Bertugas dalam satu pasukan atau tim jualan sememangnya memerlukan semangat
kerjasama dan saling percaya mempercayai antara satu sama yang lain. Tanpa
adanya semangat ukhuwah yang kukuh dapat dijalinkan sememangnya amat sukar
sesuatu pasukan tersebut untuk memberikan satu keputusan terbaik seperti mana
yang dikehendaki. Jangan terlalu mendabik dada mengatakan kerana diri seorang
sahaja yang berjaya tetapi pada orang lain langsung tidak seperti mana pada
dirinya pula.
Terdapat banyak cara dalam membina keutuhan dalam sesuatu tim jualan yang
boleh dilakukan. Dapatkan kepercayaan sesama rakan setugas dan bos kita amat
diperlukan. Peroleh kepercayaan mereka dahulu, biar angka prestasi kita menjadi
bukti dan bukannya pertuturan kita. Tunjukkan secara berfakta dari harapan yang
tidak tahu lagi entahkan betul ataupun tidak.
Bagi memastikan tim jualan yang kita sertai dapat menerima kehadiran kita
dan seterusnya dapat bergerak bersama dalam melakukan jualan dan memastikan tim
yang kita sertai ini adalah antara yang terbaik pernah diwujudkan beberapa
tindakan perlu kita lakukan iaitu
I.
Berikan contoh yang terbaik
Nak bagi
orang percaya pada kita, pertamanya kena wujudkan dalam diri dan perasaan
supaya percaya dahulu kepada rakan setugas dan bos yang ada bersama dengan
kita. Nak wujudkan kepercayaan kepada kita kena amanah dan bertanggungjawab
akan tugasan yang diberikan. Jangan main terima sahaja tetapi langsung tidak
dibuktikan. Jangan mudah berkata ya tapi langsung tidak kita kotakan apa yang
telah dijanjikan. Biarlah apa yang kita katakan selari dengan perbuatan dan
tindakan kita.
II.
Berhemah dan merendah diri
Jangan
meninggi diri. Jangan nak tunjuk lagak dan ego yang bukan-bukan. Tidak kira
orang baru atau lama dalam tim jualan tersebut lebih baik kita sentiasa
merendah diri dan berhemah apabila berhubung dan berkawan dengan sesiapapun
juga. Kalau asyik meninggi diri dan bercakap besar seolah-olah diri kita ini
sahaja yang hero sudah pasti semakin lama semakin sukar untuk kita berkawan
dengan sesiapapun juga. Berubah segera kalau kita melakukan perangai dan
kelakuan seperti begini agar rakan setugas kita boleh dan mahu berkongsi idea,
pengalaman dan tugasan yang mereka tempuhi dan berasa seronok dengan kehadiran
diri kita.
III.
Aktif dalam setiap pertemuan
Jadilah
seorang yang proaktif sentiasa. Jangan letakkan batu dalam mulut kita langsung
tiada komunikasi dua hala terjalin dan berlaku. Jangan memadai membawa diri
berseorangan tanpa memikirkan orang lain sama. Ukhuwah perlu dijalin agar
kekuatan tim jualan dapat dibina kekuatannya hari demi hari. Bila ada mesyuarat
jualan aktif mengambil bahagian. Bila diminta memberi pendapat aktif suarakan
pendapat kita. Jangan difikirkan pendapat kita ini betul ataupun tidak. Yang
penting penyertaan diri kita dan tidak sama sekali kita amalkan kedekut ilmu
kepada sesiapapun yang memerlukannya.
IV.
Mohon bantuan
Sentiasa
ungkapkan ‘Minta Tolong’ dari
memberi arahan diberikan kepada orang lain terutamanya rakan sekerja kita. Bila
kita minta tolong pada kawan sudah semestinya mereka akan senang hati untuk
membantu kita. Tapi kalau kita menyuruh begitu sahaja sudah pasti setakat sekali
dua orang boleh membantu tapi untuk yang seterusnya bagaimana? Pasti selepas
ini langsung orang tidak akan mampu untuk membantu dan menolong kita lagi.
Siapa yang rugi? Kita juga hanya kerana kita tidak katakan ‘Minta
Tolong’ kepada mereka.
V.
Semangat berpasukan
Semaikan dengan
jitu dan kukuh untuk bekerjasama dengan rakan setugas kita. Sama-sama
bekerjasama membuka kaunter, mengedar risalah dan menyelesaikan masalah jualan
jika ada yang berlaku. Jangan menyendiri tapi kena sensitif dan peka. Susah
senang hadapi bersama. Berat sama dipikul ringan sama dijinjing.
Lihatlah bagaimana Rasulullah SAW membentuk para sahabatnya di Madinah begitu
akrab dan kukuh tali persaudaraan antara mereka sehinggakan cubit
paha kiri paha kanan amat terasa sakitnya dapat diterapkan dalam
sanubari mereka sehingga bukan sahaja ukhuwah ini terjalin setakat Rasulullah SAW
sehingga wafat tapi juga pada diri masing-masing antara para sahabat sama.
Bila dah wujud kepercayaan tanpa adanya sebarang sangsi dan keraguan, maka
tiadalah wujud hasad dengki, mengumpat dan menghentam sesama rakan setugas
kita. Semangat berpasukan yang berjaya dibentuk akan memberikan kekuatan rohani
dan jasmani yang kuat sehinggakan apa juga masalah, rintangan dan dugaan sudah
pasti boleh dihadapi secara bersama. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh.
‘One
for All dan All for One’ perlu ada dalam semangat berpasukan. Bila tim
jualan sudah kuat pegangan ukhuwahnya sudah pasti prestasi tim tersebut dengan
sendirinya akan menjadi kuat dan sukar bagi tim jualan yang lain dan pesaing
untuk mengganggu gugat keupayaan dan prestasi yang kita berikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan