Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 4 Mac 2013

Maruah diri



Ia sesuatu yang tidak boleh pastinya dapat disentuh. Namun ia sangat memberi pengaruh yang amat besar kepada perasaan kita. Kita pasti tidak dapat melihatnya tetapi apabila kita memandang imej kita dalam cermin, kita akan dapati ia ada di situ. Kita tidak boleh mendengarnya tetapi ia sebenarnya berada di mana-mana semasa kita bercakap tentang diri sendiri. Apakah benda yang misteri ini? Itulah yang dinamakan maruah. Apa dia maruah yang diperkatakan ini?

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Maruah bermaksud kehormatan (diri), harga diri, keberanian, kegagahan. Dari buku ‘Padanya Ada Hikmah’ tulisan Prof Dr Muhaya Mohamad dan Bahruddin Bekri mengatakan ‘Maruah itu adalah harga diri kita dengan Allah. Bagaimana kita menjaga diri daripada terjebak dengan maksiat, bagaimana kita mempertahankan agama Allah, bagaimana kita menjadi hamba Nya yang baik. Sekiranya kita menjaga diri kita di hadapan Allah, tidak timbul isu maruah lagi sesama manusia kerana Allah sudah menjaga maruah kita. Walaupun kita dihina, dicaci, kita tetap tidak terasa hati dengan segala hinaan. Malah, kita tetap sedaya upaya berbuat baik dengan orang yang menghina kita. Bukan kerana kita lemah, tetapi kerana kita  menjaga maruah kita dengan Allah dengan berbuat baik sesama dengan orang yang menghina agama Allah. Apabila mereka menghina agama Allah, sepatutnya kita berasa maruah kita jatuh dan pada ketika itulah sekiranya kita mahu marah, kita marahlah betul-betul.’

Begitulah maruah kita dalam melakukan jualan. Kena berpegang teguh dengan apa yang kita lakukan dan perkatakan. Jangan ada bila masanya prospek/pelanggan memberikan hanya sedikit bangkangan, mengejek, persendaan dan merendahkan keupayaan dan kewibawaan kita melakukan jualan, tanpa memikirkan maruah, kita cepat melenting dan hilang kesabaran dibuatnya. Tiada kawalan diri dan merasa setiap bangkangan dan cemuhan itu benar-benar menyakitkan hati seolah-olah apa yang kita lakukan ini adalah satu perkara yang salah dan betul sama sekali di hadapan mata mereka.

Kenapa maruah dirasakan amat-amat penting? Semua orang tidak mengira dewasa, remaja atau kanak-kanak perlu memiliki harga diri yang sewajarnya terutama kita yang melakukan jualan agar tidak mudah sama sekali terjerumus dengan perkara-perkara yang tidak dibenarkan sama sekali kita terjebak. Ini adalah kerana

1. Ia memberikan kita keberanian mencuba sesuatu perkara baru.

2. Ia juga membuatkan kita lebih yakin dan percaya kepada diri sendiri.

3. Apabila kita menghormati akan diri sendiri kita sendiri, orang lain juga akan turut sama menghormati kita

4. Ia juga memudahkan kita membuat keputusan dan memberikan penilaian yang terbaik menghasilkan keputusan.

5. Harga diri yang tinggi membantu kita memahami yang setiap bahagian diri kita berbaloi untuk dihargai dan disayangi.

6. Membentuk keupayaan melakukan setiap tugasan dengan baik

7. Pembentukan pendirian yang kukuh dan jitu akan setiap apa yang kita lakukan terutamanya di hadapan prospek/pelanggan

Lakukanlah sebaik mungkin dalam melakukan jualan. Maruah diri, pekerjaan dan agama perlu dijaga dan dibelai dengan sebaik mungkin. Jangan dibiarkan layu setengah jalan dipermainkan diperkotak-katikkan oleh prospek/pelanggan begitu senang. Bukan semua pandangan mereka betul dan benar sahaja kerana mereka juga adalah manusia biasa sama seperti kita. Prospek/pelanggan bukannya maksum. Kerana itu kena amat dituntut agar sentiasa berhemah dan bersopan serta merendah diri sentiasa biar dengan sesiapapun juga tidak kira prospek/pelanggan ataupun tidak.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan