Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 5 November 2012

Sukarnya mendapat prospek/pelanggan



Tiada siapa pun yang melakukan jualan mahukan kegagalan. Sudah pasti semuanya nak kejayaan. Semuanya nak mudah melakukan jualan tapi malangnya kalau dari peringkat awal lagi kita sudah gagal bagaimana kita nak dapatkan keputusan jualan kita di peringkat penutupan jualan? Semua peringkat kena lakukan dengan cara yang terbaik agar hasilnya di kemudian nanti berhasil juga. Kena ambil tahu dan ambil berat dari mula lagi agar apa yang kita mahukan tidak sama sekali memberikan kesan kegagalan kepada kita nanti.

Antara yang perlu kita elakkan adalah dalam kita memilih prospek/pelanggan di peringkat awal lagi. Kena betul dan lakukan perancangan yang sepatutnya. Bukan seperti membaling buah dadu untuk dapatkan nombornya tapi kena usaha kenal pasti ketahui dahulu prospek/pelanggan yang bagaimana boleh kita peroleh. Mungkin kegagalan-kegagalan ini boleh dikenal pasti supaya ia nya tidak berulang lagi iaitu

i.                    Tergesa-gesa mahu melakukan jualan
Mentang-mentang dah cekap, pandai dan serba tahu dengan produk yang hendak ditawarkan terus main hentam kromo sesuka hati bertemu dan berjumpa dengan sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakangnya, pekerjaannya dan sebagainya yang boleh kita sesuaikan dengan produk yang hendak ditawarkan. Jangan terlalu gopoh ditakuti nanti badan tidak tertahan pula kepenatannya. Terjah tu boleh tapi biar bertempat. Jangan main hayun sesuka hati. Sedangkan dalam permainan golf pun nak kayu golf tersebut pun kena cukup berhati-hati walaupun bola golf tersebut telah hampir dengan lubangnya. Kena tahu gaya dan kaedahnya terlebih dahulu.

ii.                  Tiada masa menghubungi prospek/pelanggan
Jangan fikirkan kita terlalu sibuk hendak lakukan jualan sehingga merasakan menghubungi prospek/pelanggan langsung tiada masa. Kena belajar peruntukkan masa. Kena tahu bahagikan masa yang bersesuaian untuk hubungi mereka. Jangan pandang ringan tugasan ini kerana ini adalah satu-satunya cara yang mudah untuk dapatkan prospek/pelanggan melalui temu janji. Apa dia yang buatkan kita sibuk sangat sehinggakan tiada masa untuk lakukan amalan menghubungi mereka sehingga tiada masa? Kena periksa balik apa aktiviti kita sebenarnya dan cari masa yang bersesuaian dan memudahkan kita untuk menghubungi prospek/pelanggan yang disasarkan.

iii.                Sering melakukan andaian dan tanggapan
Satu penyakit yang perlu kita hapuskan segera. Jangan mudah sangat memberikan andaian dan tanggapan kepada prospek/pelanggan baik ketika menghubungi mereka ataupun ketika melakukan pertemuan dengan mereka. Atasi segera dan perbaiki cepat. Kalau dibiarkan penyakit ini, jualan kita tidak ke mana kerana kita asyik dan sering merasakan diri kita ini berada di landasan yang betul sahaja tanpa ketahui apa yang dimahukan dan diperlukan oleh mereka. Dah tahu barulah boleh buat andaian dan tanggapan sama ada boleh atau tidak kita melakukan jualan kepada mereka.

iv.                 Terlalu yakin dengan kelebihan produk
Yakin itu amat diperlukan apabila melakukan jualan tapi jangan terlalu yakin meninggi diri ditakuti nanti prospek/pelanggan yang kita berhubung nanti merasakan cakap tidak serupa bikin pula. Ambil tindakan berhati-hati dan berwaspada sentiasa agar kita ketahui apa tindakan sebenarnya. Ketahui juga kelebihan yang ada pada pesaing, supaya prospek/pelanggan tidak mengatakan pula kita ini syok sendiri. Ambil langkah yang sewajarnya agar kita ketahui apa yang dimahukan oleh mereka.

v.                   Yakin kita sudah terlalu tahu kehendak mereka
Jangan terlalu yakin sangat yang kita ini serba tahu dengan apa yang prospek/pelanggan kehendaki dan mahukan. Jangan meninggi diri dan berlagak yang bukan-bukan. Fikirkan sebaik-baiknya lakukan perancangan sewajarnya agar tindakan kita ini tidak bercanggah dengan kehendak dan kemahuan prospek/pelanggan. Selidikilah latar belakangnya terlebih dahulu dan tahu apa yang memberikan masalah besar buat dirinya agar kita tahu memberikan satu solusi yang terbaik melalui produk yang kita tawarkan.

vi.                 Buang masa bertanya
Makin banyak kita bertanya makin banyak maklumat yang kita terima. Makin banyak maklumat yang diterima makin kita kenal pada prospek/pelanggan tersebut carikan selama ini. Jangan mudah merasa bertanya adalah satu perbuatan membuang masa tapi jadikan luagan masa untuk bertanya menambahkan lagi kesenangan kita untuk melakukan jualan membuka mulut lagi dan lagi tentang produk yang ditawarkan.

vii.               Tidak peka kepada pasaran
Apa juga yang berlaku pada pasaran kena ambil tahu juga paling tidak sedikit. Kena sensitif dan peka akan keadaan sekeliling apa juga perubahan yang terjadi dan berlaku. Bila bagi penerangan atau diajak bersembang sekurang-kurang nya kita boleh menyampaikan maklumat-maklumat terkini kepada prospek/pelanggan yang ditemui atau yang dihubungi. Barulah nampak ‘UP TO DATE’ sedikit jika dibandingkan dengan orang lain. Teruskan berusaha cari maklumat-maklumat yang boleh membantu jualan dan karier kita sendiri supaya tidak mudah prospek/pelanggan memandangkan rendah dan lekeh kepada kita.

Kalau ada apa yang diperkatakan ini elakkan ia nya berlaku lagi dan jangan sama sekali diulangi. Terlajak perahu boleh di undur tapi kalau terlajak kata bagaimana? Bukannya boleh di undur kembali melainkan kita perlu memohon ke maaf an pula kepada mereka. Tidakkah itu dinamakan kerja yang sia-sia? Berhati-hatilah agar ia nya tidak dijadikan satu tabiat dan amalan yang tidak baik kepada kita untuk kita persembahkan kelak di hadapan prospek/pelanggan. Jangan mudah mengeluh dan memberi alasan tapi bekerjalah secara bersungguh dan sedaya upaya agar kejayaan yang dimahukan sememangnya datang dan muncul sentiasa seperti mana yang dimahukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan