Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 9 Mac 2013

KEJAYAAN ATAU KEGAGALAN



Kesemuanya terletak pada diri kita sendiri sama ada mahu mengecapi kejayaan ataupun kegagalan. Muhasabahlah agar kita ketahui apakah selama ini kita dalam kategori orang yang berjaya ataupun di dalam kategori orang yang gagal. Berjaya bukan setakat di dunia sahaja tapi di akhirat sama perlu di kecapi. Tiada gunanya kita hanya gah berjaya dan berjaya di dunia sahaja tapi di akhirat satu bekalan pun gagal kita bawa bersama. Adakah yang ini yang kita cari selama ini?

Telah kita ketahui melakukan jualan adalah membantu dan menolong seberapa ramai yang termampu bagi menyelesaikan masalah yang ditanggung oleh prospek/pelanggan yang ditemui melalui produk-produk yang ditawarkan. Niat kena betul agar apa yang kita lakukan adalah sebagai satu ibadah semasa kita menjalankan tugasan kita. Kalau ini berjaya kita perbetulkan  sudah pasti kejayaan milik kita dunia dan akhirat. Tapi kalau kita berniat nak dapat pendapatan dan menjana perolehan yang tinggi bagi menampung kehidupan di dunia sahaja alangkah ruginya kerana kehidupan kita semuanya bergantung kepada apa yang telah kita niatkan. Biasa-biasakan diri ini melakukan niat yang betul agar bukan sahaja setakat senang di dunia tetapi juga kesenangan di akhirat turut sama dinikmati.

Mungkin gambaran di bawah ini boleh dijadikan satu panduan atau pedoman untuk kita bagaimana mengetahui diri kita sebenarnya berada di dalam satu situasi akan apa yang kita lakukan ini adalah betul ataupun tidak bagi memperoleh kejayaan ataupun kegagalan. Sesuatu yang perlu kita lakukan agar kita sentiasa sedar apa yang dibuat selama ini berada di atas landasan yang betul ataupun tidak.


Sumber dari MaryEllen Tribby di www.inboxempire.com/successcode


 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan