Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 21 November 2012

BILA TAWARAN DI TOLAK



Sesuatu yang pahit perlu diterima dengan hati yang tenang dan tabah. Sememangnya mengecewakan. Tapi apa kan daya dah nama rezeki tiada apa yang boleh diperkatakan lagi. Semuanya telah berakhir. Kena cari prospek/pelanggan yang lain untuk memulakan sekali lagi proses melakukan jualan. Adakah ini tindakan sewajarnya untuk kita lakukan? Bagaimana dengan kegagalan kita yang sepatutnya kita perlu sedikit sebanyak memikirkan apa yang telah berlaku di mana silap dan salahnya kenapa prospek/pelanggan yang ditemui tersebut sanggup untuk tidak menerima tawaran yang ditawarkan.

Kena cari yang lainlah pula dan semestinya tapi yang penting kesilapan yang telah kita lakukan jangan sama sekali diulang lagi. Perlukan muhasabah diri diteliti semula apa yang sebenarnya terjadi dan berlaku di mana salah dan silapnya. Kalau di sebelah prospek/pelanggan memang tak boleh buat apa tapi kalau di sebelah kita bagaimana? Sesuatu perlu dilakukan agar apa yang berlaku dan terjadi kena pastikan ia nya tidak berulang lagi sama sekali di masa hadapan.

Mungkin perkara-perkara ini perlu kita fikirkan bersama

i.             Penerangan yang salah
Dalam memberikan penerangan dan presentasi kepada prospek/pelanggan yang ditemui, berilah secara berfakta dan ada kebenarannya. Jangan main hentam ikut sesuka hati kita main belasah merasakan mereka mudah faham dan fahami apa yang kita sampaikan. Jangan kerana nak menarik perhatian mereka kita sampaikan yang baik-baik sahaja kepada mereka tanpa memikirkan apa kesan buruknya nanti kepada mereka. Perbaiki segera dari segi pengetahuan produk, cara penyampaian tentang  penerangan yang jelas, ringkas dan mudah difahami.

ii.           Terlalu emosi dari logik
Melakukan jualan kena ada logik akal mencari cara dan kaedah mudah untuk diterima oleh prospek/pelanggan yang ditemui. Jangan terlalu emosi membiarkan perasaan hati mengawal situasi ketika berhubung dengan mereka. Kawal keadaan teruskan penerangan yang memberikan prospek/pelanggan benar-benar faham dan jelas akan apa yang kita sampaikan. Penerimaan tidak akan berlaku selagi penawaran yang ditawarkan masih ada  halangannya dan terdapat keraguan pada mereka. Perbetulkan segera dan jangan sama sekali mengikut emosi yang telah kita paparkan dan tunjukkan kepada mereka.

iii.          Tiada bantahan
Berlaku bangkangan dan bantahan amat memedihkan hati dan perasaan kita yang melakukan jualan. Tiada siapa pun mahu ada sebarang bangkangan dan bantahan terjadi terutamanya ketika sesi penerangan dilakukan. Sebenarnya semakin banyak bangkangan dan bantahan yang berlaku bermakna semakin cerah harapan kita untuk mendapatkan penutupan jualan. Kenapa pula? Kerana prospek/pelanggan telah menunjukkan minatnya kepada produk yang ditawarkan cuma menunggu mereka benar-benar faham dan berpuas hati dengan apa yang kita sampaikan. Kerana itu apabila berlakunya bangkangan dan bantahan yang terjadi jangan sama sekali kita berdiam diri membisu seribu bahasa membiarkan mereka pula mengatakan yang bukan-bukan pula. Sepatutnya secara berhemah dan bersopan berikan penerangan yang sebaik mungkin memberikan kefahaman yang memberikan kefahaman sewajarnya  kerana inilah satu-satunya jalan untuk kita mendapatkan penutupan jualan dengan mudah walaupun ada ketikanya kita akan merasa sakit hati dan boleh menimbulkan kemarahan di dalam hati kita.

iv.         Terlalu menekan
Bila presentasi dan penerangan yang dilakukan pastikan jangan terlalu mendesak dan menekan prospek/pelanggan yang ditemui. Berikan peluang dan masa untuk mereka berfikir sebaik yang mungkin memikirkan solusi terbaik sama ada apa yang kita perkatakan kepada mereka benar-benar dapat menyelesaikan masalah yang ditanggung oleh mereka selama ini. Kalau kita terlalu menekan sehingga tersalah memberi keputusan akan mengakibatkan di kemudian hari nanti jika terdapat aduan pula terhadap kita. Kerana itu beri peluang secukupnya untuk mereka memikirkan keadaan sewajarnya memberikan keputusan seperti mana yang difikirkan munasabah kepada mereka.

v.           Mudah melakukan andaian
Penyakit yang sentiasa ada pada kita. Mudah memberikan anggapan dan tanggapan kepada mereka merasakan sama ada mereka mudah faham, mereka telah mengetahui ataupun sudah pasti mereka senang menerima tawaran dari kita. Tolong jangan mudah memberikan anggapan dan tanggapan yang senang-senang hati dirasakan kepada mereka. Kena sentiasa anggap selesaikan tugasan kita memberikan penerangan dan presentasi yang terbaik berikan satu solusi bagaimana produk yang ditawarkan dapat selesaikan masalah mereka. Andai kata prospek/pelanggan yang ditemui telah memahaminya terlebih dahulu barulah kita beri penerangan akan apa yang mereka kemukakan persoalan yang diberikan kepada kita. Fahami kehendak dan kemahuan mereka terlebih dahulu sebelum memikirkan kehendak dan kemahuan kita pula.

Dah dapat kesan di mana kesilapan dan kesalahan kita pastikan jangan diulangi lagi tapi perlu sentiasa berwaspada dan berhati-hati dengan tindakan kita selanjutnya. Kena ada keyakinan dan kemesraan pada prospek/pelanggan yang ditemui. Apa yang dah berlaku dan terjadi jadikan ia sebagai satu iktibar dan pengajaran yang terbaik untuk kita. Pengalaman apa yang telah di tempoh dan dialami adalah guru terbaik untuk kita, mengajar erti kesempurnaan dalam melakukan jualan. Jangan berputus asa kerana sekali kita gagal bukan bermakna kita akan gagal buat selama-lamanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan