Sesuatu yang berlaku di luar dugaan yang mengakibatkan ketakutan,
kekecewaan yang mendalam atau pengalaman yang cukup sukar bagi kita
melupakannya, inilah yang dinamakan trauma. Trauma yang berlaku di luar dari
kawalan dan kesedaran kita. Andai kata adanya peristiwa ini berulang berlaku
lagi dan ditakdirkan terjadi eloklah dijauhkan sama sekali.
Sememangnya dalam melakukan jualan, ada ketikanya kita akan cukup trauma
apabila melakukannya. Trauma hanya disebabkan gagal mendapatkan penutupan
jualan. Trauma dek disebabkan kena maki hamun prospek/pelanggan. Trauma
disebabkan kita panik tiba-tiba sahaja ketika melakukan presentasi kepada
prospek/pelanggan. Trauma dalam perjalanan menemui prospek/pelanggan tiba-tiba
sahaja kereta meragam atau tayar pancit. Sememangnya agak mengecewakan kalau
perkara yang sebegini berlaku dan terjadi kepada kita. Tiada siapa mahu
menempuhnya sekali lagi melainkan kita ada ketabahan dan ketenangan untuk
melakukannya sekali lagi.
Sememangnya apabila berlaku trauma bukannya satu perkara yang mudah untuk
diatasi. Terlalu banyak rasanya akan menyebabkan tekanan, depresi, rasa takut
berlaku sekali lagi, menyendiri dan sebagainya pada sesuatu perkara. Lebih baik
untuk membantu menghadapi trauma ini memerlukan bantuan dari orang lain yang
kita amat percayakan seperti kedua ibu bapa, pasangan hidup, ahli keluarga,
rakan sekerja atau sahabat yang cukup rapat hubungannya. Lingkungan antara
mereka inilah akan membolehkan untuk membantu memulihkan sebaik yang mungkin bagi
memastikan trauma yang dihadapi boleh dikurangkan dan seterusnya di atasi
dengan baik sama sekali.
Mungkin perkara-perkara begini perlu diambil kira
iaitu
i.
Kena tahu dan fahami setiap orang yang mengalami trauma
ini tidak sama keadaan dan situasi yang dialami mengikut daya tahan seseorang
ii.
Kena terima dan akui perasaan yang sedang kita alami.
iii.
Berazam dengan bersungguh untuk memulihkan semula
perasaan kita daripada melayan trauma yang ditanggung dan dideritai
iv.
Hati kena terbuka dalam menerima setiap nasihat yang baik
dari orang-orang yang kita percayai dan hormati
v.
Lakukan pekerjaan dan kegiatan yang positif agar dapat
melekakan kita dengan tugasan dan kegiatan yang disertai
vi.
Akui setiap trauma bukan mudah untuk disembuhkan dan
mengambil masa yang tidak tahu bila boleh dihilangkan. Bersabar dan bertenang
sentiasa walau apa pun yang terjadi.
vii.
Jangan putus harapan mohon pertolongan dan bantuan dari
Allah SWT tanpa henti dengan cara menjaga solat sehari semalam sambil melakukan
solat-solat sunat seperti solat hajat, dhuha, tahajud, taubat dan sebagainya
serta membaca Al-Quran sekurang-kurangnya sehari semuka. Berdoalah dengan
merendah diri mohon ke hadrat Allah agar sentiasa membantu kita dalam apa juga
hal yang kita tanggung dan lalui selama ini.
viii.
Berprasangka baik dan jangan merasakan betapa malangnya
kita hidup di dunia ini. Fikirkan yang positif merasakan apa juga perkara
dilalui dan mendatang adalah satu bentuk ujian dari Allah dan ingin menguji
pada diri kita sama ada kita mampu atau tidak untuk menghadapinya
Sebaik-baik amalan adalah dengan memohon bantuan dan pertolongan kepada
Allah SWT tanpa perlu rasa ragu dan waswas sama sekali. Ini ada di nyatakan
oleh Dr Fadzilah Kamsah dalam rancangan temu bualnya di Astro Oasis dalam
rancangan ‘Selami Jiwa’ di mana beliau mencadangkan agar apabila seseorang yang
mengalami trauma ini sebaik-baiknya melakukan tiga perkara ini iaitu
Pertama – membaca ‘innalillahi wa inna ilahi rojiun’.
Bukan untuk kematian sahaja kita baca ungkapan ini tetapi juga apabila kita ada
mengalami hilang barang, berita yang mengejutkan dan sebagainya.
Kedua – Berdoa minta pada Allah ‘Ya Allah aku reda
dengan apa yang telah berlaku’. Hati terbuka dan menerima apa juga
dugaan yang diberikan dengan redha apa yang terjadi dan berlaku sebagai satu
ketentuan Ilahi sebagai Qada dan Qadar.
Ketiga – Berdoa dan minta pada Allah ‘ Ya Allah kau
gantikan dengan apa yang lebih elok dari apa yang telah aku tanggung selama ini’.
Anggap apa yang telah kita tanggung selama ini adalah ujian Allah mungkin akan
ada Allah berikan apa yang lebih baik dari apa yang kita tanggung selama ini
yang sama sekali kita tidak ketahui dan jangkakan sama sekali. Setiap kejadian
itu sudah pasti ada hikmah nya.
Hadapilah sebaik mungkin supaya tidak sama sekali kita terbawa-bawa ketika melakukan
jualan. Kalau kita masih terbawa-bawa dengan trauma ini bermakna sampai
bila-bila kita akan gagal untuk melakukan jualan. Atasi segera apa yang telah
kita alami supaya kita segera kembali ke landasan yang betul dan seperti sedia
kala melakukan tugasan sebenarnya.
Anggaplah apa yang berlaku dan terjadi
semuanya itu adalah ujian dari Allah SWT
menguji kita sama ada kita sanggup atau boleh untuk melaluinya ataupun tidak.
Kita hamba Allah, setiap ujian yang ditempuh sudah pasti ada hikmatnya yang
tersendiri kenapa Allah menguji kita sebegitu rupa. Setiap apa yang berlaku dan
masalah yang ditanggung sudah pasti ada jalan penyelesaiannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan