Terkejut dengan iklan yang dijumpai sekitar Alor Star ini. Bukan untuk memburukkan lagi keadaan, cuma perlu di ambil iktibar dan pengajaran atas apa yang berlaku. Inilah keadaan kalau si pelanggan kalau dah marah akan sanggup melakukan apa juga demi memberitahu kepada sesiapapun juga tentang keperitan dan kesukaran yang beliau tanggung selama ini.
Sesuatu
yang perlu di fikirkan apabila penutupan jualan berjaya dilakukan adalah sampai
ke tahap manakah kepuasan pelanggan yang menerima tawaran telah kita jaga dan
lakukan. Apabila seseorang pelanggan mengatakan ke tidak puas an hatinya sudah
tentu pelbagai cara akan dilakukan. Adakah imej seperti ini yang kita mahukan
dan menjadi satu kepuasan di hati kita? Apa guna kita lakukan jualan kalau
hebahan mulut dan penyebaran kain rentang berada di merata tempat
memburuk-burukkan jenama produk yang kita tawarkan? Sudah pasti akan memberi
impak yang cukup besar kepada jualan dan perniagaan kita. Akan terjejas
teruk akibatnya.
Bukan
untuk mengaibkan perkara ini tetapi bagi kita yang melakukan jualan ambillah
ini sebagai satu iktibar dan pengajaran yang berguna. Jaga dan semailah akan
keakraban dan jalinan persahabatan ke atas pelanggan yang menerima tawaran kita
di mana perlu dijaga dengan sebaik yang mungkin. Bila ada aduan, komplen atau
ke tidak puas an hati terjadi dan berlaku ambillah langkah yang sewajarnya agar
perkara yang mulanya dianggap kecil boleh diselesaikan segera dan tidak di gembar
gemburkan sesuka hati oleh pelanggan atas sesuatu perkara yang mendatangkan
impak yang negatif dan memalukan. Imej kita sebagai seorang yang menjual perlu
di jaga dengan sebaik yang mungkin sehingga akhir hayat kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan