Atasilah segera salah sasaran ini secepat mungkin kerana masa yang ada
sudah pasti tidak akan berputar ke belakang semula. Jangan biarkan ia nya
sentiasa berlaku kepada kita tanpa adanya sebarang usaha untuk membetulkannya
semula. Kalau ia nya pernah berlaku jadikanlah ia sebagai satu pengajaran yang
berguna buat kita agar tidak berlaku lagi dan diulangi sama sekali. Fikirkan
betapa banyaknya masa,tenaga dan wang ringgit telah habis kita gunakan semata-mata
melayan salah sasaran ini berlaku dan terjadi kepada kita.
Muhasabah segera perbetulkan apa yang boleh kita lakukan agar ia nya tidak
berlaku lagi. Fikirkan tindakan yang sewajarnya agar apa yang kita buat dan
lakukan adalah mengikut apa yang telah disarankan. Kebarangkalian untuk berjaya
adalah lebih tinggi mendapatkan penutupan jualan jika sasaran prospek/pelanggan
yang kita temui tersebut adalah betul sama sekali.
Pemilihan sasaran yang sewajarnya perlu untuk kita ketahui cara dan kaedah
yang betul bersesuaian dengan apa yang kita kehendaki. Mungkin perkara-perkara
yang sebegini perlu kita lakukan bagi mengelakkan lagi salah sasaran lagi iaitu
i.
Kenal pasti pemilihan prospek yang dikehendaki
Demografi
perlu juga di kenal pasti dan diberikan penekanan sewajarnya. Kena tahu tentang
pekerjaan seseorang, industri yang terlibat, anggaran pendapatan, umur,
kenderaan yang digunakan dan semuanya perlu ada untuk diketahui sebelum
saringan dan tapisan dapat dilakukan dengan lebih tepat lagi. Agar sukar nanti
apabila kita melakukan penawaran ke atas prospek/pelanggan tapi beliau
sebenarnya bukan sasaran yang sebenarnya bersesuaian dengan produk yang kita
tawarkan. Bersikap terbuka dan lebih berhati-hati pemilihan prospek/pelanggan
yang mana satu patut diberi pilihan. Baik kita membuang masa melakukan saringan
dan tapisan terlebih dahulu dari melakukan temu janji yang pada akhirnya
tawaran kita tidak diterima dan membuang masa hilang begitu sahaja.
ii.
Produk yang ditawarkan untuk siapa sebenarnya
Melalui
kelebihan dan manfaat yang dikemukakan sudah pasti dengan sendirinya kita boleh
mengetahui dan kenal pasti prospek/pelanggan yang bagaimana paling bersesuaian
dan sepatutnya kita cari dan kesan dengan sepatutnya. Melakukan jualan kena
pastikan setiap produk yang ditawarkan kena bersesuaian dengan keadaan dan
kondisi prospek/pelanggan terlebih dahulu dan bukan main suka-suka hati menjual
pada sesiapa sahaja. Lainlah kalau produk yang kita tawarkan ini adalah produk
keperluan harian seperti gula,garam,tepung dan sebagainya yang mahu tidak mahu
prospek/pelanggan tersebut terpaksa membeli juga. Kena fikirkan jalan dan
kaedah yang terbaik prospek/pelanggan yang macam mana boleh menerima produk
yang kita tawarkan kepadanya.
iii.
Pesaing dalam pasaran
Jualan berasaskan
permintaan pasaran sememangnya akan mempunyai pesaing-pesaing yang turut sama
menawarkan produk seperti kita. Kenal pasti dengan segera apa kelebihan,
kekuatan dan kelemahan yang ada pada produk mereka. Jangan buat tidak tahu pula
susah jadinya nanti kerana selain dari presentasi yang diberikan kepada
prospek/pelanggan, bangkangan jualan atau mungkin juga bantahan jika berlaku
sedikit sebanyak dapat juga kita terangkan segala kelebihan produk kita jika
dibandingkan dengan pesaing yang ada. Kerana itu apa juga perkembangan terbaru
dan terkini dari pesaing-pesaing yang ada kita kena perlu tahu juga apa yang
berlaku. Elakkan sama sekali dari menjadi seperti katak di bawah tempurung.
iv.
Produk mendapat sambutan ataupun tidak
Bagi
mencapai kejayaan sebelum menjual kita kena yakin bahawa produk yang kita
tawarkan kepada prospek/pelanggan adalah satu produk yang terbaik dan boleh
mendapat sambutan asalkan kita bekerja keras melakukannya dengan
bersungguh-sungguh. Biar di pasaran bukan produk kita sahaja yang dikenali
tetapi diri kita juga dikenali sama dalam pasaran. Bila orang dah kenal dan
tahu pada kita, akan semakin senang dan mudahlah pula untuk melakukan jualan
demi jualan seperti mana yang dimahukan.
v.
Belajar dan terus belajar
Tiga
perkara utama dalam pembelajaran iaitu
·
Mengetahui daripada pengalaman yang ditempuh
·
Belajar daripada orang lain yang telah berjaya
menempuhnya
·
Menelaah buku-buku berkaitan, majalah, artikel dan
sebagainya yang membolehkan kita lebih pandai dan tahu akan keadaan sekeliling
dan menambah skil kemahiran yang sedia ada
Paling baik kalau dapat berguru.
Sekurang-kurangnya bukan sahaja ilmu boleh didapati tetapi juga ada seorang
yang akan mengambil berat kepada kita memberi teguran kepada perkara yang
mungkin salah kita lakukan untuk diperbetulkan semula. Manusia mudah lupa
kerana itulah pencarian ilmu amat dititik beratkan sama. Bila ilmu sudah penuh
di dada masalah tersalah sasaran mungkin tidak akan timbul lagi memandangkan
kita sudah pasti boleh mengetahuinya prospek/pelanggan tersebut berminat
ataupun tidak.
vi.
Sikap
Sentiasa
bersikap positif, berdaya saing dan dahagakan kejayaan. Sikap yang positif
memberi kesan yang positif pada karier kita untuk mencapainya. Sikap yang baik
macam mana sibuk kita melakukan jualan, sekurang-kurangnya kita tahu bagaimana
dan caranya yang terbaik untuk mendapat prospek/pelanggan yang kita ingini.
Sikap yang baik melambang akhlak yang terpuji. Ini amat dituntut dalam Islam
untuk kita melakukannya sampai bila-bila pun.
Senangnya sesuatu perkara pekerjaan yang dilakukan bergantung kepada senang
atau susahnya kita untuk menerima perubahan ataupun tidak. Mudah untuk berubah
diri untuk bekerja dengan lebih keras dan bersungguh pasti akan membuahkan
hasil seperti mana yang dimahukan. Rezeki tidak akan datang bergolek begitu
sahaja melainkan kita sendiri yang berusaha untuk mencarinya. Kena rajin dan
sanggup berusaha. Jangan dengar apa yang orang lain perkatakan, yang penting
kalau hendak berjaya kena tabah dan tetap pendirian agar apa juga anasir
negatif yang kita hadapi boleh diatasi dengan baik sama sekali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan