Tidak
dinafikan seseorang dalam menentukan sama ada menerima atau tidak tawaran yang
dikemukakan sudah pasti harga memainkan peranan utama dalam menentukan
segala-galanya. Kesemuanya mengikut kemampuan dan bajet personel sama ada mampu
ataupun tidak. Walaupun besar macam mana pun keinginan untuk memiliki produk
yang dihasratkan namun kalau difikirkan keperluan-keperluan lain yang lebih
mustahak sudah tentu dan sudah pasti kehendak terhadap produk yang diingini
pasti terhalang begitu sahaja.
Kerana
itu bagi pengeluar produk-produk yang agak mahal harganya sudah pasti menyasarkan
prospek/pelanggan yang agak mewah dan lebat pendapatannya mengikut standard dan
kualiti produk yang ditawarkan mengikut gaya hidup dan keperluan mereka. Kerana
itu dalam menentukan sesuatu produk yang ingin ditawarkan supaya boleh dan
senang mendapat sambutan.

i.
Hujah yang kuat kenapa harga yang sebegini ditawarkan.
Pengetahuan produk tentang segala kelebihan dan kekuatan perlu kita ketahui
dengan sebaik yang mungkin
ii.
Banyakkan bertanya untuk ketahui sebaik-baiknya kemahuan
dan keperluan mereka agar kita lebih mudah memberikan penerangan seperti mana yang
mereka harapkan
iii.
Bersabar, bertenang dan tabah sentiasa agar apa yang kita
berikan tidak melalut, menggelabah dan penuh kekecewaan di atas kerisauan kita
sama ada mereka mahu atau tidak untuk menerimanya
iv.
Banyakkan mendengar dari bercakap agar kita tahu situasi
sebenar. Kurangkan membantah tapi per banyakkan memberi penerangan sebaik yang
mungkin
v.
Layanlah sebaik yang mungkin tidak kira prospek/pelanggan
mahu atau tidak untuk menerimanya
vi.
Berikan perbandingan paling baik dengan pesaing yang sama
atau seakan-akan agar prospek/pelanggan lebih memahaminya dan dapat membezakan
apa kelebihan dan kekurangan masing-masing
vii.
Banyakkan bertawakal kepada Allah agar Allah lebih banyak
memudahkan segala tugasan jualan yang kita lakukan selama ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan