


Ketika itu, jumlah pengikut
baginda baru mendekati empat puluh orang dan baginda menyedari bahawa jumlah
yang masih sedikit tersebut tidak mampu menangkis serangan dan tekanan daripada
pihak kafir Quraisy. Pendakwahan Rasulullah secara sembunyi ini dilakukan
selama tiga tahun dan dalam fasa ini terbentuklah komunikasi kaum beriman atas
dasar persaudaraan, tolong-menolong, saling menyampaikan risalah, dan mengatur
kedudukan dan strategi.
Pada waktu Hamzah bin Abdul
Muthalib, bapa saudara Rasulullah s.a.w., dan sebahagian tokoh-tokoh besar
Quraisy, termasuk Umar bin al-Khattab masuk Islam, barisan umat Islam semakin
kukuh dan dan semakin kuat. Maka ketika itu turunlah ayat:
Firman Allah maksudnya “Oleh itu, sampaikanlah
secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepada mu (Wahai Muhammad), dan
janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu.
Sesungguhnya Kami tetap memelihara dan mengawal mu dari kejahatan orang-orang
yang mengejek-ejek dan mempersendakan mu, (Iaitu) mereka yang mengadakan Tuhan
yang lain bersama-sama Allah, maka mereka akan mengetahui kelak (akibatnya)” (Surah al-Hijr Ayat
94-96).
Banyak pengajaran yang boleh kita ambil dan kutip untuk dijadikan sebagai
satu pengajaran dan iktibar sebagaimana yang Rasulullah SAW telah tunjukkan
kepada kita bagaimana usaha dakwah walaupun dilakukan secara senyap-senyap dan
bersembunyi tetapi ia nya masih boleh dilakukan dalam melakukan dakwah. Ini juga
boleh kita ambil pengajaran dan iktibarnya apabila kita melakukan jualan seperti
mana Rasulullah SAW lakukan untuk berdakwah. Antaranya
I.
Mudahnya orang akan lebih mempercayai jika
melakukannya dengan telus dan ikhlas tanpa sebarang pembohongan
II.
Tahu akan apa yang dilakukan dan fokus
III.
Hebahan
mulut amat kuat pengaruhnya tanpa perlu dikawal dam disekat
IV.
Apabila perkara yang benar disebarkan, penerimaan
orang lain akan lebih mudah untuk mempercayainya tanpa ragu-ragu.
V.
Kejujuran dalam menyampaikan lebih terserlah dari
segala-galanya.
VI.
Lakukan jualan dengan orang yang terdekat dahulu
yang benar-benar mengenali diri kita bagi memudahkan lagi tindakan menjual
kemudian barulah pada orang yang baru atau tidak mengenali kita pula
VII.
Tidak mengenal putus asa dan tetap berusaha
melakukannya
VIII.
Bersabar dalam setiap tindakan
IX.
Allah sentiasa melindungi tugasan kita asalkan
apa yang kita lakukan tidak bercanggah dan bertentangan dengan Agama.
Teruskan usaha tanpa mengenal kekecewaan. Lakukan sahaja secara konsisten
dan bersungguh-sungguh agar apa yang ingin kita tawarkan kepada
prospek/pelanggan dapat di terima dengan baik sama sekali oleh mereka. Contohilah
Rasulullah lakukan dalam berdakwah bermula dari orang yang baginda kenali
sehingga kepada orang lain secara teratur dan tersusun. Bermula dengan sedikit
lama-lama PASTI akan berkembang asalkan apa yang kita lakukan adalah jujur,
benar dan ikhlas dalam setiap tindakan dan perbuatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan