Rasa
terbeban dengan sasaran yang diberikan atau merasa sukar dengan sasaran yang
telah ditetapkan? Terasa sukar pula melakukan jualan apabila sasaran terlalu
bersarang di dalam pemikiran seolah-olah satu tekanan yang amat memberatkan
dalam kepala kita terjadi dan berlaku. Bagaimana nak lakukan jualan andai kata
ia nya benar-benar mengganggu segala fokus dan tumpuan dalam melakukan jualan?
Inilah yang perlu kita ketahui untuk dirungkaikan kenapa pentingnya sasaran
perlu ada apabila kita melakukan jualan.
Sememangnya
sasaran perlu ada dalam kita melakukan jualan. Tidak dinafikan bahawa ia akan
memberikan tekanan dan mesti dilakukan sama ada suka ataupun tidak.
Sekurang-kurangnya dengan sasaran yang diberikan sudah pasti kita bekerja keras
untuk mencapainya. Tidak kira apa juga halangan, cabaran, dugaan, musibah dan masalah
yang menimpa semuanya perlu ditempuh. Tiada siapa yang tidak akan menghadapi
masalah, semua orang sudah pasti akan menempuhnya sama ada boleh ataupun tidak.
Bersesuaian dengan Firman Allah bermaksud “Allah tidak memberati seseorang
melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang
diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya.
(Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau
mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami !
janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah
Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan
kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya
memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan
berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami
untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir" (Surah Al-Baqarah
Ayat 286).
Kerana
itu jangan terlalu gusar dan susah hati apatah lagi merasakan satu tekanan pula
kepada kita apabila melakukan jualan. Terima dengan hati yang terbuka dan
tenang agar apa yang kita lakukan dapat disempurnakan dengan sebaik yang
mungkin kerana
i.
Sebagai satu ukuran dan penyukat prestasi dalam kita
melakukan jualan sama ada mampu atau tidak kita melakukannya
ii.
Kejayaan mesti diukur dalam bentuk angka dan bukannya
main agak-agak sahaja
iii.
Sekurang-kurangnya kita sendiri dapat mengetahui
kedudukan prestasi semasa kita dan berapa banyak lagi yang perlu kita capai mengikut
tempoh waktu yang ditetapkan
iv.
Sebagai satu sumber pembakar semangat dan perangsang buat
diri kita dalam melakukan jualan sehari-hari
v.
Berfikiran positif dan sentiasa mahu melakukan sebaik
yang termampu
vi.
Sebagai satu doa ke atas apa yang kita lakukan agar kita
dapat peroleh walaupun apa pun yang berlaku dan terjadi. Mohonlah bantuan
kepada Allah agar Allah sentiasa dapat memudahkan lagi tidak menyukarkan setiap
tindakan dan perbuatan kita dalam melakukan jualan.
Ingatlah
setiap sasaran, harapan, impian, jangkaan dan kemahuan adalah satu doa yang sentiasa
kita pertuturkan. Pastikan selepas ini jangan kita mudah merasa berat hati dan
susah hati pula apabila kita diberikan sesuatu sasaran yang perlu kita lakukan.
Lakukanlah sebaik mungkin agar setiap sasaran yang dibekalkan dan diberikan
dapat dicapai dan diatasi tanpa perlu merungut, memberi pelbagai alasan dan
kekecewaan yang perlu ditanggung. Semuanya perlu dihadapi dengan ketabahan dan
ketenangan yang baik agar segala tumpuan dan fokus kita melakukan jualan dapat
dilakukan dengan sebaik yang mungkin. Teruskan usaha tingkatkan kemahiran agar jualan dapat dicipta dengan
sebaik yang termampu tanpa perlu berhenti di tengah jalan atau berpaling semula
ke belakang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan