Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 18 Mac 2013

NAK BUAT APA DENGAN LEADS YANG ADA?



Bila kita dapat sebarang nama-nama leads kadang-kadang terasa pening pula melihat leads yang kita peroleh dan dapati. Pening disebabkan tak tahu bagaimana untuk melakukannya hanya disebabkan terasa begitu banyak pula diperoleh sehingga nak mulakan yang mana satu habis terbantut dibuatnya. Inilah sikap negatif yang perlu dikikis agar kita tidak serabut dan memeningkan diri sendiri dengan apa yang kita peroleh. Sebaiknya-sebaik bersyukur ke hadrat Allah atas kurniaannya bagi membolehkan kita dapat lagi untuk meneruskan pencarian prospek seperti mana yang dimahukan.

Apa yang kita peroleh sepatutnya kita perlu susun satu persatu melakukan saringan awal semua senarai nama yang kita peroleh boleh atau tidak untuk diguna pakai. Lakukan sebaik mungkin kerana inilah peringkat utama sebelum kita melakukan jualan. Pilihan yang baik akan menghasilkan keputusan yang baik. Kerana itu saringan perlu dilakukan dan bukannya melakukan seorang demi seorang untuk dihubungi. 

Dalam memastikan kita memperoleh leads yang baik, adalah disarankan kita melakukan perkara-perkara yang berikut

i.             Ambil senarai leads yang ada agar saringan boleh dilakukan terutamanya di waktu petang. Kenapa di waktu petang dan bukannya pagi? Ini adalah kerana di waktu pagi adalah masa yang kebiasaannya sesuai untuk melakukan panggilan telefon kepada prospek/pelanggan bagi mendapatkan temu janji seperti mana yang disasarkan.

ii.           Sebaik-baiknya sedia satu register tentang apa yang kita lakukan agar dapat dielakkan pertindihan nama, terpanggil dua kali atau terlepas pandang pada senarai nama-nama yang dibekalkan atau diterima. Tak kan melakukan catatan pun menjadi sesuatu yang membebankan.

iii.          Kemas kini sentiasa secara konsisten apa yang telah kita lakukan sama ada gagal atau berjaya peroleh temu janji. Kena ada disiplin dan kerajinan yang konsisten dalam melakukannya.

iv.          Sasarkan setiap hari paling kurang pun sebanyak 10 panggilan telefon perlu dilakukan tanpa gagal. Sekali kita gagal dalam melakukan perkara ini lambat laun akan merebak pula sifat malas, boring dan membosankan kita untuk melakukannya di masa hadapan.

v.            Sasarkan pelanggan yang mana kita mahukan. Dari pendapatan bergaji, gaya kehidupan, sumber rujukan atau tempat kerjanya memainkan faktor penting dalam pemilihan dan saringan yang kita lakukan. Semuanya adalah berdasarkan produk apa yang kita tawarkan kepada mereka untuk siapa, bagaimana, kenapa dan untuk apa. Perlu bijak dalam melakukan pemilihan yang betul dan tepat

vi.          Simpan baik-baik semua senarai leads yang sedia ada ataupun yang diterima. Tujuannya adalah untuk bekalan rujukan kita sekali lagi di masa hadapan. Jangan dibuang atau disorok terus kerana ia nya sudah pasti menjadi rujukan kita semula di masa hadapan. Cuma masa sahaja yang menentukan segala-galanya.

Berusahalah dengan sebaik yang mungkin agar keputusan yang dikehendaki boleh diperoleh dengan sebaik yang mungkin. Jangan dibiarkan sama sekali terbiar begitu sahaja hanya disebabkan kita merasakan ‘Direct Approach’ adalah jalan penyelesai yang terbaik untuk kita. Mungkin pengalaman pertama agak kekok tapi lama kelamaan sudah pasti boleh dilakukan dan tahu prospek/pelanggan yang macam mana boleh kita cari dan peroleh. Jangan malu untuk bertanya pada orang yang lebih mahir dan pandai daripada kita. Selagi kita belajar selagi itulah ilmu yang ada akan ditambah dan ditambah dalam diri sendiri. insyaAllah perkara yang sering dan selalu kita lakukan secara konsisten sudah pasti akan lebih memahirkan lagi kita untuk cari, saring dan pilih prospek/pelanggan yang macam mana kita mahukan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan