“Jangan merasa bersalah untuk
memujuk orang bagi membeli barangan atau perkhidmatan yang mereka tidak tahu
mereka perlukan, sentiasa tawarkan produk yang cukup berguna kepada mereka atau
berikan mereka kegembiraan dan perkhidmatan yang akan mereka pergunakan kelak’
– Victor Dunstan (Penulis Buku How to Earn Big Money Selling)
Begitulah dalam jualan, penawaran produk kepada prospek/pelanggan perlu
dilakukan bukan sahaja memberikan persembahan,penerangan dan presentasi yang
terbaik tetapi juga dalam proses perundingan pujukan juga kadang-kadang perlu
juga di lakukan bagi mempengaruhi seseorang dalam melakukan keputusan sama ada
untuk menerimanya ataupun tidak. Ada juga prospek/pelanggan yang kita temui
mungkin merasakan secara luarannya terlebih dahulu mereka tidak berminat untuk
mengambil tahu akan apa yang ingin kita tawarkan. Tetapi oleh kerana penerangan
dan presentasi kita yang amat baik memberikan kefahaman yang jelas dan di
fahami akan turut mempengaruhi seseorang untuk berminat juga menerimanya juga.
Itulah kebolehan yang perlu ada pada kita. Berikan penerangan dan
presentasi yang sewajarnya. Daripada permulaannya tidak berminat boleh bertukar
kepada berminat untuk menerima tawaran yang di tawarkan. Walaupun kita ketahui
sebenarnya pelanggan tersebut sebenarnya sememangnya tidak memerlukan produk
yang ditawarkan pada mulanya, tetapi kerana pujukan kita secara penerangan yang
betul dan mudah difahami prospek/pelanggan tersebut terus bersetuju untuk
menerimanya pula. Bukan sesuatu yang mustahil tapi boleh menjadi satu kenyataan
pula.
Inilah buktinya jika seseorang yang melakukan jualan boleh menukarkan
seseorang pelanggan tersebut dari tidak bersetuju akhirnya akan bersetuju pula
untuk menerimanya pula. Pastikan untuk melakukan perkara yang sebegini kekuatan
diri perlu ada segi
i.
Pengetahuan produk yang baik dan mendalam
terutamanya tentang manfaat dan kelebihan kepada prospek/pelanggan
ii.
Kemahiran skil jualan yang sentiasa diperbaiki
dari masa ke semasa berdasarkan kepada pengalaman, pembelajaran dan pengetahuan
yang di alami, pembacaan dan rakan-rakan yang sama bidangnya dengan kita
iii.
Presentasi dan penerangan yang jelas, mudah
difahami dan padat
iv.
Benar-benar untuk membantu dan menolong serta
berikan satu solusi yang terbaik penyelesaian kepada masalah yang di hadapi
oleh prospek/pelanggan
v.
Ambil berat dengan kemukakan soalan-soalan yang
berkualiti memahami apa yang sebenarnya tersirat dalam hatinya untuk kita
berikan satu solusi bersesuaian dengan produk yang di tawarkan
vi.
Jujur dan berkata benar. Tidak sama sekali
mengambil kesempatan di atas kelemahan dirinya.
Begitulah umpamanya jika kita pergi membeli di hypermarket seperti TESCO
atau GIANT, mungkin pada mulanya bukan dalam perancangan asal kita untuk
membelinya tetapi oleh kerana tarikan harga atau barangan tersebut telah
menarik perhatian kita, tanpa kita sedari telah mendatangkan minat kita pula
untuk membeli dan menerima barangan yang di tawarkan pula. Mungkin bukan kerana
nafsu beli tapi memikirkan bahawa mungkin pada satu hari nanti kita pasti akan
menggunakannya juga.
Jadi jangan rasa bersalah atau merasa susah hati kalau kita dapat pengaruhi
dan berikan pujukan yang sewajarnya kepada prospek/pelanggan yang kita temui.
Teruskan usaha secara stabil dan konsisten lakukan jualan. Dalami ilmu
pengetahuan berkaitan dengan tugasan yang dilakukan agar kita sentiasa tahu
perkembangan semasa dan boleh menghadapi apa juga cabaran, rintangan dan dugaan
yang diterima. Yakin diri berserah sahaja kepada Allah, insyaAllah tugasan yang
di lakukan secara jujur dan betul sudah pasti Allah SWT akan sentiasa membantu
diri kita yang sentiasa berkehendakkan penutupan berlaku dengan mudah dan
senang dengan hasil sebanyak yang mungkin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan