Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 17 November 2012

Tak mampu jangan bayar



Sebuah Restoran yang dikenali sebagai Soul Kitchen telah di asaskan oleh John Francis Bongiovi, Jr. (dilahirkan pada 2hb Mac 1962), lebih dikenali sebagai Jon Bon Jovi merupakan penyanyi utama kumpulan Rock Bon Jovi yang cukup dikenali era 90an melalui Yayasan kepunyaannya sendiri yang ‘The Jon Bon Jovi Soul Foundation’. Apa yang menariknya tentang Restoran ini adalah sesiapapun boleh makan di situ dan bayar mengikut kemampuan yang termampu. Andai kata tidak berkemampuan untuk membayarnya maka bolelah berkhidmat secara sukarela di restoran tersebut.

Nampak menarik. Makan free kalau sanggup menghabiskan masa memberi khidmat di restoran tersebut atau membayar ikut suka memandangkan makanan yang dipamerkan menunya tiada mempunyai tanda harga. Dibuka pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu pada jam 5 petang sehingga 7 petang. Pada hari Ahad pada jam 12 tengah hari sehingga jam 2 petang. Tidak perlu tempahan hanya datang sahaja ke restoran berkenaan. Itu sahaja cukup mudah.

Satu konsep jualan yang diasaskan oleh sebuah organisasi tanpa untung yang memberikan khidmat kepada sesiapa yang memerlukan di Amerika Syarikat. Setahun telah berlalu dan kini semakin mendapat sambutan di samping semakin banyak pula membantu orang-orang yang susah di sana. Konsep bantu-membantu dilaksanakan di sini di samping percaya mempercayai wujud di kalangan mereka walaupun mereka ini bukanlah beragama Islam. Sesuatu yang perlu direnungi oleh kita yang beragama Islam adakah kita boleh dan mampu melakukannya seperti mana yang telah mereka lakukan.

Kenapa Jon Bon Jovi cukup yakin mengujudkan restoran ini? Mungkin kerana perkara-perkara berikut

i.                     Mengurangkan bayaran cukai beliau kepada pihak kerajaan

ii.                   Menaikkan lagi populariti namanya dalam melakukan kebajikan kepada orang ramai

iii.                  Yakin dan percaya setiap sen yang dikeluarkan untuk kebajikan akan menambahkan lagi pendapatan beliau

iv.                Sampai bila beliau masih mampu untuk menjadi penyanyi yang dikenali ramai

v.                  Sebagai satu tanda taat setianya kepada Agama yang diikuti memandangkan restoran yang dibuka kepada orang ramai ini dibuka berhampiran dengan gereja

vi.                Pembukaan asal restoran dibuka untuk membantu mereka-mereka yang kelaparan tetapi tidak mempunyai wang yang cukup untuk makan

Hebat tindakannya. 


Bersesuaian dengan Firman Allah bermaksud “Dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya’ (Surah An-Najm Ayat 39). 

Satu cabaran buat kita semuanya. 

Hanya sebagai satu renungan.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan