Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 10 November 2012

Berikan Bantuan dan Pertolongan



Memberikan pertolongan dan bantuan amat diperlukan sama sekali dan bukannya menjadikan diri ini sebagai satu bebanan dan tugasan yang menyusahkan diri kita. Jangan kata kita sibuk lah,susah lah, tak boleh buatlah atau apa alasan sekalipun kena dan mesti lakukan juga hulurkan bantuan dan pertolongan yang diperlukan. Orang yang melakukan jualan dimestikan meringankan diri untuk setiap masa dan ketika apa juga situasinya bersedia untuk membantu prospek/pelanggan yang ditemui. Jangan terlalu asyik memikirkan keuntungan sehingga bantuan dan pertolongan yang sewajarnya kita hulurkan langsung kita abaikan terus menerusnya.

Apa yang dimaksudkan dengan bantuan dan pertolongan tersebut adalah

i.                     Berikan sebaik mungkin tentang produk yang ditawarkan adalah produk yang bersesuaian dengan dirinya yang sememangnya amat memerlukan apa yang dia perlukan.

ii.                   Cuba selesaikan masalah yang dihadapinya bersesuaian dengan produk yang ditawarkan.

iii.                  Jangan memaksa tetapi berikan penerangan yang sewajarnya tentang apa yang produk tersebut boleh meringankan bebanannya

iv.                Cari satu solusi bagaimana boleh prospek/pelanggan yang ingin memiliki produk yang ditawarkan tetapi tidak mampu supaya mereka sedar dan nampak yang kita benar-benar membantu mereka seperti bayaran 2 atau 3 kali, skim ansuran mudah dan sebagainya.

v.                  Jangan mudah mengambil kesempatan di atas kelemahan prospek/pelanggan yang kita temui dikhuatiri nanti jika prospek/pelanggan sedar akan memburukkan nama kita di pasaran pula

vi.                Mungkin semasa kita bertemu dengan prospek/pelanggan tiba-tiba sahaja prospek/pelanggan tersebut pengsan atau pitam. Hulurkan bantuan segera sama ada memberi bantuan jika kita ketahui atau meminta bantuan dari orang lain pula. Yang penting tolong jangan dibiarkan prospek/pelanggan yang berada di hadapan kita begitu sahaja.

vii.               Banyakkan bertanya soalan-soalan yang menjurus kepada apa yang mereka mahukan dan inginkan dari kita supaya kita tahu dan sedar produk yang bagaimana boleh disesuaikan dengan keperluan dan kemahuan mereka.

viii.             Belajar untuk ketepikan kepentingan peribadi demi melaksanakan bantuan kepada orang yang memerlukan produk kita terlebih dahulu.

insyaAllah, kalau inilah yang berjaya kita amalkan dan terapkan dalam diri kita sebagai satu amalan mesti pada perbuatan dan tindakan kita sudah semestinya prospek/pelanggan akan lebih mempercayai diri kita dari apa yang mereka fikirkan yang bukan-bukan. Yakin dan percaya menjual bukan setakat matlamat utama nak mengaut keuntungan dan perolehan yang banyak sentiasa tetapi juga menghulurkan bantuan dan pertolongan tidak kira dengan siapa pun yang kita temui dan berinteraksi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan