Satu tindakan yang pasti dan perlu kita lakukan bahawa kena ada kejujuran
dan bertanggungjawab sepenuhnya dalam mencipta keikhlasan semasa melakukan
jualan. Apabila kita ikhlas melakukannya tanpa kita sedari prospek/pelanggan
dengan sendirinya akan sedar apa yang kita lakukan. Ikhlas dalam segala hal
terutamanya ketika kesungguhan kita menghulurkan bantuan kepada
prospek/pelanggan yang ditemui semasa melakukan jualan.
Sememangnya keuntungan dan perolehan wang ringgit merupakan antara elemen
utama kita melakukan jualan secara bersungguh dan bekerja keras tetapi kita
sama sekali tidak boleh menafikan sikap kita perlu ada keikhlasan yang
sewajarnya demi memastikan apa yang kita jual dan tawarkan kepada
prospek/pelanggan adalah satu produk yang perlu bagi mereka pergunakan dan
terima tawaran yang dikemukakan sebagai satu jalan penyelesaian kepada masalah
mereka. Apabila kita ikhlas, ini bermakna
i.
Lakukan secara bersungguh-sungguh
Bila kita
ikhlas apa yang kita lakukan, pasti ia nya dilakukan secara bersungguh-sungguh.
Sama sekali tidak menipu dan membohongi baik pada prospek/pelanggan mahupun
majikan kita. Memberi khidmat dengan sepenuh hati jiwa dan raga berserta
tumpuan, fokus dalam melakukan jualan. Kena ikhlas kerana ia nya akan
membimbing kita melakukan yang terbaik dan dipuji oleh mereka yang melihat kita
melakukan tugasan. Ikhlas untuk membantu ikhlas hulurkan bantuan dan ikhlas
dalam memberikan penerangan kepada prospek/pelanggan. Tiada ada satu perkara
yang negatif pun akan boleh mempengaruhi kita kalau kita melakukan dengan betul
dan benar seikhlas hati dan sanubari kita melakukannya.
ii.
Tidak mengambil kesempatan
Jauh api
dari panggang apabila kita mengamalkan keikhlasan dalam melakukan tugasan
jualan. Tidak sama sekali kita biarkan diri kita sanggup untuk menipu dan
berbohong kepada mereka mengambil kesempatan di atas kelemahan diri mereka.
Kita akan jadi sanggup untuk mendidik dan memberikan penerangan yang terbaik
untuk mereka fahami akan apa yang kita terangkan kepada mereka supaya lebih
difahami dan diketahui dengan mudah dan senangnya oleh prospek/pelanggan.
Selagi kita masih mengekalkan tidak mengambil kesempatan atas mereka, sampai
bila-bila mereka akan merasakan begitu mudah dan senang apabila berurusan dan
berinteraksi dengan kita.
iii.
Tahu apa yang boleh untuk dibantu dan dibela
Peka dan
sentiasa ambil berat. Tahu apa yang diperlukan dan dimahukan dari kita oleh
prospek/pelanggan. Hulurkan bantuan dan pertolongan dahulu dari memikirkan
tentang berapa banyak perolehan dan pendapatan yang bakal kita peroleh.
Ketepikan yang itu dahulu. Fikirkan tentang bagaimana produk yang kita tawarkan ini benar-benar
dapat membantu mereka selesaikan masalah yang ditanggung oleh mereka selama
ini. Hanya keikhlasan sahaja yang boleh membantu kita bagi mendapatkan
kepercayaan mereka terhadap kita dengan cepat dan segera. Bila
prospek/pelanggan dah mula percaya akan apa yang kita perkatakan, semua tawaran
sudah pasti mudah diterima dengan senang hati.
iv.
Fikir dosa pahala dari keuntungan
Bila
melakukan jualan, fikir Allah banyak-banyak. Fikirkan tentang dosa pahala. Buat
baik sesama manusia ganjaran pahala pasti dianugerahkan. Kalau buat tak tentu
hala menimbulkan syak wasangka tanpa keikhlasan yang sepatutnya pasti dosa pula
yang kita peroleh. Dosa sesama manusia bukan macam dosa kita terhadap Allah.
Dengan Allah bolehlah kita memohon kemaafan banyak kali pun boleh. Tapi kalau
dengan manusia macam mana? Selagi tak minta maaf kepada mereka selagi itu
amalan kita akan tergantung menunggu kemaafan kita berikan walaupun di hari
perbicaraan nanti di padang mahsyar. Ketepikan dahulu keuntungan yang bakal
diterima tapi ikhlas hulurkan bantuan kepada mereka bagaimana produk yang
ditawarkan boleh membantu untuk selesaikan masalah mereka.
v.
Sentiasa bertawaduk dari meninggi diri
Jangan sombong
ataupun bongkak. Biarlah sentiasa merendah diri. Jangan kerana dah berjaya
sekali dua sahaja boleh dapatkan penutupan jualan dah mula lupa diri tinggi
diri merasakan apa yang kita lakukan sentiasa boleh peroleh penutupan jualan
mengikut anggapan dan tanggapan kita. Berfikir semula agar bila melakukan
tugasan jualan ini perlu ada rasa tawaduk merendah diri dengan melakukan secara
berhemah dan bersopan apabila berurusan dan berinteraksi dengan prospek/pelanggan
yang ditemui.
Lakukanlah dengan tindakan yang terbaik demi memastikan keikhlasan kita
sentiasa wujud dalam diri kita apabila melakukan jualan. Jangan cepat mendabik
dada dan meninggi diri merasakan apa yang kita lakukan adalah betul dan benar
sahaja. Seolah-olah kesempurnaan telah pun kita miliki dalam melakukan tugasan
jualan ini. Fikir semula adakah kita benar-benar ikhlas dan jujur pada
prospek/pelanggan kita selama ini. Demi menjaga karier dan perhubungan antara
kita dengan prospek/pelanggan, keikhlasanlah yang akan membantu kita sama ada
boleh atau tidak kita peroleh kejayaan yang hakiki atau sebaliknya. Jangan sama
sekali diabaikan keikhlasan ini kerana tanpa keikhlasan sampai bila-bila
prospek/pelanggan sudah pasti tidak akan mempercayai kita lagi buat
selama-lamanya.
Begitulah hebatnya kalau kita ikhlas dalam melakukan jualan. Kepercayaan
prospek/pelanggan mudah diperoleh, kredibiliti kita tidak mudah dipersoalkan
dan integriti kita melakukan jualan sudah pasti mudah dipercayai dan diterima
oleh sesiapapun juga yang berinteraksi dengan kita. Bersyukur ke hadrat Ilahi
andai kata kita benar-benar sememangnya ikhlas dalam melakukan jualan. Tapi
bagaimana kalau ianya berlaku di sebaiknya? Tentu ada sesuatu yang akan memberi
kesan dan impak yang buruk pula terhadap kita.
Oleh itu, baik berfikir dahulu sebelum memulakan sebarang tindakan sama ada
apa yang kita lakukan ini adakah betul atau sebaliknya. Jangan main hentam
kromo begitu sahaja kerana kesannya nanti akan berbalik semula kepada kita.
Bila orang dah mula tidak percaya kepada kita, maka rosak binasalah integriti
dan kredibiliti kita di mata prospek/pelanggan yang ditemui. Sampai bila-bila
apabila kita hendak melakukan jualan akan terus terasa sukar dan payah pula
untuk melakukannya. Inilah jadinya bila keikhlasan tiada dalam diri kita.
Kesannya amat mendalam dan sukar bagi kita untuk perbetulkannya. Berfikirlah sejenak
adakah perkara-perkara yang sebegini yang perlu kita lakukan kepada
prospek/pelanggan yang kita temui demi hanya mendapatkan keuntungan dan
kepentingan peribadi kita semata-mata. Berubahlah segera tunjukkan keikhlasan
dalam diri kita agar kita mudah melakukan jualan seperti mana yang dikehendaki
oleh mereka tanpa ada perasaan memandang rendah dan tinggi diri ditonjolkan ke
atas mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan