Papan tanda dah diletak dan dipacak namun demi melakukan jualan tetap
mengingkari arahan tersebut. Bukan buta mata atau buta hati tapi merasakan
tempat tersebut adalah strategi dan tumpuan orang ramai diteruskan usaha
walaupun larangan dan amaran telah pun diberikan. Kebiasaannya tanda larangan
ini dikeluarkan sebagai peringatan kepada bakal-bakal peniaga oleh pihak
berkuasa tempatan supaya ‘JANGAN BERNIAGA DI SINI’.
Demi mencari sesuap nasi, menambah pendapatan dan memonopoli kan tempat
yang dirasakan amat strategi perniagaan yang ditawarkan tetap dilakukan asalkan
jualan boleh diterima oleh orang ramai yang melintasi kawasan tersebut itu
sudah dikira amat memadai. Bolehkah pihak berkuasa menghapuskan peniaga-peniaga
yang sebegini. Jawapannya amat sukar kerana demi mencari pendapatan dan
perolehan secara halal dan bersih itu semua akan diketepikan oleh peniaga
begitu sahaja. Walaupun mengetahui salah dan tidak dibenarkan namun tetap
berani juga melakukannya.
Ini lah semangat yang ada pada mereka yang ingin melakukan jualan. Bukan
saya menyokong mereka berniaga di tempat yang tidak dibenarkan tapi yang ingin
saya perkatakan adalah tentang keberanian dan kesungguhan mereka melakukan
jualan. Semangat inilah yang perlu ada pada setiap orang yang ingin melakukan
jualan kerana
I.
Tidak kira apa pun larangan yang dikeluarkan dan diterima
kena ada keberanian untuk melakukannya
II.
Tiada rasa waswas dan takut untuk berniaga
III.
Jualan bukan berasaskan kepada boleh atau tidak untuk
berniaga tapi jualan adalah untuk menawarkan sesuatu produk atau perkhidmatan
yang boleh diterima oleh orang ramai tidak kira lokasi di mana pun
IV.
Bersemangat waja tidak kira apa juga sebarang halangan
dan masalah yang timbul
V.
Kena muka kering dan keras hati dalam melakukan jualan.
Buang segala rasa malu dan segan demi melakukan jualan
VI.
Pandai berdiplomasi dan berhemah jika pihak berkuasa
datang untuk melarang atau memberi amaran
VII.
Jangan diambil kira sama sekali apa yang orang lain akan
perkatakan asalkan boleh melakukan jualan itu sudah dikira cukup memadai
VIII.
Berfikiran positif dan tidak memandang negatif akan apa
yang dilakukannya
IX.
Biarlah susah dan sukar untuk ditempuhi asalkan boleh
menjual
Begitulah semangat yang perlu ada pada kita dalam melakukan jualan.
Walaupun terdapat pelbagai risiko yang perlu mereka tempuhi tapi semuanya
dihadapi dengan tabah dan tenang. Kalau tiada sambutan pasti mereka tidak akan
berniaga tempat yang dilarang. Itulah semangat dan keberanian yang telah mereka
tunjukkan yang elok kita pelajari. Kalau mereka berani melakukan jualan kenapa kita
tidak? Bak kata pepatah Melayu ‘Yang baik dijadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan’.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan