Bukan semua yang kita lakukan dalam jualan cukup mudah untuk dilalui dan
ditempuhi. Sudah pasti ada cabaran, halangan dan dugaan yang pasti secara tanpa
kita sedari berlaku dan terjadi. Jangan kita terlalu ikutkan hati kita yang
mahu mendapatkan penutupan jualan tiba-tiba bertukar menjadi seorang yang
pemarah dan pendendam pula. Semuanya hanya berlaku dan terjadi hasil dari
perangkap jualan yang tidak disangka-sangka dan di luar pemikiran kita telah berlaku
dan terjadi.
Bertenang dan bersabar. Jangan mengeluh ataupun merungut yang bukan-bukan.
Anggaplah ia nya satu kejadian yang menguji kekuatan mental kita dalam
melakukan jualan sebagai satu ujian dari Allah. Langit tidak selalunya cerah,
mendung tidak selalunya hujan. Mahu tidak mahu terpaksa juga kita hadapi apa
yang berlaku di hadapan mata kita. Inilah yang dinamakan perangkap dalam
jualan. Mungkin perkara-perkara ini pernah kita lalui dan hadapi sebagai satu
perangkap dalam kita melakukan jualan iaitu
i.
Salah cakap
Beria-ia
nak menjual tapi tanpa kita sedari apa yang kita sampaikan dan maklumkan kepada
prospek/pelanggan adalah satu perkara yang salah dan tersilap faktanya.
Berhati-hati agar prospek/pelanggan tidak memulangkan semula apa yang telah kita
sampaikan kefahaman produk kepada mereka perkara yang salah dan tidak benar
sama sekali. Elakkan ia nya berlaku kerana ini melibatkan integriti dan
kredibiliti kita sebagai orang yang menjual. Sebaik-baiknya lakukan latihan
demi latihan agar kesempurnaan dalam melakukan jualan dapat diterapkan ke dalam
diri kita.
ii.
Prospek/pelanggan berpura-pura berminat
Sememangnya
kita amat yakin prospek/pelanggan yang ditemui telah menunjukkan minat untuk
menerima tawaran yang ditawarkan. Tapi itu sebenarnya hanya mainan mulut manis
sahaja kerana pada peringkat penutupan jualan tiba-tiba sahaja mereka enggan
untuk menerimanya pula. Berapa banyak telah kita habiskan tenaga, masa dan wang
kita demi mencari mereka tapi di akhir cerita langsung tiada apa yang boleh
membantu kepada kita semula. Fikirkan jalan yang sebaik-baiknya kenapa perkara
ini terjadi semoga ia nya boleh
dijadikan sebagai satu iktibar dan pengajaran paling berguna buat diri kita.
jangan terlalu yakin yang setiap prospek/pelanggan yang ditemui akan bersetuju
untuk menerima tawaran yang dikemukakan.
iii.
Bagi betis nak paha
Prospek/pelanggan
telah bersetuju dengan kita untuk menerima tawaran yang ditawarkan tetapi
memberikan beberapa syarat lain pula sebelum dapat meneruskan apa yang
prospek/pelanggan kehendaki. Pelbagai permintaan yang dimahukan dari kita
sebagai tambahan apa yang kita tawarkan kepadanya sebelum menerima tawaran.
Mungkin ada yang pelik-pelik di luar dari dugaan dan harapan kita. Semuanya
kita kena hadapi dengan tenang dan sabar. Jangan sama sekali mudah melatah
terus mengatakan itu tidak boleh ini tidak boleh tapi bersedialah berdiskusi
dan berinteraksi secara berhemah dan bersopan di hadapan prospek/pelanggan yang
ditemui.
iv.
Berjanji tapi tidak dikotakan
Dari temu
janji kepada pertemuan dan seterusnya kepada proses perundingan. Berjanji untuk
bertemu tetapi bila sampai pada waktunya pelbagai alasan pula yang diterima
seolah-olah satu pertemuan yang diingini tidak dapat pula dilakukan. Ada sahaja
alasan demi alasan yang diberikan. Begitu juga dah beri persetujuan untuk
menerima tawaran yang dikemukakan tetapi malangnya masih tidak nampak jalan
lagi ia nya menjadi satu transaksi yang realiti penerimaan tawaran berjaya
didapati. Mungkin ada sebabnya kenapa berlaku dan terjadi sebegini yang memerlukan
kita bermuhasabah semula mencari jalan penyelesaian dan tidak mudah berlaku
lagi di masa hadapan.
v.
Pesaing memburuk-burukkan
Ada
kalanya kita bertemu dengan pesaing yang melakukan jualan tiada mempunyai
etikanya. Hanya kerana ingin melariskan produk jualannya terus
membusuk-busukkan dan memburuk-burukkan produk kita di mata prospek/pelanggan
yang mereka temui. Pelbagai tanggapan dan salah taksiran telah diberikan hanya
untuk memuaskan hati mereka dan menarik perhatian prospek/pelanggan kepada
mereka. Jika ini yang telah kita lalui, pastikan kita sama sekali jangan
seperti mereka juga. Jangan sama sekali memburukkan pesaing terdekat kita
dengan pelbagai tohmahan dan kata-kata di luar jangkaan. Berhemah dan bersopan
adalah lebih baik terutama apabila kita menawarkan produk kita di pasaran.
Prospek/pelanggan kebiasaannya akan lebih percaya pada orang yang berhemah dan
bersopan dalam melakukan jualan dari mengatakan perkara yang bukan-bukan kepada
mereka.
vi.
Hebahan mulut yang negatif
Belum lagi
membuka mulut, prospek/pelanggan tahu sahaja kita dari organisasi tempat kita
bertugas terus sahaja mengherdik dan menghentam kita yang bukan-bukan hasil
dari apa yang telah mereka dengari
hebahan mulut dari kawan-kawan dan sahabat-sahabat mereka. Pelbagai perkara
yang negatif telah dilontar kepada kita seolah-olah produk yang kita tawarkan
tiada kebenarannya sama sekali. Berikan ruang dan masa yang secukupnya kepada
mereka luahkan apa yang telah mereka dengari selama ini. Apabila habis sahaja
apa yang mereka perkatakan lakukan secara berhemah dan bersopan berikan
penjelasan yang sewajarnya agar apa yang mereka dengari selama ini tidak benar
sama sekali dan memerlukan penerangan yang betul dari penjual yang sah. Mungkin
ada pengalaman buruk yang dialami oleh mereka dan atasinya perkara ini dengan
sebaik yang mungkin agar apa yang telah mereka lalui selama ini tidak sama
sekali ditempuh lagi di masa hadapan.
vii.
Berminat pada produk yang memberikan pulangan yang tinggi
sahaja kepada kita
Apabila kita
bermatlamat keuntungan dalam melakukan jualan, bermakna kita akan lebih fokus
dan terarah kepada jualan produk yang mempunyai margin keuntungan dan perolehan
yang tinggi sahaja yang boleh kita peroleh dengan cepat dan senang. Pada
produk-produk yang tiada memberi pulangan yang besar dan tinggi kita abaikan
dahulu melainkan prospek/pelanggan yang ditemui bertanyakan pada produk yang
tidak seberapa pulangan nya kepada kita baru kita sampaikan kepada mereka. Kita
memilih agar produk yang tinggi dan banyak sahaja pulangannya kepada kita
tetapi kita langsung tidak memikirkan bahawa apa yang diperlukan adalah untuk
membantu dan menolong mereka terlebih dahulu demi selesaikan apa masalah yang
mereka tanggung selama ini. Jangan fikirkan keuntungan dahulu kerana keuntungan
tersebut akan datang dengan sendirinya kemudian hari nanti selari dengan apa
yang telah kita bantu dan tolong kepada mereka.
Ini yang harus dijaga dan disemai. Jangan mudah terpedaya. Hadapi dengan
sebaik yang mungkin dengan kesabaran dan ketenangan. Tiada jalan mudah dalam
melakukan jualan. Setiap yang dihadapi mesti ada jalan penyelesaiannya.
Sentiasa ada kreativiti dalam melakukan jualan agar ia nya sama sekali tidak
mudah terbantut dan tergendala begitu sahaja. Lakukan dengan sebaik mungkin
agar apa juga yang kita mahukan boleh diperoleh dengan sebaik yang mungkin
selari dengan matlamat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan