Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 8 Mac 2013

KETAHUI APA YANG SEBENARNYA



Suatu ketika, seorang sufi yang masih muda datang dengan maksud ingin berguru kepada Abu Said Abul Khair, seorang Guru Sufi yang terkenal kerana keistimewaannya dan gemar mengajar tasawuf di pengajian-pengajian. Rumah guru sufi itu terletak di tengah-tengah padang pasir. Ketika sufi muda itu tiba di rumahnya, Abul Khair sedang memimpin majlis pengajian, di tengah-tengah para muridnya. Sewaktu Abul Khair membaca surah Al-Fatihah. Ia tiba pada ayat: ghairil maghdubi ‘alaihim, wa ladh dhallin. Sufi muda itu berfikir, “Bagaimana mungkin ia seorang Guru sufi terkenal?, makhraj bacaan Al Fatehah nya tidaklah sebagus mana. Bagaimana mungkin aku berguru kepadanya. Bacaan Quran-nya saja tidak bagus.” Sufi muda itu terus membatalkan niatnya untuk belajar kepada Abul Khair.

Sufi muda itu merasa bersalah memilih calon guru baginya, dan ia memutuskan pulang dan mencari guru lain yang makhraj bacaannya lebih bagus darinya. Begitu sufi muda itu keluar, ia langsung di sekat dan di halang oleh seekor singa padang pasir yang buas. Ia kemudian mundur dan bergerak belakang bagi menghindari singa itu, akan tetapi di belakangnya ada lagi seekor singa padang pasir lain yang menghalanginya. Lelaki muda itu menjerit kuat dan lantang untuk meminta tolong kerana ketakutan. Mendengar jeritan tersebut, Abul Khair segera turun keluar meninggalkan majlisnya. Ia menatap kedua ekor Singa yang kelaparan itu dan menegur mereka, “Wahai singa, bukankah sudah ku katakan pada mu, jangan sama sekali kamu semua mengganggu dan menakutkan mereka yang menjadi tetamu ku!” 

Kedua singa itu lalu bersimpuh di hadapan Abul Khair. Sang sufi lalu memulas telinga keduanya dan menyuruhnya pergi dari sini. Lelaki muda itu kehairanan, “Bagaimana mungkin Tuan guru dapat menundukkan kedua-dua singa yang liar tersebut?” Abul Khair menjawab, “Anak muda, selama ini aku sibuk memperhatikan urusan hati ku. Bertahun-tahun aku berusaha melihat dan mengetahui hati ku, hingga aku tidak sempat untuk berprasangka buruk kepada orang lain. Untuk kesibukan ku memahami dan mengawal hati ini, Allah SWT mengawal seluruh alam semesta kepada ku. Semua binatang buas di sini termasuk singa-singa padang pasir yang buas tadi semua tunduk kepada ku. Sekarang apakah kamu menyedari pada kekurangan mu wahai anak muda ?

“Tidak , wahai Guru”, jawab anak muda itu. Balas Abul Khair menerangkan bahawa “Selama ini kamu sibuk memperhatikan hal-hal lahiriah hingga nyaris lupa memperhatikan hati mu, kerana itu kamu takut kepada seluruh alam semesta, dan ketakutan hanya kerana singa-singa itu sahaja dan bukannya kepada si pencipta kepada singa-singa tersebut.”

Begitulah yang terjadi kepada kita. Dalam melakukan jualan kawallah hati kita agar kita lebih bersedia untuk melakukan jualan. Ingatlah semua yang ada di bumi ini adalah hasil ciptaan dan kurniaan Allah kepada kita. Pergunakanlah dengan sebaik yang mungkin. Kita yang melakukan tugasan jangan mudah merasa risau dan takut kepada prospek/pelanggan. Lakukanlah ia dengan sebaik yang mungkin agar apa yang kita lakukan bukan setakat disenangi oleh mereka tetapi juga Allah SWT. Berhemah dan bersopan sentiasa hulurkan bantuan yang sewajarnya agar kita sering dan sentiasa boleh menyelesaikan setiap permasalahan mereka melalui produk yang kita tawarkan. Jangan sama sekali mencari jalan yang mudah untuk dilakukan asalkan niat kita betul itu sudah dikira cukup memadai. Jangan pula kita cukup mudah mengambil kesempatan di atas kelemahan mereka tapi jangan sama sekali berhenti dari memberikan bantuan dan pertolongan yang sepatutnya.

Allahlah segala-galanya. Taatlah kepada apa yang dituntut untuk kita melakukannya kepada yang mencipta kita. Jangan tinggalkan solat, berpuasa di bulan Ramadhan, cukup haul bayarlah zakat dan cukup segala keperluan pergilah menunaikan haji. Perbanyakan sedekah dan bersedia membantu orang tidak kira Muslim ataupun tidak. Carilah keberkatan yang sebenar-benarnya agar apa juga yang kita lakukan sentiasa dirahmati oleh Allah SWT. Itulah yang sepatutnya kita lakukan andai kata kita sentiasa sedar yang kita ini adalah hamba Allah yang menumpang akan segala nikmat dan rahmat Allah selama ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan