“Jangan merasa bersalah untuk memujuk
orang bagi membeli barangan atau perkhidmatan yang mereka tidak tahu mereka
perlukan, sentiasa tawarkan produk yang cukup berguna kepada mereka atau
berikan mereka kegembiraan dan perkhidmatan yang akan mereka pergunakan kelak’
– Victor Dunstan (Penulis Buku How to Earn Big Money Selling)
Begitulah
dalam jualan, penawaran produk kepada prospek/pelanggan perlu dilakukan bukan
sahaja memberikan persembahan,penerangan dan presentasi yang terbaik tetapi
juga dalam proses perundingan pujukan juga kadang-kadang perlu juga di lakukan
bagi mempengaruhi seseorang dalam melakukan keputusan sama ada untuk
menerimanya ataupun tidak. Ada juga prospek/pelanggan yang kita temui mungkin
merasakan secara luarannya terlebih dahulu mereka tidak berminat untuk
mengambil tahu akan apa yang ingin kita tawarkan. Tetapi oleh kerana penerangan
dan presentasi kita yang amat baik memberikan kefahaman yang jelas dan di
fahami akan turut mempengaruhi seseorang untuk berminat juga menerimanya juga.
Itulah
kebolehan yang perlu ada pada kita. Berikan penerangan dan presentasi yang
sewajarnya. Daripada permulaannya tidak berminat boleh bertukar kepada berminat
untuk menerima tawaran yang di tawarkan. Walaupun kita ketahui sebenarnya
pelanggan tersebut sebenarnya sememangnya tidak memerlukan produk yang
ditawarkan pada mulanya, tetapi kerana pujukan kita secara penerangan yang
betul dan mudah difahami prospek/pelanggan tersebut terus bersetuju untuk
menerimanya pula. Bukan sesuatu yang mustahil tapi boleh menjadi satu kenyataan
pula.
Inilah
buktinya jika seseorang yang melakukan jualan boleh menukarkan seseorang
pelanggan tersebut dari tidak bersetuju akhirnya akan bersetuju pula untuk
menerimanya pula. Pastikan untuk melakukan perkara yang sebegini kekuatan diri
perlu ada segi
i.
Pengetahuan produk yang baik dan mendalam terutamanya
tentang manfaat dan kelebihan kepada prospek/pelanggan
ii.
Kemahiran skil jualan yang sentiasa diperbaiki dari masa
ke semasa berdasarkan kepada pengalaman, pembelajaran dan pengetahuan yang di
alami, pembacaan dan rakan-rakan yang sama bidangnya dengan kita
iii.
Presentasi dan penerangan yang jelas, mudah difahami dan
padat
iv.
Benar-benar untuk membantu dan menolong serta berikan
satu solusi yang terbaik penyelesaian kepada masalah yang di hadapi oleh
prospek/pelanggan
v.
Ambil berat dengan kemukakan soalan-soalan yang
berkualiti memahami apa yang sebenarnya tersirat dalam hatinya untuk kita
berikan satu solusi bersesuaian dengan produk yang di tawarkan
vi.
Jujur dan berkata benar. Tidak sama sekali mengambil
kesempatan di atas kelemahan dirinya.
Begitulah
umpamanya jika kita pergi membeli di hypermarket seperti TESCO atau GIANT,
mungkin pada mulanya bukan dalam perancangan asal kita untuk membelinya tetapi
oleh kerana tarikan harga atau barangan tersebut telah menarik perhatian kita,
tanpa kita sedari telah mendatangkan minat kita pula untuk membeli dan menerima
barangan yang di tawarkan pula. Mungkin bukan kerana nafsu beli tapi memikirkan
bahawa mungkin pada satu hari nanti kita pasti akan menggunakannya juga.
Jadi
jangan rasa bersalah atau merasa susah hati kalau kita dapat pengaruhi dan
berikan pujukan yang sewajarnya kepada prospek/pelanggan yang kita temui.
Teruskan usaha secara stabil dan konsisten lakukan jualan. Dalami ilmu
pengetahuan berkaitan dengan tugasan yang dilakukan agar kita sentiasa tahu
perkembangan semasa dan boleh menghadapi apa juga cabaran, rintangan dan dugaan
yang diterima. Yakin diri berserah sahaja kepada Allah, insyaAllah tugasan yang
di lakukan secara jujur dan betul sudah pasti Allah SWT akan sentiasa membantu
diri kita yang sentiasa berkehendakkan penutupan berlaku dengan mudah dan
senang dengan hasil sebanyak yang mungkin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan