Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 22 Mac 2013

Biarkan COOL Jer



Tingkat kekuatan seseorang dalam menghadapi kesulitan dan kepayahan menjalani kehidupan memang berbeza. Ada yang mampu menghadapi kesusahan dengan perasaan tenang dan tabah. Namun, ada pula orang yang menghadapi persoalan yang agak kecil dan mudah untuk diatasi  dianggapnya begitu besar dan amat mengganggu pemikirannya. Semuanya bergantung pada kekuatan ma'nawiyah (keimanan) seseorang. Pada dasarnya, tabiat manusia yang berbagai: keras dan tenang, cepat dan lambat, bersih dan kotor, berhubungan erat jalinan ukhuwah dengan keteguhan dan kesabarannya berinteraksi dengan orang lain. Orang yang memiliki keteguhan iman pasti akan menghadapi orang lain dengan sikap yang terbuka menjadi seorang yang pemaaf, tenang dan berlapang dada.


Ada kalanya kita merasa begitu mudah marah dengan seseorang yang menghina diri kita. Kemarahan kita begitu memuncak seolah-olah jiwa kita hilang sedar dari pertimbangannya. Kita merasa tidak mampu menerima penghinaan itu. Kecuali, dengan marah atau bahkan dengan cara meninggikan suara memaki hamun sesedap mulut tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain, mencederakan orang tersebut ataupun dengan menumpahkan darah. Na'udzubillah. Adakah dengan cara yang sebegini dapat meredakan kemarahan kita kepada seseorang yang boleh menimbulkan perasaan marah kita kepadanya. Berhati-hatilah kerana kerja dalam menjual terlalu banyak sangat berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang ramai. Imej perlu dijaga keperibadian perlu di semai mengikut gaya dan kehendak situasi apabila bertemu dengan prospek/pelanggan.

Terjadi semasa zaman Rasulullah SAW, ada seorang Badwi datang bertemu Rasululullah. Dengan maksud ingin meminta sesuatu pada baginda. Lantas baginda memberinya, lalu bersabda, "Aku berbuat baik pada mu". Badwi itu berkata, "Pemberian mu tidak bagus." Para sahabat yang mendengarnya terus merasa tersinggung, lalu mengerumuni Badwi tersebut dengan kemarahan. Namun, baginda memberi isyarat agar mereka bersabar dan jangan sama sekali melakukan perkara-perkara di luar jangkaan. Kemudian, Rasulullah pulang ke rumah dan bersama Rasulullah kembali semula dengan membawa barang tambahan untuk diberikan ke Badwi itu sekali lagi. Baginda bersabda kepada Badwi itu, "Aku berbuat baik pada mu?" Badwi itu berkata, "Ya, semoga Allah membalas kebaikan baginda, keluarga dan kerabat."

Keesokan harinya, Rasulullah bersabda kepada para sahabat, "Lihatlah, kalau pada waktu Badwi itu berkata yang sekasar yang kamu dengar, kemudian kamu langsung tidak bersabar lalu membunuhnya. Maka, ia pasti akan masuk neraka jahanam. Namun, disebabkan aku melayannya dengan baik, maka semua itu menjadi selamat." Beberapa hari selepas itu, si Badwi tersebut telah diperintah untuk melaksanakan tugas penting walaupun agak berat sekalipun. Dia juga turut serta dalam medan jihad dan melaksanakan tugasnya dengan taat dan reda tanpa adanya sebarang bantahan dan melawan.


Antara pengajaran yang Rasulullah berikan adalah satu contoh pengajaran dan iktibar kepada kita tentang berlapang dada dan jangan mudah menjadi seorang yang pemarah mengikut hawa nafsu. Baginda tidak panik, malah lebih tenang dalam menghadapi kekasaran seorang Badwi yang memang demikian sikapnya. Kalau pun ketika itu, dilakukan hukuman terhadap si Badwi, tentu hal itu bukan satu kezaliman pun pada Rasulullah. Namun, Rasulullah tidak berbuat demikian sebagai satu ikutan dan iktibar buat kita menjadi pedoman dan panduan yang berguna. Baginda tetap bersabar langsung tiada menunjukkan kemarahan baginda menghadapinya dan memberikan sikap yang ramah-tamah dan lemah lembut. Pada saat itulah, baginda ingin menunjukkan pada kita bahawa kesabaran, tiada kemarahan dan berlapang dada adalah lebih tinggi nilai dan mulianya daripada harta benda apa sekalipun. Ada kalanya, Rasulullah juga marah. Namun, marahnya tidak melampaui batas dan kemuliaan. Itu pun ia lakukan bukan karena masalah peribadi melainkan kerana kehormatan kepada agama Allah.

Seorang yang mampu mengawal nafsu ketika marahnya memuncak, dan mampu menahan diri di kala mendapat ejekan atau dimaki hamun walaupun di hadapan prospek/pelanggan, maka orang seperti inilah yang diharapkan menghasilkan kebaikan dan kebajikan bagi dirinya mahu pun masyarakatnya. Sebagai contoh saksikanlah pada seorang hakim yang menjalankan tugasannya apabila tidak mampu menahan marahnya, tidak akan mampu memutuskan sesuatu perkara dengan adil. Belajarlah mengawal kemarahan dan letakkan kesabaran mengatasi segala-galanya. Sudah pasti apa yang kita lakukan dengan kesabaran Allah akan sentiasa membantu dan menolong kita juga.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan