Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 14 Mac 2013

BILA TIADA PENDIRIAN



Ketika melakukan jualan, apa yang perlu di jaga dan dipertahankan adalah pendirian ketika dalam melakukan jualan. Jangan seperti lalang yang begitu mudah ke kiri dan ke kanan mengikut arus kekuatan arus angin. Bila orang suka dengan produk yang ditawarkan kita bukan main lagi mengatakan produk kita adalah terbaik seluruh dunia tanpa ada orang boleh menandinginya. Tapi bila ada prospek/pelanggan yang menghentam jadi lain pula kita menyokong terus dengan apa yang diperkatakan oleh mereka. Bukan main bersetuju lagi menyatakan bahawa produk yang ditawarkan tidak sebaik pesaing yang lain dan rugi rasanya jika mereka menerima tawaran yang kita tawarkan.

Begini kah kita melakukan jualan. Kerana itu pengetahuan tentang produk segala kelebihan dan kekurangan produk perlu kita ketahui dengan lebih mendalam dan fahami betul-betul segala ciri-ciri yang penting dalam produk yang kita tawarkan. Jangan bila dah ada bangkangan atau bantahan kita mudah terlayu dan terkuyu dibuatnya hanya kerana pada hakikat sebenarnya kita kurang mengetahui tentang segala kehebatan produk yang kita tawarkan. Ini semuanya kelemahan dan kesalahan diri kita yang tidak mahu mengambil berat tentang kehebatan dan kelebihan produk yang kita tawarkan.

Alangkah malangnya jika ini yang berlaku. Satu perangkap yang benar-benar datangnya dari diri kita sendiri yang kita tidak tahu berpegang teguh dan berpaut kuat dengan apa yang telah kita sampaikan. Beginilah rapuhnya kalau pendirian kita tidak sekuat mana. Sekali prospek/pelanggan goncangkan habis terkulai diri kita dibuatnya. Inilah kelemahan-kelemahan yang perlu kita kenal pasti dengan segera. Kalau masih berterusan lagi pendirian kita tidak seteguh mana maka

i.             Sampai bila-bila pun prospek/pelanggan tidak akan mudah percaya dengan apa yang kita tawarkan walaupun pada hari kemudian nanti bersua semula.

ii.           Keyakinan diri dalam melakukan jualan sudah pasti masih lagi terumbang ambing mengharapkan agar prospek/pelanggan tidak memberikan sebarang tekanan kepada kita terutamanya dalam bangkangan atau bantahan ketika penawaran dilakukan.

iii.          Terlalu mengharapkan nasib dan simpati orang apabila kita melakukan jualan

iv.          Apa juga produk yang kita tawarkan walaupun produk tersebut paling hebat di pasaran sudah tentu kita gagal juga untuk melakukannya hanya kerana kita tidak mempunyai pendirian yang kukuh

v.            Sesiapapun yang kita temui orang akan lebih mudah permain kan diri kita dan mengambil kesempatan atas kita disebabkan pendirian kita yang tidak sekukuh seperti mana yang diharapkan.

vi.          Bila kita tidak ada pendirian dalam melakukan jualan secara langsung akan memberikan kita satu impak yang negatif dalam karier kita melakukan jualan kerana ia nya akan terdedah kepada takut, susah hati, mudah terkejut atau malu untuk bertemu dengan seseorang apa bila kita tawarkan.

vii.        Sampai bila-bila kita akan menjadi seorang yang lemah bukan sahaja dalam karier melakukan jualan tetapi pegangan hidup pun tidak ke mana.

Kerana itu lakukanlah dengan sebaik yang mungkin. Dalami dan fahami akan apa yang diperlukan terutama pengetahuan produk agar keyakinan yang ting gi dan pendirian yang cekal dapat disemai sama sekali lagi diri kita. Kita mudah melatah bermakna tiada siapa pun akan menghormati akan kewibawaan kita melakukan jualan. Bila kita benar-benar telah bersiap sedia dalam melakukan jualan, keyakinan akan timbul memberikan satu impak kepada pendirian kita untuk tidak mudah goyang sama sekali ketika berhadapan dengan prospek/pelanggan yang ditemui.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan