mata menarik minat mereka.
ii.
Sebagai satu bicara permulaan
Satu bahan yang baik
sebagai pemula bicara apabila bertemu dengan referral yang disyorkan. Nyatakan
nama kenalan beliau yang telah pun menjadi pelanggan kita yang menerima tawaran
yang ditawarkan. Pasti kisah dan pengalaman pelanggan kita kenalan referral tersebut
merupakan satu topik yang cepat dapat menarik minat dan keyakinan referral
tersebut untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi. Yakinlah dengan apa yang
telah kita sampaikan agar keyakinan mereka memudahkan lagi tugasan jualan kita
kepada dirinya.
iii.
Beri tumpuan
Fokus dengan apa yang
kita lakukan. Kalau kenalannya berjaya untuk menerima tawaran yang kita
tawarkan kenapa tidak dirinya. Beri tumpuan sewajarnya dengan keikhlasan dan
kejujuran yang sepatutnya secara berhemah dan bersopan agar apa yang kita
lakukan dapat diterima dengan baik ke atas referral yang kita temui. Jangan
pula terlalu yakin kerana lain orang lain tabiatnya pula. Teruskan fokus dan
beri perhatian sewajarnya agar kita tidak pula hilang begitu sahaja dengan
senang sama sekali.
iv.
Dah dimulakan pasti ada penamatnya
Alang-alang menyeluk pekasam
biarlah sampai ke pangkal lengan. Jangan pula berhenti di tengah jalan.
Teruskan usaha yang ada kerana peluang yang datang bukan selalu boleh datang
bergolek begitu sahaja. Kena ada kesungguhan dan keyakinan yang tinggi untuk
melakukannya. Nak dapatkan referral pun sukar inikan pula nak dapatkan
penutupan jualan pula. Kesemuanya kena ditempuh dengan tenang, tabah dan sabar
tidak kira apa juga halangan dan dugaan yang menimpa. Kuatkan semangat cekalkan
hati agar apa yang kita lakukan berhasil juga akhirnya.
Jangan
disia-siakan peluang yang ada. Mencuba dengan sepenuh hati dan segala kekuatan
yang tersedia. Jangan pula mudah beralah dan rasa tertewas pula. Inilah peluang
yang ada yang patut dipergunakan kesempatan yang perlu dipergunakan dengan sebaik
yang mungkin. Prospek/pelanggan sebagai referral dari pelanggan kita sudah
pasti mahukan seperti mana kenalannya yang telah menjadi referral kita. Emosi
seseorang akan mudah terasa andai kata kenalan rapatnya juga diketahui turut
sama telah dan mendahului dirinya menerima tawaran yang ditawarkan. Inilah
jalan terbaik dalam kita memberikan penerangan dan ulasan yang sewajarnya
kepada mereka bagi mendapatkan satu laluan mudah penutupan jualan seperti mana yang
diidam-idamkan selama ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan